Wednesday, August 8, 2012
22 Tahun Hidup
Tahun ni 2012 , pada 1 ogos yg lalu. Genap la umur aku 22 tahun. So seperti biasa la, sambutan macam sebelum ini tak meriah mana pon , bukan nya kau ni perdana menteri nak sambut birthday vogue sangat.
Alhamdulillah , ramai komrad-komrad dan rakan-rakan meng wish selamat hari lahir kepada aku.
Tak macam zaman student , zaman nakal-nakal buat gila sepahkan hostel dengan air campuran pelbagai fluid dan other things ,hahaha.
Kenangan tinggal kenangan , umur makin bertambah , fikiran patut makin matang . Bukan lagi berstatus pelajar , sekarang era mencari rezeki dengan tulang empat kerat.
Apa yang tiada hanyalah ucapan selamat hari lahir dari 4 orang yang dahulunya kawan baik aku ,yg sering melepak di Mashur. Kawan menjadi musuh ,bukan aku pinta tapi keadaan yang memaksa.
Kenangan tinggal kenangan , yang ada dan masih kekal sekarang ialah ahli keluarga aku yang dikasihi. Masih teguh di belakang walaupun jarang sudah aku pulang ke rumah dek kerja-kerja di sini.
Masih aku teman setia disisi aku , cuba aku cari masa untuk diluangkan bersama mereka . Kadangkala, melalu via phone sahaja lah buat menanya khabar berita.
Memori tetap memori , bagaikan suatu lagu yang bila kita dengar kita cuba mengingati liriknya tapi tidak pasti. Cuma rima nya sahaja akan bermain-main mengikuti tiun tiun lagu.
Yang muktamad ialah aku sudah menjangkau umur 22tahun pada 1/8/2012 yang lalu. Harap dapat lah aku kongsikan cerita aku disepanjang perjalanan aku di muka bumi tuhan ini.
p/s : bab cinta ??? mungkin akan datang , kalau jodoh tak kemana lari nya :D
Tembakan oleh Unknown at 12:43 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Telegram Komen:
Post a Comment