BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label seleksi ramadhan. Show all posts
Showing posts with label seleksi ramadhan. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Antara mimpi dan realiti


Ini tajuk yang paling simple , tapi tak ramai yang dapat menerima makna sebenar tajuk ini.

Dunia internet makin luas tanpa batasan , kalau dikirakan . Macam-macam yang kita boleh lakukan dengan internet. Tapi yang paling popular ialah berhubung. Laman social jadi medium kita berhubung dengan orang lain. Dalam masa yang sama menjadikan diri kita popular di dalam dunia internet . Itu adalah mimpi , dunia internet adalah mimpi yang paling real yang pernah manusia cipta.

Jika dalam dunia internet kita ada beribu-ribu kawan , tapi realitynya dunia sebenar kita adalah bagai mana ? seperti apa …Adakah dalam dunia sebenar kita mempunyai ramai kawan seperti dalam dunia internet ?

Aku tak terkejut jika dalam mana-mana laman social kita begitu rancak dan ghairah menceritakan perihal kehidupan sekeliling kita dan diri sendiri. Kita meluahkan idea-idea yang sedap dipertontonkan oleh mereka-mereka yang singgah ke laman sesawang kita. Ya dalam mimpi dunia internet. Idea dan cerita kita itu sedap untuk dibaca oleh mereka yang melayari internet. Tapi , cuba kita bawakan idea dan cerita-cerita itu kembali ke dunia reality kita. Adakah semua itu releven untuk kita perbualkan ?

Sebagai contoh dalam blog. Kita luahkan cadangan , pengalaman , cerita , kisah itu , kisah ini dan ideology semua bertujuan untuk kita kongsikan bersama. Supaya kita dapat “like” satu butang di sudut wall blog itu dan mendapat banyak share disitu. Dalam masa yang sama kita akan di “follow” oleh mereka yang menikmati kesedapan cerita yang kita kongsikan. Ketika itu juga , kita menjadi popular , ramai kawan baru di laman sesawang itu.

Kembali ke dunia reality , jika dilihat dari pancaindera yang dikurniakan tuhan. Secara realitinya , orang yang menulis cerita-cerita itu sebenarnya adalah seorang yang kurang kawan. Hanya bergaul dengan teman-teman serumah sahaja , tidak pernah menegur orang lain. Antisosial , kadang kala sombong diantara rakan-rakan sekolej atau setempat pengajian. Duduk menghadap laptop sepanjang masa sahaja tidak pula pergi bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Sebab manusia sebegini hanya popular di dalam dunia mimpi yang dicipta oleh dia sendiri. Dalam dunia realitynya dia tak ramai kenalan , bahkan popular pun tidak sekali.

Bagi aku, jika kita ingin menceritakan perihal kehidupan dunia reality di dalam dunia mimpi seperti internet , kita kena kenal ramai orang dalam dunia sebenar . Kita kena berkomunikasi dengan ramai orang agar apa yang kita bakal ceritakan itu jadi lebih kukuh untuk kita adaptasikan dalam dunia sebenar. Ketulenan cerita itu sudah tiada bagi orang sebegini . Cerita-cerita dalam blog ciptaan dia sendiri itu tidak realistic . Perkataan yang paling sesuai ialah hipokrit . Hentikan mimpi-mimpi sebegini dan kembali ke dunia sebenar , ke dunia realistic .

Jika betul apa yang dia ceritakan dalam ceritanya itu di adaptasikan dalam kehidupan dunia sebenarnya. Aku TABIK dia…


" Tiada realiti seindah mimpi , itu adalah kebenaran "



(p/s : tribute pada Miranisa Winkwink pasal tajuk nie , cam best lak guna tajuk nie , Tabik dia )

Friday, August 12, 2011

Salam Ramadhan


Jangan ingat komunist cam aku tak berpuasa...lu silap sayang.


Masuk bulan puasa tahun 2011 nie , lain sedikit. Sebab sudah bertugas. Penat berkerja dan pengalaman berbuka puasa sewaktu bertugas itu perlu dibiasakan. Tak boleh ponteng-ponteng dah , bukan kanak-kanak lagi.

Sekarang sudah different , lepas sahur tak bleh tidor terus cam dulu. Kena relax kejab, bersiap-siap nak ke tempat kerja. Itu kalau shift pagi , time tu takde lah penat sangat masa bertugas sebab jarak masa bersahur dengan kerja dekat jer.

Kalau kerja shift petang lain cerita. Penat skit , kurang tenaga. Cuma kembali dengan tenaga luarbiasa lepas solat asar.Ehem hikmah bersolat tu. Berbuka time bertugas pun ala kadar je lah. sebab tak tentu , time-time makan tu ada pulak emergency , yang nak mati pun ada , yang sawan pun ada , yang demam panas high grade fever pun ada. Macam-macam dugaannya~

Tapi , alhamdulillah. Itu lah kemanisan nya bertugas di bulan mulia , ramadhan al-mubarak ini. Aku sentiasa berdoa agar dapat bertugas dengan baik , dan menjalani ibadah puasa dengan jaya. Amin.

p/s : yang paling tak boleh lupa, kepala asyik ingat nak makan putu piring kat TTdI. hahah...