BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label war. Show all posts
Showing posts with label war. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Last aku bagi ko~



Ini adalah entri beracun yang terakhir sepanjang 3 tahun 6 bulan di era kolej. Tak sangka dalam perjalanan mencari "sweet memory" di sini. Alhamdulillah , aku dapat belajar sesuatu. sempat lagi belajar tentang dunia kawan2. Ada 2 specimen yang mengecewakan dan aku tak sangka . Specimen/A dan Specimen/B ... dibawah pemerhatian aku sendiri. Aku dapat detect :-

Tabiat menyelamatkan punggung sendiri dari danger zone ke safe zone sangat tegar. Rather then being in hardship , mereka lebih gemar bersenang lenang. Aku sungguh fuck dengan orang sebegini , dan aq tak sangka yang aku masih berpeluang berjumpa dengan orang jenis ini. KAH KAH KAH KAH KAH AKHAKAKAKA... ku sangkakan bunga , rupanya taik jua. Dengan tanpa sebarang info , sms ke , call ke. Tanpa memberi tahu, mereka keluar pergi makan ikan bakar sekinchan meninggalkan aku. Maaf kerana menunggu , tapi aku tak berharap untuk di jamu. Tapi , atleast beradab sedikit dengan memberi tahu. Tak de lah risau...
Selalunya , keesokan harinya mesti ada "ayat takbleblah" iaitu :_

"dah kau tak balik semalam " oleh yg berkenaan.
????? tak balik ? atau kau balik buat tak tahu aku di situ ? hahahaahahah fuck nyer~

Ku sangka hujan di tengah hari , rupa-rupanya hujan di pagi hari...
Niat di hati mahu celebrate bersama-sama mereka hari tamat zaman kolej aku dengan makan sate dan karaoke ke. Ahhhh~ sakit.
kena tinggal macam orang bodoh macam tunggul , depan mata macam aku tak wujud start keta blah keluar dengan " budak perempuan " di Nilai. UUUuuuuuu.... adakah aku tak wujud lagi ?
ahhaah, aku fikir korang nie budak2 je , aku dah malas nak amek hati.

Sebelum-sebelum itu juga. Berlaku juga satu cerita yang mempersoalkan ras berdarah melayu atau berdarah macha. Berjanji macam keling dalam bahasa kasar nya.
Suatu hari...
Aku baru sahaja pulang dari kelas di hari jumaat. Datang dia menghampiri aku, " wan , lepas semayang jumaat jum gerak rumah aku , mak aku masak, bleh kita makan2. petang aku antar ko ngan a**m kat batang benar...Maka yang seorang lagi pon membebel-bebel lah " cepat lah wan siap kemas , aku dah siap dah nie. senang skit balik awal " ujar dengan tegar dan deras.
Aku pon bukan lah 24/7 membangkang , kerna aku fikir boleh luangkan masa berbual-bual ke, kongsi cerita ke. Aku dan a**m pon dah ready to go , go go gogo. mengikut plan awal tadi. Gi makan dan diantar ke Ktm batang benar. "panggil la F****l tu , kita dah siap" kata ckap la. si a**m pon gi. macam tak de respond , busy sangat main DoTa. Tengok keadaan , baju tak kemas lagi, pakai boxer tak mandi lagi. Secara am nya , seperti tidak sedia.

"weih , cepat lah. Kata nak gi makan kat umah ko, mak ko masak2" ujar aku , dalam kepelikan.
" eh , cancel la wan. tak jadi " F*****l sambil bermain DotA.
????? Tergamam aku sesaat. WHAT THE HELL ? semua aku dah pack in, ready. Ini bukan cancel last minute , Ini cancel last second. Yang paling hebat , reaksi tak bersalah , dan seperti tiada apa yang berlaku...semestinya ada ayat "tak blehblah".

"ala kita gi makan kejab lagi , pastu aku antar la korg gi Ktm Batang benar " sambil bermain Dota...

Aku tak sangka hari itu aku di permainkan, di perbodohkan, di usia matang sebegini??? Ingat aku nie apa ? batu tunggul ke hah ? nak menunggu ko main game DotA sampai habis? sebab itu tak perlu aku rasakan untuk membebel-bebel atau marah. Jadi sentiasa ada Plan B...Angkat kunci moto , helmet terus gerak gi Ktm. selesai misi dan tak membuang masa. Jangan berjanji serupa keling dan padahal kau tu melayu! kalau dari awal cakap tak jadi, tak de lah aku rasa bodoh siap awal2. fikir la orang duk tunggu ko , ko senang cancel main dota cam hareeeeeemm~

Korang berdua dah besar , boleh fikir dengan baik. Jangan fikir diri sendiri sahaja. Kena beringat orang sekeliling nanti. Kalau both of you keep doing like that , sorry to say. Both of you are not meant to be with 41th battalion . Bila hidup dalam kelompok , mengelak fitnah dan sangkaan buruk adalah dengan memberitahu. Senang sahaja. So orang lain tak bengang dengan kau , orang tak risau. Apa-apa jadi dah tau kat mana... semua nya kena fikir sendiri. tak perlu orang ingatkan.

last from sector Majap/N9 : salute !!!


" Jangan jadi bodoh , FB menyatakan kebenaran "

Tuesday, February 15, 2011

Mati Kerna AIR

Hampir 7 hari Srijasmin tidak dibekali dengan kemudahan air yang secukupnya. Tangki makin lama makin kosong, tangki baru sampai bila bertahan. Terkedek-kedek lah mereka-mereka mengangkat baldi berisi air ke tingkat masing-masing. Kalau di tingkat empat maknanya penatlah .Kami-kami ini turut sama sengsara hidup tanpa air. Kalau setakat 2 hari itu boleh kira tahan lagi lah, ini sudah masuk hari ke 7.

Mereka-mereka ramai yang tak puas hati, rasa diri menjadi mangsa. Bukan mahu persalahkan management, cuma tolonglah kami ini , tak mahu lagi jadi mangsa terus-menerus.
Maka, ada kami-kami ini yang mula bertanya...

Manusia yang bodoh sahaja akan tidak bertanya bila dia ditimpa masalah ,bila dia ditindas. Masalah sekarang isu air nie dah berlanjutan lebih dari 3 hari, cukup 3 hari dikira darurat, atleast pihak sepatutnya boleh beri cuti darurat pada kami-kami ini. Bagus lah kalau sediakan tangki simpanan air 2 bijik untuk kami. Tapi beringatlah, fikir panjang-panjang-panjang lagi yang sampai bila tangki air tu akan bertahan untuk memberi bekalan yang mencukupi? Kalau wanita-wanita kalau ikut standard wajib , mesti mandi atleast 3 baldi. Cari jalan penyelesaian yang betul-betul efektif dan berkesan untuk jangka masa panjang. Sekadar menangguhkan masalah buat apa?

Dalam isu air nie juga, MPP yang sepatutnya menolong untuk membela nasib kami-kami ini lebih mengetahui lebih dari kami. Dah masuk hari ke 7, baru lah terhegeh-hegeh nak buat perjumpaan dengan pelajar untuk cari jalan penyelesaian. MPP ni kalau digertak agar dibubarkan, baru lah terhegeh-hegeh nak buat kerja.Macam mana kami-kami di sini mahu terbela hak kami , sedangkan MPP sendiri macam haram tak buat kerja. Sudahnya tak buat kerja, lepas tu berlagak pula dengan kami-kami , mereka ingat mereka pegang jawatan tu boleh lah tak ambil peduli masalah kami. Isu air nie masalah kecil ke? MPP sepatut dah buat pengumuman awal pada hari pertama isu air ni bermula.Dah masuk hari ke 7, baru nak buat pengumuman, maaf lah semua dah terlambat. MPP patut cari satu konklusi jalan penyelesaian yang cepat dan berkesan, ini nak surat-menyurat lagi. LAMBAT, aku dah bosan dengan kerenah birokrasi MPP, lambat dan senang untuk menyekat surat kami. Aku tahu lah hieriaki yang korang amalkan :-

student > president group > lecturer > student body > student affair > coordinator > CEO

Jangan jadi bodoh MPP, bila masa pula lecturer masuk sekali. Apa guna buat MPP. Faham tak maksu MPP ??? majlis perwakilan pelajar dan ia berdaftar secara sah di bawah kementerian pengajian tinggi malaysia. Boleh pula, "kita tak boleh bertindak secara terburu-buru dan tidak profesional. Nanti kena black list dengan management > nanti tak dapat sponsorship , nanti kena bar dari exam". Semua ayat-ayat untuk berada di zon selamat dan condusive.

Pasal isu air ini, MPP boleh ambil remeh. Kalau takut sangat buat solution yang radikal. Kalau takut kena Bar dari exam , kalau takut kena black list , kalau takut tak dapat sponsorship. Maaf lah, saya sebagai seorang mangsa yang sedang ditindas dan sedar tentang hak saya, cadangkan agar MPP sekarang perlu ...

"BUBAR DAN LETAK JAWATAN KALAU PENAKUT SANGAT"

Isu air ini jangan lah dilanjutkan, ini banyak menjejaskan rutin harian student-student. Sampai bila lagi MPP nak kena guna cara lama ? ( surat , petitions ) . Lupakan semua kerenah birokrasi yang menyusahkan. Kami mahu suara kami sampai terus ke pihak atasan .Belajar dari kesalahan dahulu, belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang memimpin kita-kita dengan jayanya. Era baru , cara penyelesaian pun kena baru. Jadi lah pemimpin yang berlapang dada, bukan nya berlagak dan anggap kami-kami kita ini tak tahu situasi sebenar .Cara yang lebih drastik dan radikal mungkin adalah cara yang terbaik dalam menyelesaikan isu bekalan air ini. Sampai bila nak ikut cara sebagai seorang penakut di zon selamat ? 3 tahun aku di tempat ini, aku tahu dan aku sedar, suatu hari nanti. Mereka-mereka, Kami-kami , Kita semua-semua ini akan mula bersuara untuk menegakkan hak kita! revolusi yang kami nantikan tak juga sampai , akan tetapi dalam proses untuk menrevolusikan tempat ini.Aku tak mahu mati kerna air...

"Unify , Diversity . Functioning as one body"


(p/s : pemimpin yang penakut patut ditempak - komunistkata)

Sunday, June 27, 2010

Nota Komunist ( 5 )

UNION


Perang itu suatu perkara biasa , dari dulu hingga sekarang pedang dan tombak berlaga-laga.
perang banyak jenis nya. macam-macam cara.

SERANG !!! bunuh-bunuh lah musuh anda.

perang juga jalan penyelesaiaan yang bagus.
serang itu , serang ini .selesaikan mereka.

TAPI , jangan lupa ade hikmah dan maksud di sebalik perang itu sendiri.

cuma aku tidak mahu sahabat-sahabat ku perang.
mati terkujur layu di medan perang.
menyesal kerana perang.

UNION , itu yang kita cari. tapi tidak jumpa.
lambat jumpa union . menyesal lah dinihari.




komunist bersedih
(27/6/2010)