BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Natomy. Show all posts
Showing posts with label Natomy. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Kebaikan dan Kejahatan



" Kenali apa itu Kejahatan , baru kenal makna Kebaikan "

Jiwa muda kita buat kita lakukan banyak perkara. Semua atas dasar ingin tahu , ingin cuba . Ini semua kerna kita manusia yang sentiasa ingin mencuba. Nak buat itu , nak cuba ini. Itu normal bagi aku. Sebab dari situ kita akan belajar erti sebenar kehidupan yang Allah berikan pada kita. Cuba kita sedaya upaya berpegang kepada jalan Allah, nescaya kita tidak akan sesat di muka bumi ini. Jadikan , kejahatan yang kita kenal itu sebagai pedoman dan pengajaran. Dengan itu , kita lebih mengerti makna sebenar kebaikan , dan setelah kita mengerti makna kebaikan itu , kita akan jadi manusia yang lebih ikhlas dan menghargai sekeliling kita. Yang lalu itu kita jadikan pengajaran , dan yang sekarang kita perbaiki untuk jadi lebih baik. Yang penting niat mestilah ikhlas. Kesian aku melihat , remaja-remaja sebaya aku. Masih sesat dalam kejahatan , dan masih belum kenal apa itu kejahatan. Sama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. TABIK !!!

Sunday, April 10, 2011

Anti-Bunyi

Walaupun aku mengemari musik, dan musik itu jiwa aku. Aku tak suka pencemaran bunyi dan kehadiran bunyi-bunyi bising di waktu dan masa yang tidak sesuai dan tempat yang tak sesuai. Baru sahaja tiba di hostel di Johor. Segelintir dari kaum-kaum "Platipus" yang kalis nasihat dan teguran telah memasang speaker dan menaikkan volume musik sambil memasang lagu-lagu yang mereka anggap top. Diselangi dengan gelak ketawa.


Tak salah nak pasang speaker kuat-kuat, lagu clubbing ke, lagu rock kapak ke. cuma , Tolong fikir yang korang duduk dengan budak-budak lain. Kau fikir diorang suka suasana bising ke? Keprihatinan dan rasa hormat korang tu takde. MEMEKAK tak tentu masa, seronok sangat ke?

Kira biadap bila menganggu ketenteraman awam, kalau kat rumah korang boleh lah buat macam tu, mak bapak jenis tak kesah. Dah tuli dah dengar lagu kuat-kuat. Orang nak berehat pun susah. Hormat orang lain, tidak perlu pasang lagu kuat-kuat.

Bila ditegur marah, bila diperli tak faham . Yelah, bila rasa kuat, rasa takut pada orang lain tu takde. Kau tak perlu takut, cuma kena faham orang lain sahaja. Diorang tak suka bising-bising, jadi fahamilah kehendak itu. Apa guna teknologi earphone dan earpiece di cipta?