BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Perkumpulan BbQ 12.11.11


Tabik kepada komrad-komrad yang telah mejayakan majlis "bakar ayam atas arang membara" a.k.a secara resminya BBQ pada tanggal 12.11.11. Syukur , saya selaku setiausaha sulit komunist begitu terharu oh~ dengan kerjasama komrad-komrad tak kira pangkat.

Serius , saya begitu berpuas hati, kerana ini adalah BBQ pertama yang dijana oleh kami di sektor pajam ini. Yang sebelum ini adalah tempat yang hambar dan tak best. Kepada Sargent Faez Grizzle , terima kasih kerana menjadi tukang bakar , Kepada Sargent El Fairus terima kasih kerana bertungkus mus mus menolong memyediakan barang-barang. Kepada en. Nasir , kepada Prebet Apiz dan Fahmi a.k.a Dewa terima kasih saya hulurkan, bukan duit yg saya hulurkan. Tak lupa juga , kepada jurugambor kita , Aqim pendek yang bingit suaranya yang sungguh annoying , Nak amek gambar pon memekak. Tak lupa kepada Syamil abang Donzai , tukang cuci ayam yang jaya bakti (walaupon asyik dengan laptopnyer)

Kepada prebet-prebet yang bertuah dapat join kami. Anda patut bangga dengan diri anda tanpa sebab.eh tak lupa pewaris jawa purba Cipto Jenkins yg turut sama membakar, perlakuan lucah anda sering jadi perhatian hahaha~

Yang pasti , dengan izin Tuhan , akan datang kita akan sama-sama buat BBQ di masa akan datang. Terima kasih komrad, SALUTE !!!



(P/S : daging burger azmy tak bagus , ramly gak yang terbaik. Lembik macam meatloaf , tensen si faez grizzle .hahahahha)

Wednesday, August 25, 2010

Bbq Ramadhan - MEWAH !!!

Salam Ramadhan semua... sempena bulan yang mulia ini sempat kami ber BBq di sebuah kawasan yang dirahsiakan. Disertai Famy , Santa , Amar Polar , Bear , Dugong & tidak ketinggalan Komunist , walaupon last minute punye invitation. hahahah tak pe small matter lah tak amek hati. Kami sama-sama mengeluarkan wang , tenaga , idea dan tenaga petrol bagi mengerakkan majlis BBq ini. Maybe masa kurang baik tapi , hasil tetap terbaik dari ladang.
Menu seperti kenny`s roger dan mengalahkan Chill`s dan boleh menyaingi Kfc. Dengan daging ayam yang dibeli di Tesco, tukang perap iaitu Komunist , telah mengunakan bahan-bahan rahsia resepi ibu untuk memerap ayam . ditambah dengan hiasan tomato , salad segar berserta perahan lemon . diletakakan coleslaw buatan luar , dengan sos thousand island . Tetapi , tika itu Famy juga menunjukkan bakat kulinarinya dengan menghasilkan Garlic Sos yang unik rasanya sebagai pelengkap hidangan BBq ramadhan. Tidak dijangkakan , kali ini kami cuba mengetengah kan idea BBq yg baru...bukan seperti selalu. Kali ini , ala ber dinner , setiap hadirin disediakan set lengkap makanan...so korang tak boleh sentuh orang lain punye pinggan lah. cam makan dinner kat hotel gitu. hahahah. sitambah dengan bahan mem bahan Santa , sengih jer dia konon relax lah tu . Dugong? kurang pasti dengan keadaan dia.
Alhamdulillah , majlis diakhiri tepat jam 1030 malam dengan borak sakan gelak tawa. hakikatnya Amar polar sedah tidak keruan untuk tengok game bola malam tu.
cuma , pada hari itu...


Berbuka dengan penuh nikmat ,
makan masakan air tangan sendiri ,
menu yang mengancam nafsu makan ,
sedap cam hotel 5 bintang,
perut happy ,
ayam BBq sedap ,
nice grilled by bear,
borak , gelak , happy ,
semua kenyang sampai meletop.
next year kena buat lagi ok.

p/s : tiada kes sakit hati kena bahan atau di halau dari sidang majlis.