BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label story mory. Show all posts
Showing posts with label story mory. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Oh Kerana Mu...

Oh Kerana Mu...



Kahkah kah kah , salam semua. Aku fikir senario ini dah lama berlalu, tapi ada lagi! Kita kaum adam yang zakar terjuntai ini sentiasa tertarik dengan keanggunan , kechantekan , keseksian kaum dan spesis bergelar hawa.
Betul , tuhan maha kuasa menciptakan kita hamba yang hidup berpasang-pasangan. Namun , jika kita ingat kembali sejarah rom dahulu kala sebagai contohnya , bagi aku ini adalah contoh yang paling sesuai.


Ingat x , kerajaan Troy  dan Greek purba ketika itu berperang kerana seorang wanita ? ya seluruh bala tentera Greek ( Achaeans  ) yang diketuai oleh Agamemnon menyerang Troy kerana , putera troy bernama Paris  telah menculik atau nama lain nya melarikan Helen isteri kepada Menelaus  king of Sparta adik kepada Agamemnon. Dalam pentempuran itu , tentera troy dan greek bermati-matian berperang. Ramai yang mati dalam peperangan epik itu. Semuanya berpunca dari Helen of Troy yang gatal melarikan diri bersama kekasih gelapnya Paris prince of troy.


Kerana seorang perempuan , beribu-ribu tentera mati sia-sia dalam pentempuran itu. Ya itu kerana kita lelaki terlalu mengikuti kata-kata wanita. Jika wanita itu baik , sudah tentu tidak menjerumuskan lelaki kepada kemusnahan. Sebaliknya , kerana kita terlalu taksud dengan kechatekan wanita itu lah yang akan membawa kita kepada permasaalahah.


Kadang-kadang , ada jer member2 kita yang berperangai begitu, kalo bab awek. Perghhhh , member dilupakan dan ditinggalkan. Awek kata itu , terus bagi , terus ikut. Padahal kita member lelaki dia adalah tempat pertolongan yang paling ideal. Jika anda tidak bersetuju, apakah dayanya. Ini adalah pendapat saya.


Kawan-kawan dan awek adalah dua kategori yang berbeza. Yang satu ada batang sahaja, yang satu lagi ada lobang, Antara , batang dengan lobang. Yang mana akan tolong kau kalau kereta kau rosak tepi jalan?
Fikirkan lah sendiri. Tiada halangan dalam berideologi.
Yang pasti , jangan terlalu dikutkan sangat, Kita lelaki yang patut memimpin jangan jadi dayus dan x adil dengan kawan-kawan yang lain.


Secara kasar nya



" P**t*t punya pasal , Member tolak tepi "


P/S : takde kena mengena dengan yang sekarang , cuma terkenang yang dahulu. Tabik!!!

Monday, December 5, 2011

Benci Awak!


Kepada mereka yang mengenali aku semenjak zaman belum akil baligh dan zaman sekolah rendah dan menengah dan seterusnya-terus nya. Akan ,anda tahu bagai mana membenci itu adalah suatu rutin dan hobi di waktu lapang aku selain mengumpul setem.
Ingin aku berkongsi satu pengalaman yang seberapa menarik kepada mereka-mereka yang tidak mahu faham atau sememangnya tidak faham.

Aku mulakan ,apabila aku mendengar luahan tiba-tiba seorang teman. Dia tidak suka @ tidak gemar @ benci pada 2 orang roommate dia. Aku tanya why ? why ? tell me la...
Di khabarkan yang dia tak suka dengan perangai mereka berdua sambil melakonkan semula perwatakan 2 ekor mangkuk yang menyusahkan hidup teman aku ni. Aku tak tahu lah mereka punya perangai macam mana hingga mendatangkan kebencian pada member aku nie. Aku malas nak join sekaki sebab aku dah bersara dalam mencari hal dengan orang sekeliling.

So , sebagai pendengar yang baik. Aku just mendengar luahan dia.

Apa yang aku boleh katakan. Manusia boleh berubah. Alhamdulillah , aku juga berubah. Tidak lagi seperti dahulu, Terima Kasih kawan-kawan yang tak putus asa menasihati diri ku ini. ewah~

Bagi aku , kita hamba Allah yang hina dina ini tak layak untuk membenci sesama kita, merenggangkan hubungan silaturahim antara kita. Lagi-lagi sesama muslim. Ya, memanglah manusia ini ada banyak tabiat , perangai dan sifat yang berbagai-bagai. Ada perangai yang kita suka , boleh tolerate. Ada perangai yang kita tak suka , mendatangkan benci.
Tapi tak semestinya kita terus jatuh hukum pada orang tu. Benci bebenor ngan dia. Kita reflect pada diri kita, Muhasabah diri. Cari jalan untuk meng aman kan hubungan antara dua belah pihak. Komunikasi itu penting. Variety dalam hidup berkumpulan ini adalah normal. Sesungguhnya , Allah tak suka kita memusuhi/ membenci antara satu sama lain.

Aku kongsikan sedikit apa yang aku tahu dengan korg. Agar , kita elak-elak kan diri kita dari melakukan perkara tak baik. Sentiasa lah kita mengingati diri kita sendiri , yang kehidupan yang aman harmoni menjamin kesihatan mental yang berpanjangan....Tabik!!!



" Aku dah puas membenci orang , sampai menjadi dendam ... dan ia bukan keseronokan " - KomunistKata 2008

Friday, August 12, 2011

Surat ku aduan ,ke mana ?

Kalau ada aduan, sila isi borang aduan kat kaunter tu, Kemudian masuk kan kedalam kotak aduan tu. Pada setiap minggu, unit khidmat pelanggan akan collect surat-surat aduan tu, untuk diketengahkan dalam mesyuarat akan datang.


"kak , ini masalah urgent, kena settle kan secepat mungkin ", Karim.

"Dik , apa-apa pun, Isi borang tu dulu", Kak Amy.

"Kalau cam nie , saya nak jumpa trus CEO lah", Karim.

"Weih , tak bleh. Mana bleh terjah jer. Ko isi la borang tu dulu", Karman.

"Wah , apa kamu berdua buat kat office nie ? nak buat aduan ? ", Cikgu Kopi.

"Tak kami cuma .. .. ... .. .. ", Karim,Karman.

"Apa-pa pun kena bagitaw saya dulu, bukan terus terjah cam nie ", Cikgu Kopi.

Maka kena inform cikgu dulu, pastu kalau cikgu benarkan baru boleh isi borang. Lepas isi borang, seminggu sudah akan ada orang datang amek borang tu. CEO pulak gi holiday kat Bali dengan makwe baru dia. Jadi kena tunggu dulu lah borang tu sampai ke tangan CEO. Kalau cikgu tak benarkan. Cancel lah niat nak buat aduan.


Dari A ke B. Jika B tersekat. A tak berjalan. Dari B ke C , lama tempohnya. Mana taw ada unsur-unsur tak pada bos. Dari C ke D pula. Dekat D , kita kena panggil. Kenapa buat aduan ? Dari D ke E , elakkan diri dari dibuang. Dari E ke F , cakap Fuck la, apahal masalah kita tak selesai lagi. Dari F ke G , belum tentu aduan dah sampai.. ... .. ... .. sampai~

sampai bila agaknya aduan kita sampai ?

sampai esok ?

sampai tahun depan ?

minggu depan ?

ke tak sampai-sampai ?

atau surat aduan kita dah sampai tapak pelupusan sampah kat MRR2 tu ? yelah dari bakul sampah ke lori sampah. Jauh gak surat aduan tu berjalan ye tak ? hahahaha

Thursday, April 7, 2011

Kau buat lawak sarkas ke ?

" Being a funny person does an awful lot of things to you. You feel that you mustn't get serious with people. They don't expect it from you, and they don't want to see it. You're not entitled to be serious, you're a clown " - Fanny Brice .


Ini yang terjadi apabila kita dalam satu situasi yang serius...tiba-tiba ada orang buat lawak sarkas.
Nak ambil perhatian atau memperbodohkan diri ?

Jangan buang masa orang lain dengan mendengar lawak sarkas kau tu. Kerja tak selesai lagi , bagi tumpuan ok.

Kami bukan mau dengar lawak sarkas kau tu.

Kau dahagakan perhatian ? lawak...

Tapi jangan memperbodohkan diri kau dan memperbodohkan orang lain dengan lawak sarkas kau.

Kau rasakan kau tidak perlu serius dalam setiap perjumpaan atau mesyuarat. cuba belajar untuk fahami situasi ketika itu.

Lawak anda nampak cacat dan memperbodohkan diri kau , serta membuang masa kami. Kau sememangnya badut yang sejati.

p/s : member sebelah kau tu pun perasan yang di lawak juga. tapi cam taik adalah, lawak apa kalo cakap pasal tetek dengan konek. ingat orang suka ke ? good try ok. hahahah :P

Wednesday, March 9, 2011

My Best Friend is friend of my Enemy

Aku nak story skit pasal kawan baik ku kawan musuh ku jua, jujur aku cukup menyirap bila , kawan baik aku merupakan kawan kepada musuh aku. Mata aku rasa sakit melihat mereka sedang berdua-dua (walaupun duk tengah borak jer ), dalam hati aku mahu pisah kan mereka berdua.
Ini serius , walaupun dia kawan baik aku, aku cukup meyampah bila kawan aku berkawan dengan musuh aku. Kebencian tu macam tiba-tiba timbul dalam diri aku , macam awan hitam langit guruh. Kalau boleh, aku nak diorang berdua dipisahkan tak berjumpa. hahahah
Ya aku nampak kejam jahat , evil dan ditaktor autocrat dan perlbagai lagi yang haram atas bumi ni. Tapi peduli apa dengan semua itu, janji kawan baik aku tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan musuh aku.
Aku rasa macam kawan baik aku tikam belakang aku , tapi sayang pulak dengan kawan aku tu. Hmmm , adoi , apapa pun mereka tidak boleh berkawan. Ya aku jeles dengki dan cemburu , sebab dia kawan aku , gatal pulak berkawan dengan musuh aku , cish, maut nama nya.

Maka, aku cakap kat kawan baik aku tu, kalau kau still nak kawan dengan dia . Aku dengan baik hati dan sedikit berat hati , bagi lah, janji jangan depan mata aku kamu berdua membuat ona di depan mata aku, cish, maut namanya. Kalau kau nak mengedik ke apa ke , janji jangan denpan mata aku , aku benci , aku tak suka. hahahaha



(p/s : segala luahan hati di atas , adalah luahan perasaan ketika zaman jahiliah saya, sekarang saya sudah berjaya untuk mengawal perasaan itu dengan bijak nya, melalui cerita ini. Tiada apa-apa unsur moral pun , secara am nya. Ini lah perasaan kawan anda apabila anda berkawan dengan musuh kawan anda, pilihan terletak di tangan anda untuk menentukan situasi yang bakal berlaku seterusnya. TABIK !!! )

Thursday, January 6, 2011

Komrand Sayap Kiri

The Culprits



Arankian ,
3 tahun empayar Komunist berkuasa di sektor N9 hingga ke Kampkraft Mantin ,kini ke Post Bakawali.Doktrin Komunist di bawah kepimpinan anarki terpilih Brigadier General Wan bersama-sama orang kanan nya dan setiausaha sulit komunist, bersama-sama menerajui 3 tahun kegemilangan empayar Komunist dalam meguasai minda, sosial, ideologi dan kehidupan rakyat jelata dibawah jajahannya. Tidak kurang juga dengan memori-memori naik turun Doktrin Komunist sepanjang 3 tahun yang penuh cabaran , dugaan dan perit sakitnya. Ramai musuh dicipta, Ramai lagi Komrand-komrand baru yang direkruit untuk menyertai sebuah revolusi di tanah jajahan Mantin.

Sepanjang 3 tahun, Doktrin Komunist telah merekruit ramai tenaga-tenaga baru untuk meyertai perjuangan ini. Hakikatnya , mereka telah membawa banyak perubahan terhadap empayar Komunist sendiri dengan jayanya. Ketaatan mereka tidak boleh di sangkal, kesetiaan mereka tidak boleh dipadam dan keberanian mereka bukan calang-calang.

Aku , sebagai Brigadier General yang memimpin 3 division iaitu : Division 41th Infantri Gempur , Division 36th sayap utara dan Division 66th elite Komunist unit. Di bawah pimpinan anarki terpillih ini, kejayaan telah banyak dikecapi dan masalah dapat ditangani. Walaupun begitu , Brigadier General Wan telah menubuhkan dengan rasminya satu unit khas, yang terdiri dari komrand elite yang dinamakan : The Culprits (Division 1st unit Gempar akta 6 ) yang terdiri dari 6 Komrand Komunist yang diketuai sendiri oleh Brigadier General Wan. Senarai nama Komrand-komrand yang menyertai unit Gempar komunist ialah :-

Squad Commander : Brigadier General Wan
2nd Liner attack : Oberst Nabil
Heavy blow ops : Oberst leutnant Ayie
Gunner ops : Oberst leutnant Arif
Flanker move : Oberleutnant Faez
Radio operator : Oberleutnant Haqim

Unit ini, dilengkapi dengan kelengkapan yang lengkap untuk setiap misi-misi dan operasi khas Komunist .Setiap dari anggota komrand ada lah yang terlatih dan berpengalaman di medan pertempuran.Objektif utama mereka ialah mengekalkan kekuatan Doktrin Komunist dan menghapuskan pembelot dan musuh-musuh Doktrin Komunist.Mereka juga dikenali sebagai Komrand sayap kiri dikalangan askar-askar komunist yang lain.

Tidak lupa juga musuh-musuh yang tumpas dan terkubur dengan ideologi yang bertentangan dengan Doktrin Komunist. Ini bagi menjamin kekuatan dan penguasaan penuh terhadap sektor N9, yang bermarkas di Mantin. Kita tanamkan dalam minda musuh kita dengan ketakutan dan tidak menunjukkan sebarang belas-kasihan.

Pada tahun ini, komrand-komrand yang masih berjuang, teruskan berjuang demi kegemilangan empayar Komunist dan tanamkan semangat untuk menjahanamkan musuh-musuh Komunist yang menganggu perjuangan kita. Angkat senjata anda dan maju kehadapan untuk menentang musuh-musuh kita. Lindungi tanah air kita dan luaskan jajahan kita agar maju empayar Komunist.Tabik!!!


"You are born as a communist ,
and you shall die as a communist"



(p/s : cerita di atas dikarang untuk tujuan hiburan sahaja dan tidak kena mengena dengan mana-mana komunist dan nama-nama yang terlibat tidak menyatakan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang sudah tiada. Ini hanyalah sebuah karya merepekpoyoimaginasi penulis blog ini, sekian terima kasih )