BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label path. Show all posts
Showing posts with label path. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

12 Hari Sebelum Ribut

Angin bayu , meniup dingin ke telinga ku. Sejuk merasai kedinginan malam. Ya, hari ini masuk hari yang ke 12 sebelum "ribut" yang sebenar bakal tiba. 12 bukan nya panjang, dan pabila ia tiba, segalanya akan bakal berubah. Hidup aku bakal berubah. Sama ada berjaya menempuhi ribut itu atau kecundang di telan kegilaan angin dan kebasahan ketika itu.


Ya, aku takut, gementar , kaki ku mengeletar. Tangan ku kaku, terhenti melakukan segala-galanya. Minda ku jadi keruan. Bagai manakah "ribut" itu bakal datang...

Aku sehinggakan berdoa , ya tuhan nampak kan aku sedikit tentang apa yang bakal berlaku nanti... bodoh nya aku rasakan.

Sehingga lah kita kembali ke dakapan yang paling UTAMA sekali. Kembali kepada kuasa yang tidak pernah mati dan tidak akan mati. Kita hamba yang hina dina ini , tiada kuasa. Hanya usaha kita lah disertai dengan harapan kita untuk rahmat dari yang UTAMA , yang dapat menjamin kejayaan.

Ya , 12 hari sahaja lagi. Itu yang menakutkan aku. Aku secara jujurnya belum bersedia menempuhi ribut yang bakal tiba itu. Kerna , waktu itu , saat itu aku adalah aku , berseorangan , bukan berpasukan , bukan bergerombolan , aku sahaja ... seorang diri. Dengan segala ilmu yang aku pelajari , aku seorang sahaja.

Aku buntu , asyik memikirkan 12 hari lagi yang bakal tiba. Sentiasa aku berharap yang aku sudah bersedia.

Aku ceritakan ketakutan aku ini, kerna aku rasakan inilah yang anda semua rasakan pada setiap kali berhadapan dengan "ribut" yang paling besar yang mengubah kehidupan selepas itu. Terpulang lah kepada anda semua untuk mendefinisikan "ribut" itu. Bagi aku , setiap kali datangnya ribut besar itu. Pastinya ketakutan itu ada, gemuruh, gentar. Cuma, adakah anda bersedia ?




"Sudah tiba masanya kita kembali bergantung kepada kuasa yang tidak akan mati dan tidak pernah mati = TUHAN "

Tuesday, November 8, 2011

Perjalanan Kearah Kegemilangan!

" I choose my path because of myself , not you. God guide me as he is my creator "

Aku betul2 tak faham bila kita pilih jalan yang berbeza dari kawan-kawan kita yang lain. Akan dianggap tidak berjaya dalam kehidupan. Tidak normal , tidak sepatutnya seperti itu. Kerna aku memilih jalan yang berbeza dari kamu ? Aku belum sesat , masih lurus dijalan tuhan. Aku mungkin cepat dari kamu wahai kawan ku , Atau aku mungkin lambat dari kamu laluan yang ku pilih itu lebih berbeza dari kamu. Aku tahu yang laluan kamu itu express. Tidak seperti aku , lambat berbatu2 berbengkang bengkok. Ada hikmah nya , aku percaya itu. Aku percaya hikmat itu perancangan tuhan. Dan aku hanya memilih jalan itu bukan kerana kamu...


" Harus berjumpa kelak di masa hadapan , kita lihat dimana tahap kita berada , sejauh mana kita pergi "