BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label revolution. Show all posts
Showing posts with label revolution. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Revolusi`11

Apa yang kita rancangkan , tidak semestinya akan terlaksana dalam masa satu malam. Ini satu rangka rancangan jangka panjang. Aku masih meletakkan harapan tinggi terhadap rancangan ini. Aku masih berharap yang perubahan ini berlaku didepan mata aku. Benda yang lama patut diperbaiki dan diperbaharui agar jadi lebih baik, jika tidak sempurna pembaharuan itu. Aku rasa ia cukup puas dan berbaloi dengan segala usaha-usaha mereka yang cubaa melakukan pembaharuan itu.

Cuma , sentiasa ingat benda ini bukan perlu dilakukan dengan tergesa-gesa , ramai yang tidak puas hati bila rancangan ini seperti terlalu lembab. Mereka mahu ia terlaksana dengan segera. Hakikatnya , kita sendiri belum bersedia untuk melaksanakan rancangan ini dan menghadapi apa sahaja benda yang tidak dijangka kan akan berlaku.
Mungkin ia akan mengubah rancangan asal kita. Cuma ,aku boleh cakap. Kita kena jujur untuk bawak perubahan itu dan sentiasa mengharap dengan harapan yang tinggi. Suatu hari nanti, pembaharuan ini akan berlaku.
Bukan untuk aku, tetapi untuk generasi akan datang nanti. Untuk adik-adik aku , aku tidak mahu mereka sengsara kerana ditindas , ditutup mulut agar tidak bersuara , digertak seperti budak hingusan. Aku mahu suatu hari nanti, pabila perubahan ini berlaku. Aku tidak mahu mereka berasa muak dan bosan dengan benda lama ini yang langsung tiada kemajuan dari apa sudut pun .Mereka adik-adik aku diberi layanan sama taraf hak nya seperti golongan-golongan lain. Mungkin untuk aku tidak kesampaian , tetapi untuk generasi baru akan rasa mereka harus menerima perubahan itu .Dalam hati aku, harapan itu masih ada dan kita lihat sahaja...



"Kerna , masih ada cahaya untuk esok yang akan menerangi kita"

Saturday, November 13, 2010

Revolusi S.S.N

Wahai para Senior Student Nurse...dengarkan lah seruan ini. Mari kita mulakan sebelum generasi selepas kita menjadi hampar dan lemah!!!

Notis Perlu Baca :

Arankian , sudah hampir 3 tahun aku mendalami ilmu kejururawatan dan aku lihat, rasa, hidu pelbagai perkara yang menjadi jururawat ini banyak yang belum lengkap untuk kita sebagai generasi akan datang untuk menaikan lagi bidang jururawat ini. Agar kerjaya jururawat ini menjadi suatu budaya dan kerjaya yang dipandang tinggi dan tidak lagi hanya menjadi bahan kutukan bidang seangkatan kita.

Bagi aku, walaupun aku hampir tamatkan pembelajaran aku dalam bidang jururawat ini, aku ada impian yang aku tak mahu generasi akan datang merasai kepedihan dalam melalu perjalan bidang jururawat ini. Ya, aku tahu kalau kita tidak rasa susah kita takkan merasa senang. Semua itu adalah pengalaman yang akan menguatkan kita. Tetapi! aku tak ingin kita ditindas, walaupun kita hanya jururawat yang bantu orang sakit , basuh berak , main dengan luka nanah jijik, ikut doktor kehulu kehilir , dan macam-macam lagi yang aku lihat yang menunjukkan kerjaya kita masih tidak boleh di perbanggakan oleh orang lain.

Kita masih lagi manusia , dan kita masih lagi menjalani kehidupan sebagai manusia biasa ...makan , main , tidur , dosa dan pahala. Kenapa aku cakap macam itu? kerana itu semua normal kita akan berpura-pura sepenuhnya di hopital, Kita ialah pelakon yang palin hebat dengan semua orang. Realitinya kita pun berpura-pura dengan kawan-kawan kita...macam lah aku tak tahu, tak jujurlah kalau kita jururawat kita tak pura-pura. Apa kata jika kita buang kepura-puraan itu. Kerana kepura-puraan itulah yang menjadikan budaya jururawat ini nampak hina. Ya hina, jangan nak terasa sebab benda ini betul. Ubah benda itu , dan bersama-sama kita naika kan martabat jururawat.

Kita masih lagi manusia , kita ada ego perasaan berlagak. Sebab itu perkara normal bila kita ada kuasa , pengalaman , dan ilmu lebih dari orang lain kita akan jadi macam itu. Realiti ini terang-terang bila kita dalam hospital bila masing-masing nak betul jer dan berlagak dengan ilmu jururawat itu. Ingatlah yang ilmu di dunia nie pun kau tak khatam lagi nak berlagak dengan ilmu yang dikira sikit sahaja. Apakata kita cuba rendahkan diri kita sikit jadi ubi diam berisi dari besi diam berkarat. Jika kita ada ilmu lebih tak salah kalau kita kongsi ilmu kita dengan orang yang tak tahu. Kandang-kadang itu jelas yang bila ilmu lebih sikit dah berlagak. Bila lagi kita nak tukar semua benda itu. Tak kiralah junior atau senior. Dua-dua kena buat perubahan.

Kita masih lagi manusia , kita rasa kita perlu dihormati sebab kita tua dari mereka. Betul yang tua perlu dihormati dan yang muda perlu dikasihi. Kita tahu yang kita lah yang paling senior kat situ tak perlu lah kita nak berlagak sangat , kita tak tahu mungkin cara kita yang buat kita nampak macam" sila hormat saya wajib". Ini semua kuasa...cuba kita tunjukkan yang kita layak untuk dihormati dengan buat perkara-perkara baik. Biar mereka yang dibawah kita yang secara tersendiri akan hormat kita dengan ikhlas bukan pura-pura. Siapa nak hormat kau jika kita sendiri tak hormat diri kita.Betul tak?


Aku sudah malu dengan realiti sebenar budaya jururawat ini...sudah tiba masanya kita rawat balik budaya ini dengan angkat balik kemegahan jururawat. Walaupun tempat kita belajar itu indah rupa dari kata. Macam jauh api dari panggang. Kita tak boleh duduk sahaja bila meraka tindas kita. Nampak sangat yang budaya jururawat ini ialah budaya patuh dan turut sahaja. Hak kita sebagai manusia perlu kita ingat. Jangan bila jadi jururawat ni kita hanya patuh dan turut sahaja tanpa mempersoalkan balik . Aku tahu yang kita bukan budak jurusan perundangan nak lawan balik macam dalam makhamah. Cuma , walaupun kita jururawat ...kita tak boleh jadi bodoh macam lembu kena canggkuk hidung! Sebab itulah bila jadi jururawat kita macam robot sahaja, orang suruh buat itu kita buat tanpa persoalkan kenapa nak buat macam itu.

Wahai semua , sebelum kita tamatkan jurusan ilmu kejururawatan kita. Mari kita sama-sama sebagai senior student nurse untuk buat suatu perubahan besar pada tempat kita belajar dan budaya terkini jururawat yang sebenarnya perlu dirawat! Aku tak mahu generasi selepas ini jadi generasi jururawat yang tak tahu nak bangun bila orang tolak. Kita bukan jururawat yang cikai-cikai nak ditindas dan di pandang hina oleh orang lain!




" Bangun lah wahai Senior Student Nurse ! Revolusikan diri kita dan kerjaya kita ,elakkan perkara buruk yang akan mengubah budaya Jururawat kita. Cipta kan kemegahan dengan budaya jururawat kita biar generasi akan datang tidak menjadi bodoh seperti kita! "
( bukan macam lagu bunkface_revolusi , itu lain cam bodoh je lirik tak tunjuk pun revolusi apa-apa)