MUSUH
Arakian , di medan tempur.Musuh tiba dengan muka yang bengis membawa senjata dah bersedia menikam mangsa.Maka , jangan lah kamu kaku di situ , nescaya nyawa mu akan melayang di mata pedang! Maut tiba dengan bentuk yang paling menakutkan. Itulah musuh kamu ketika itu, bersedialah kamu. Kuat kan diri , tabahkan hati , tebalkan pendirian kamu. " I can be your good friend and your worst enemy "
Pada pandangan aku , mengikut pengalaman aku. Musuh ni ada banyak. Kalau ikut kita umat Islam , musuh kita nombor satu ialah syaitan dan hawa nafsu kita. Jika iman kita tak kuat , senanglah kita tumpas dengan hasutan makhluk lakhnat itu. Tetapi , dikalangan manusia juga ada musuh-musuh yang berada diantara ribuan orang-orang di sekeliling kita. Rambut sama hitam , hati lain-lain...bak kata pepatah lama lah. Akan tetapi, betul juga apa yang cuba di sampaikan pepatah lama itu. Kadangkala , musuh tercipta dari lawan . Lawan cuma akan berakhir dengan kemenangan. Tetapi , bagi aku , musuh ni lain sikit, Boleh di definasikan sebagai lawan yang akan cuba sedaya upaya untuk menjahanam kan kita , merosakkan kita , meporak-perandakan hidup kita. Yang pasti okjektif dia mahu membuat kita terseksa dengan kehidupan kita. Musuh selalu nya boleh di kategorikan kepada 2 iaitu :-
1) Musuh : secara terang-terang cuba menjatuhkan kita sambil memegang dendam kesumat!
2) Musuh dalam diam : secara diam-diam cuba menjatuhkan kita sambil memendam dendam!
Sudahkah anda mengkategorikan musuh anda? Menurut kajian Doktrin Komunist , kadar musuh yang paling banyak memberi kesan pada physical dan psychology kita ialah "Musuh dalam diam".HAhahaha , mereka akan lebih membuat kita sakit hati. Jadi kami saran kan anda lebih bersedia untuk menghadapi musuh type2 ini.
Dalam siri ( 3/1 ) saya akan menyelongkar teori musuh , kemudian kita akan belajar bagaimana musuh ini melancarkan serangannya. nantikan sesi yang seterusnya , TABIK !!!
0 Telegram Komen:
Post a Comment