BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 28, 2011

Definisi Kekalahan

Kalah , gagal , perkataan yang kita ramai tak suka dengar , tak suka diletakkan dalam golongan ini. Sebab , kita berfikir secara sempit. Bagi kita, bila orang lain kata kita gagal , kalah. Maka , self esteem kita akan low. Kita rasa tak best , rasa tak happy. Kerana ? kerana kita bodoh tak pandai menilai erti sebenar kekalah itu , erti sebenar kegagalan itu.
Bagi orang yang bodoh , kekalahan , kegagalan itu suatu yang teruk yang pernah terjadi dalam kehidupan seseorang itu. Terbantut objektif kejayaan kita. Terhenti kegembiraan kejayaan kita. Tapi silap , silap seribu kali silap. Orang bodoh beranggap , kekalahan dan kegagalan itu suatu benda yang tak perlu berlaku dalam mengejar objektif kejayaan seseorang itu. Sebab , dia tidak mahu belajar dari kesilapan dan kekalahan itu.
Kalau orang bijak , bagi mereka. Kekalah , dan kegagalan itu adalah suatu pembelajaran untuk menambah baik usaha mengejar objektif kejayaan kita. Yes , we aim for victory and glory. Cuma bila kita gagal , kalah dalam erti lain nya. Kita definisikan itu sebagai pembelajaran daripada kesilapan.
Tak pernah terfikir , kenapa kita boleh gagal ? kenapa kita boleh kalah ? apa silap kita ? dari segi mana kita boleh kalah ? ya , ya anda tidak tefikir akan persoalan-persoalan itu , atau ya anda sudah pon terfikirkan soalan-soalan itu. Cuma ,adakah anda benar-benar mengerti semua persoala-persoalan tersebut ?
Orang-orang yang bijak pandai yang berjaya di dunia ini semua nya pernah menghadapi kegagalan dan kekalahan sebelum mereka berada di tempat mereka sekarang. Bukan sekali , tapi beribu-ribu kegagalan dan kekalahan yang mereka rasai sebelum mencium bau kejayaan sebenar.
Tapi , kita masyarakat yang mahu hidup senang. Sungguh typical dari segi pemikiran. Bila sudah berjaya meraih diploma , kemudia mendapat kerja. Oh~ , itu lah kejayaan, itu lah yang dibanggakan. Bukan cemburu untuk mengatakan yang , itu bukan kejayaan yang sebenar. Tak perlu sombong beriak diri , dengan hanya sekadar mendapat kerja di tempat terkemuka dan membeli barang-barang branded dan mahal. Itu bukan tanda kejayaan sebenar kamu.
Sebab kalian tidak pernah merasa kegagalan , oleh itu kalian sentiasa senang di daerah selamat kalian.
Tak perlu provokasi kepada mereka yang gagal dan kalah. Kerna mereka menerima satu ilmu iaitu bangkit dari kesilapan. Kalah , dan gagal bukan bererti kau seorang yang bodoh , lembab atau lemah. Cuma kita manusia tidak sempurna. Bila kita menerima kegagalan , kekalahan. Itu, bererti kita kena belajar dari kesilapan. Itu menunjukkan kita bijak. Jangan jadikan kekalahan dan kegagalan itu sebagai suatu kesilapan it is the end of my world. silap.
Tengok lihat tokoh-tokoh yang berjaya , mereka belajar dari kesilapan dan kegagalan. Jadikan mereka inspirasi kita. Agar kita boleh memotivasikan diri kita.
Kalau korang tengok , memotivasikan diri ? sungguh skema ayat itu. ingat ini zaman SPM ? masuk kem motivasi ? Tidak , bagi aku motivasi diri itu penting untuk kau setiap hari. Barulah kita bersemangat bila berkerja. bersemangat bila menuntut ilmu.

"Aku , pernah gagal , kalah. Mereka panggil aku LOSER sebab aku gagal. Tapi , buat apa aku dengar ? Kalau aku dengar maknanya aku bodoh . Aku adalah aku , tiada seorang dari mereka mampu mengugat aku , mengubah aku , mengoyangkan pendirian aku. Aku belajar dari kesilapan dan aku belajar untuk berjaya. Aku lebih mengetahui apa itu kegagalan sebab aku pernah gagal , kau tak pernah gagal atau kalah. Sebab itu kau puas dengan apa yang kau ada. Aku tak bodoh macam kau , aku mahu lebih", KomunistKATA 2010



THE UPRISING