Friday, August 26, 2011
R.L.H.P.B = Cakap
Tembakan oleh Unknown at 2:14 AM 0 Telegram Komen
Labels: falsampah
Komen yang dikomen
Kita semua ada pendapat kita sendiri , semua mengikut idea dan prinsip hidup masing-masing yang dah bermacam jenis. Sekarang , terserah kepada anda untuk memberikan pendapat dan komen anda terhadap sesuatu topik. Aku jenis yang bersedia untuk menerima apa jua pendapat dan pandangan orang lain. Kebelakangan , aku ada terlihat artikel dalam sebuah laman sesawang. Dalam laman tersebut , aku lihat. Masih ada yang komen dan beri pendapat terhadap isu-isu hal ehwal remaja pasca merdeka ni. Komen kenapa perempuan macam gini perangai nya , komen lelaki gini pulak gayanya.
Pendapat yang diberikan dan dilontarkan nampak menarik bagi setiap orang yang singgah pada laman sesawang tu.
Cuma , bagi aku komen dan lontaran pendapat itu tak sesuai dengan keadaan realiti dunia sebenar. Lumrah manusia , kita di cipta dengan nafsu. Kita buat dosa , dan kesalahan .Manusia juga tak lupa buat kesalahan , dan kita juga buat kebaikan. Sebab , dalam dunia ni kita tetap akan melakukan kebaikan walaupun kita tak sempurna.
Kita yang tukang komen , dan pemberi pendapat nie sebenarnya adakah layak untuk kita memberi komen tersebut ? atau layak kita untuk mengomen isu tersebut ? Aku sendiri tak layak dalam memberi pendapat , cuma kita beri pendapat pada waktu dan masa yang sesuai sahaja.
Kita lihat diri kita dahulu , adakah kita pernah berada , merasa dan menjalani pengalaman itu sebelum kita meng komen isu tersebut.
Ini , kalau anda jenis yang duduk bilik tak keluar , baring atas katil , shopping mall pun tak kenal , masuk club pun tak pernah , masjid pun jarang pergi. Kenapa anda pula yang menkomen isu tersebut.
Aku berani cakap , jangan kita komen sesuatu isu itu kalau kita tak pernah buat perkara itu. Sebab itu lebih baik kita merasai kejahatan , sebelum kita menceritakan kebaikan. TABIK !!!
Tembakan oleh Unknown at 1:58 AM 0 Telegram Komen
Labels: radical advice
Sunday, August 21, 2011
Antara mimpi dan realiti
Ini tajuk yang paling simple , tapi tak ramai yang dapat menerima makna sebenar tajuk ini.
Dunia internet makin luas tanpa batasan , kalau dikirakan . Macam-macam yang kita boleh lakukan dengan internet. Tapi yang paling popular ialah berhubung. Laman social jadi medium kita berhubung dengan orang lain. Dalam masa yang sama menjadikan diri kita popular di dalam dunia internet . Itu adalah mimpi , dunia internet adalah mimpi yang paling real yang pernah manusia cipta.
Jika dalam dunia internet kita ada beribu-ribu kawan , tapi realitynya dunia sebenar kita adalah bagai mana ? seperti apa …Adakah dalam dunia sebenar kita mempunyai ramai kawan seperti dalam dunia internet ?
Aku tak terkejut jika dalam mana-mana laman social kita begitu rancak dan ghairah menceritakan perihal kehidupan sekeliling kita dan diri sendiri. Kita meluahkan idea-idea yang sedap dipertontonkan oleh mereka-mereka yang singgah ke laman sesawang kita. Ya dalam mimpi dunia internet. Idea dan cerita kita itu sedap untuk dibaca oleh mereka yang melayari internet. Tapi , cuba kita bawakan idea dan cerita-cerita itu kembali ke dunia reality kita. Adakah semua itu releven untuk kita perbualkan ?
Sebagai contoh dalam blog. Kita luahkan cadangan , pengalaman , cerita , kisah itu , kisah ini dan ideology semua bertujuan untuk kita kongsikan bersama. Supaya kita dapat “like” satu butang di sudut wall blog itu dan mendapat banyak share disitu. Dalam masa yang sama kita akan di “follow” oleh mereka yang menikmati kesedapan cerita yang kita kongsikan. Ketika itu juga , kita menjadi popular , ramai kawan baru di laman sesawang itu.
Kembali ke dunia reality , jika dilihat dari pancaindera yang dikurniakan tuhan. Secara realitinya , orang yang menulis cerita-cerita itu sebenarnya adalah seorang yang kurang kawan. Hanya bergaul dengan teman-teman serumah sahaja , tidak pernah menegur orang lain. Antisosial , kadang kala sombong diantara rakan-rakan sekolej atau setempat pengajian. Duduk menghadap laptop sepanjang masa sahaja tidak pula pergi bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Sebab manusia sebegini hanya popular di dalam dunia mimpi yang dicipta oleh dia sendiri. Dalam dunia realitynya dia tak ramai kenalan , bahkan popular pun tidak sekali.
Bagi aku, jika kita ingin menceritakan perihal kehidupan dunia reality di dalam dunia mimpi seperti internet , kita kena kenal ramai orang dalam dunia sebenar . Kita kena berkomunikasi dengan ramai orang agar apa yang kita bakal ceritakan itu jadi lebih kukuh untuk kita adaptasikan dalam dunia sebenar. Ketulenan cerita itu sudah tiada bagi orang sebegini . Cerita-cerita dalam blog ciptaan dia sendiri itu tidak realistic . Perkataan yang paling sesuai ialah hipokrit . Hentikan mimpi-mimpi sebegini dan kembali ke dunia sebenar , ke dunia realistic .
Jika betul apa yang dia ceritakan dalam ceritanya itu di adaptasikan dalam kehidupan dunia sebenarnya. Aku TABIK dia…
" Tiada realiti seindah mimpi , itu adalah kebenaran "
(p/s : tribute pada Miranisa Winkwink pasal tajuk nie , cam best lak guna tajuk nie , Tabik dia )
Tembakan oleh Unknown at 11:27 PM 0 Telegram Komen
Labels: seleksi ramadhan
Stalker
Tembakan oleh Unknown at 6:37 AM 0 Telegram Komen
Labels: informasi
Saturday, August 20, 2011
Ludahannya
Tembakan oleh Unknown at 9:00 AM 0 Telegram Komen
Labels: problems
Kebaikan dan Kejahatan
Tembakan oleh Unknown at 8:47 AM 0 Telegram Komen
Labels: Natomy
Friday, August 12, 2011
Azira
Cinta pertama yang tidak berpanjangan. Jodoh ? mungkin tidak...
Tembakan oleh Unknown at 5:30 AM 0 Telegram Komen
Salam Ramadhan
Jangan ingat komunist cam aku tak berpuasa...lu silap sayang.
Tembakan oleh Unknown at 2:29 AM 0 Telegram Komen
Labels: seleksi ramadhan
Peringatan
Tembakan oleh Unknown at 1:52 AM 0 Telegram Komen
Labels: sejarah KOM
Surat ku aduan ,ke mana ?
Kalau ada aduan, sila isi borang aduan kat kaunter tu, Kemudian masuk kan kedalam kotak aduan tu. Pada setiap minggu, unit khidmat pelanggan akan collect surat-surat aduan tu, untuk diketengahkan dalam mesyuarat akan datang.
Tembakan oleh Unknown at 1:50 AM 0 Telegram Komen
Labels: story mory