BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 27, 2010

Konflik Jalan Raya

Jalan raya sesak

Hari ini , pada pukul 8.30 aku dan bonda bersiap mahu ke segambut. Bonda ada appoinment kat sana. Maka, bergerak dari ibupejabat (rumah) ke lokasi pertemuan di segambut. Mula ingat mahu ikut jalan taman ehsan ke arah lebuh penchala link kerna lebih dekat dengan sebuah flyover masuk ke segambut. Sampai dekat area kilang kat taman ehsan tu...aduh sesak nak mampust. Jalan 2 lane jadi 4 lane. 3 arah kedepan 1 arah kebelakang. semua jenis tak sabar. Waktu menunjukkan jam 8.56. sedikit pun tak bergerak. Tension nya. Last-last U turn balik masuk taman eshan dan tuju ke lebuh MRR2. walaupun banyak kereta, tapi atleast bergerak ada flow. dan sampai ke segambut tepat pukul 9.15...aduih apa nak jadi dengan pemandu-pemandu sekarang. nak cepat je tapi tak fikir orang sekeliling.

lepas nie malas nak bawak kereta lagi...

Ambil Pistol dan masuk dalam mulut

Tembak mulut kamu sendiri

Sukar ke mengikut arahan yang paling mudah? tidak bagi mereka yang taat dan setia. Bodoh bagi mereka yang asyik bagi alasan. Aku tak suka dan ia membuat aku rasa muak dengan mereka-mereka yang sentiasa bagi alasan bila aku mengajak melakukan sesuatu. Kau tidak rugi malah kau akan rasa seronok itu yang aku dapat janjikan. Arahan yang mudah dan tidak melanggar hak kamu pun sukar untuk dipatuhi. Lain kali, aku nasihatkan kau agar...



"Ambil pistol dan tembak mulut kamu agar otak lembab kamu bersepai dan hancur"

Sunday, December 19, 2010

Proses MembaikPulih



Baikpulih



Tempoh sebulan , macam yang bermain dalam lingkungan otak aku. Bukan sekadar imaginasi lucah , macam-macam benda yang aku fikirkan. Yang paling aku sedar ialah , segala kesalahan aku terdahulu mula datang kembali. Aku mula memikirkan ia. Setiap hari , setiap masa , setiap saat aku melakukan sesuatu. Ia makin lama makin membuatkan aku kusut. Hinggakan semua orang terdekat dengan aku mula menyedari yang aku telah hilang sesuatu. Sesuatu yang mengisi jiwa aku yang kosong. Bukan sebarangan kosong. Ia disi dengan kebencian dan dendam.


dalam jiwa aku
ada
dendam dan benci.

keluarkan mereka dari aku,

aku hampir jatuh kerna
dendam dan benci menari
dalam jiwa aku.

aku sudah penat,
aku sudah letih,
aku sudah muak,

semakin hari ia menjadi barah.

makin hari makin perit
seperti racun yang lama tidur
tiba-tiba bangun semula,

dendam dan kebencian.


hakikatnya , suatu hari nanti aku akan jatuh disebabkan dendam dan kebencian, dan aku tidak mahu semua itu. Aku mula berfikir yang ada masalah bermakna ada silap kita disitu. Benda yang silapnya dari kita dan kita tidak nampak dan menyedarinya. Aku akan baiki semua itu. Maafkan aku jika pernah menyakitkan hati kalian. Aku silap kerna tidak pernah nampak kesalahan itu. Tetapi, dendam aku masih tidak terbalas, kebencian aku masih terbakar marak. Aku hanya mahu ia berhenti. Diam jika perlu itu tidak bagus pada pendapat aku. Bila kita pendam, ia akan menjadi barah yang bakal merosakkan kita. Harap ia akan berhenti...




Thursday, December 9, 2010

Melawan Titan

Kisah Melawan Titan

Dalam cerita mitos greek, "Titan" ialah makhluk besar yang menguasai bumi sebelum wujudnya mitos dewa dewi Olympus.
Titan menguasai element seperti bumi , angin , api ,dan air.
Dengan kehadiran Titan, manusia ketika itu hidup dalam ketakutan. Tetapi, kekuatan Titan akhirnya dikalahkan oleh Dewa Dewi Olympus dalam satu peperangan yang dimenangi oleh Olympus dan serta merta mengangkat dewa dewi Olympus sebagai KEKUATAN baru selepas penguasaan Titan.

Bukan aku nak cerita pasal mitos yang terang-terangan tidak logik dan tidak masuk akal dengan kuasa-kuasa hebat mereka. Tapi ini satu metafora kepada lanjutan cerita aku.


3 tahun :
hampir tamat aku dengan pengajian aku dalam jurusan kejururawatan dan ia adalah perjalanan yang buat aku jadi kuat. Malah , setiap langkah ia diiringi dengan penindasan , kesengsaraan ,penipuan , konflik , konfrantasi. Akan tetapi , manisnya tetap ada, dengan komrand-komrand seperjuangan aku masih merasakan kegembiraan di celah setiap kesengsaraan itu.



Perlawanan 1 :
Aku dijanjikan dengan kemudahan yang lengkap dan prasarana yang sempurna , malah dengan suasana aman damai untuk belajar. Dari sini hingga ke annex, bangunan baru untuk pelajar-pelajar akan dibangunkan segera awal tahun ini. Ketika itu tahun 2008 bulan april. Aku ketika itu masih naif, bodoh dan gemuk. Aku ya kan aja, dan harap ia menjadi. Dah tiga tahun dan aku sudah mahu habis course aku. Tanah sahaja yang diratakan, tiang belum dipacakkan lagi. Aku tahu, ketika itu aku bodoh tapi bukan bodoh selama-lamanya wahai "Titan" yang maha kuat.

Perlawanan 2 :
Masih benda yang sama, tetapi aku mula faham denga rentak permainan "Titan" ini. Menawarkan benda-benda yang buat dia nampak GAH, tapi hakikatnya semua benda yang "Titan" tawarkan hanya palsu dan tipu yang paling besar. Kami semua bukan dari keluarga yang tinggal dalam banglo 4 tinggkat denga 2 orang bibik yang membantu dan ayah saya pandu Honda Accord pergi ke surau dan mak saya pakai rantai berlian bernilai 1.2 juta ringgit. Hakikatnya , kami orang yang sederhana sahaja ekonominya. Kami tahu, kolej swasta hak milik "Titan" ini diketuai oleh seorang nenek tua yang hanya memegang degree in nursing dan berlagak hebat kerana terlampau lama duduk diatas takhta yang konon nya dibuat dari emas. Sedangkan, kolej yang aku masuk ini langsung tidak dikenali ramai dengan prestasi pelajarnya yang cemerlang ??? 3 tanda soal aku bagi.

Perlawanan 3 :
Aku tahu, bapa "Titan" ini adalah sebuah syarikat corporate dari negeri johor yang sememangnya sentiasa menjana 1.5 billion setiap tahun. Janji ada 1.5 juta masuk yang dibawah ni buat tak-tahu saja lah, betul tak Datin? for sure duit you ada 1.5 juta every year...Aku bukan bodoh, kalau syarikat yang membuka cawangan hospital lebih dari 10 buah di semenanjung hingga ke sabah-sarawak dan juga negara-negara luar. Pasti , profit tahunan akan melangkau lebih daro 3 billion. Yang kejamnya, infrasturktur di kolej pegangan "Titan" hanya terdiri dari 2 auditorium, sebuah bangunan pengurusan 3 tinggkat sebuah bilik yang dijadikan perpustakaan ,sebuah dewan peperiksaan yang boleh dijadikan kelas dan sebuah cafe. Ada lebih 1000 lebih orang pelajar pada tiap-tiap masa isnin- sabtu. Kelas dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang seakan-akan sekolah rendah. Ini kah taraf sebuah kolej swasta ? IPTA ke ini ?

Perlawanan 4 :
Aku cuba tanya komrand-komrand senior aku. Mereka kata mereka sudah melawan "Titan" semenjak sebelum aku masuk ke kolej ini. Jadi aku, bersemangat dan ingin sama-sama melawan "Titan". Aku pun ajak sekali rakan-rakan ku untuk sama-sama melawan "Titan". Pada mulanya mereka bersemangat seperti aku. Tetapi, hakikatnya mereka adalah manusia yang tiada telor! Penakut yang hanya layak di langgar dengan kereta kebal dan mati dihujung senapang komunist ! Bila waktu berbincang, kata-kata api keluar membuak-buak! bila berada betul-betul semasa melawan "Titan", mereka mula berundur, takut lemah secara tiba-tiba. Aku mula tahu, yang mereka semua hidup dengan pujian dari "Titan" , mereka mahu berjaya dengan kegembiraan yang "Titan" beri walaupun ia semua menindas hak mereka dan menyeksa mereka. Manusia yang takut terjejas dan biarkan diri mereka ditindas.

Perlawanan 5 :
Sudah menjadi habit "Titan" yang hiburan itu lebih penting dari pembelajaran. Kami dipaksa untuk menyanyi dan menari dalam keramaian dengan syarikat corporate johor itu. Jika di lihat, dari segi pembelajaran para pelajar, mereka tidak ambil tahu pun hanya lebihkan kepada hiburan-hiburan yang membuat masa kami. Bukan itu sahaja, duit kami dikikis dengan sesuka hati. Ada sahaja benda yang tidak sepatutnya dibayar kami kena bayar. Hingga tak masuk akal bila tiap-tiap semester kami dikehendaki membayar sesuatu yang tidak memberi manfaat pada kami. Bodoh lah jika kami percaya kepada tipu helah ketua "Titan" yang tua kerepot nak mampus. Lama sangat atas takhta tu yang pikiran pun jadi bodoh, kami muda ini bukan budak-budak yang tidak boleh berfikir. Kami tahu yang "Titan" minta kami bayar pada benda yang tak patut sebab mahukan duit kami lebih dari ambil kisah pasal kehidupan kami di kolej. Yang paling jelas bila , pengambilan pelajar. Dah tahu pura-pura tak tahu. Sudahlah fasiliti tempat belajar kurang dan hostel tidak cukup untuk tampung kami. "Titan" tamak, mereka ambil pelajar dalam jumlah yang banyak tanpa memikirkan di mana mahu meletakkan mereka. Akhirnya , semua orang menerima masalah hasil dari kebodohan "Titan"...Tahniah!

aku sudah muak dengan kekejaman "Titan" juga dengan mereka-mereka yang tidak tahu melawan "Titan". Kerana "Titan" sudah lama berkuasa dan mereka-mereka yang bodoh itu dalam masa yang sama mengekalkan "Titan" di atas. Persoalannya, sampai bila? 3 tahun sudah hampir berlalu dan tiada satu pun yang berubah.

Wednesday, December 8, 2010

Orang Tengah ( sisi Kanan )

Di manakah kedudukan anda ???


Arankian , bertempurlah antara dua doktrin terhebat era itu. Segala kekuatan ditunjukkan di medan tempur. Maka, berarak-araklah tentera kedua-dua doktrin itu ke medan tempur demi melunaskan kebenciaan masing-masing. Segala kekuatan dikumpulkan atas tujuan memusnahkan. Hatta, perjalanan mereka bertemu di sebuah tempat kecil aman damai. Dari arah kanan doktrin yang satu datang, dari arah kiri, doktrin yang satu lagi juga datang. Maka, kedua-duanya bertemu di tengah-tengah tempat kecil itu aman damai lokasi nya. Apa yang terjadi kepada tempat kecil itu selepas menemukan kedua-dua bala askar dua belah doktrin???

Al-maklum , sesudah 2 buah experiment dan observasi di buat atas keatas 2 sample-sample yang berasingan tentang isu orang tengah. Akhirnya ,Doktrin Komunist pun mengeluarkan report ini. Pertama , secara am nya, kita akan jadi orang tengah antara dua buah pihak secara ? sengaja , tak sengaja atau mangsa keadaan. Jadi orang tengah tugasnya ialah menyelesaikan sesebuah konflik .Selain itu juga, orang tengah jugalah sentiasa menjadi mangsa.Orang tengah kadang-kadang juga menjadi pembakar konflik antara dua belah pihak , jahat .Tetapi, apa sebenar peranan orang tengah itu adalah amat general jika kita bincangkan, luas skop bila kita cakap pasal orang tengah. Sama ada bila ada orang tengah konflik jadi aman atau bila kehadiran orang tengah ada, konflik makin merebak.

Aku ingin cerita satu situasi yang aku pernah lihat dan rasa suatu ketika dahulu. Dimana antara 3 orang "kawan" yang berjuang bersama-sama. Dua dari mereka bertiga tidak menyukai satu sama lain. Seorang tidak tahu yg A tidak suka C , manakala C tidak tahu A tak suka dia. Tetapi , B tahu yang A tidak suka pada C. Sekarang , B menjadi orang tengah diantara A dan C. Anda faham tak? aku gunakan A B C lah untuk mengambarkan situasi ini ok.

Sepanjang mereka bertiga bersama. A dan C memang tidak sebulu, tidak sependapat , A tak suka C. Manakala , C pun tak suka A.Hakikat sebenar dalam konflik ini. A cuba mengajak B untuk sama-sama tak suka C. Nampaknya, A cuba mendapatkan back-up untuk menang dalam konflik ini. C pula ,melakukan benda yang sama dalam situasi ini. Masing-masing nak berebut B bukan sebab dia popular atau sedap untuk didampingi, cuma B ialah pelengkap kemenangan dalam konflik antara A dan C.

Sebenarnya , kita tidak perlu fokus sepenuhnya pada A dan C, kerna yang paling penting sekarang. Apakah dilemma yang dirasa oleh B? perasaan dia diperlakukan oleh 2 belah pihak tersebut.Nyata , setiap bibik luahan hari B amat menyedihkan kerna setiap darinya datang dengan jawapan yang tanpa solusi. Dilemma yang paling mega sekali ialan perasaan berbelah bahagi yang dirasa orang tengah. Mana arah yang patut dia setujui, kiri atau kanan. Jika dia ke kiri yang kanan akan terbakar, jika dia ke kanan maka yang kiri pula yang terbakar. Dia tidak dapat menentukan pihak mana yang patut dia sokong. Sisi kanan berkata seperti ini, maka sisi kiri pula berkata sebegini. Pening kepala mana satu yang perlu di percayaai.

Sampai satu tahap, Dia sangat tension, darah tinggi , tekanan darah naik mencecah paras bahaya lebih dari norma biasa 120/60. Maka, dia mula menagihkan suatu titik perhentian. Salah A dan C kerna menjadikan B sebagai mangsa konflik mereka kerana dia berada tepat pada saat konflik itu. Itu yang menjerat B kedalam konflik mereka. Setiap hari, orang tengah sakit apabila cuba menjaga kedua-dua pihak. Sebelah sini nak kena jaga, sebelah sana pun nak kena jaga. Akhirnya , diri sendiri tidak terjaga. Makan diri lah dia jadinya. Setiap hari, perasaan berbelah bahagi makin kuat dan dia makin sengsara. Hatinya di mamah sedikit demi sedikit.Tanpa kesudahan. Buntu otak nya mencari penyelesaiaan. Bagi aku , sampai bila dia akan makan diri sebagai orang tengah?




" Diluah mati emak , Ditelan mati bapak "
( pepatah lama yang amat sesuai melambangkan orang tengah )

Tuesday, December 7, 2010

Pesta Pasca Perang

Pasca Perang c7/36

Arankian , selepas sepurnama Doktrin Komunist berperang habis-habisan menentang musuh, 1400 infantri terkorban, 1 pegawai kelas 1st terkorban, 10 kereta perisai hancur , kem musnah , dan banyak lagi kemusnahan dan kerugian ditanggung oleh Doktrin Komunist dalam peperangan c7/36 .Disember 6, pihak Doktrin Komunist menyerah kalah dengan pihak musuh, Brigadier Komunist menyerahkan medal jawatan general kepada pihak musuh tanda simbolik menyerah kalah secara rasmi.Namun ia bukanlah pengakhiran yang tetap dan selama-lamanya, akan ada balas-membalas tembakan!!!

Selama kita berkawan dalam sesebuah komuniti, kita buat kawan dan kita akan hasilkan beberapa orang musuh.Memang benar, tak semua orang setuju dengan kita, suka kita dan terima kita. Jadi,apa yang aku dan kau perlu buat? Terhengeh-hegen mencari kawan yang sebenarnya musuh kita? Bagi aku tak perlu semua itu...Pastikan anda tahu siapa kawan dan siapa lawan. Peperangan c7/36 berakhir dengan kekalahan sebuah misi yang merangkumi kejatuhan penguasaan Doktrin Komunist pada sektor Nabmeres.

Aku dah penat, ayat terakhir yang aku dapat luahkan. Hentikan semua ini dan aku mahu berehat. Aku tepikan semua dendam aku atas kekalahan itu dan aku padamkan api kemarahan aku. Sedar, aku sedar yang kekalahan aku disebabkan kebodohan aku sendiri. Tidak fikir panjang masa itu. Nyata, aku kalah kerna aku tidak sedar yang musuh sedang bersatu tenaga untuk menjatuhkan aku. Aku rela , kerna mereka bersatu berganding bahu menjatuhkan aku. Realiti ketakutan sebenar telah mencurah laju kemuka aku. Sedikit goyah, mengeletar jari jemari aku menahan serangan pihak musuh.Aku benar-benar takut waktu itu.

Hakiskan kebencian aku, hentikan semua ini. Aku takut ketika itu. Hakikatnya, aku boleh menghidu bau kebahayaan yang bakal belaku. Musuh mula menghantar wakil. Aku dapat rasakan akan ada sesuatu yang bakal belaku. Cuma aku pasti...kemenangan bukan hak mutlak aku ketika saat itu. Aku hanya bersedia, walaupun saat ketika kehadiran wakil dari pihak musuh itu sudah menempa ketakutan pada aku. Aku tidak puas hati, aku takut pada musuh yang berpangkat rendah. Maruah aku sebagai komander mula terasa dicabar. Tapi aku takut, benar-benar takut.

Ketika serangan bermula...keberanian aku bagaikan lilin di tiup angin bayu. Hampir tepadam, tetapi kekal kehangatannya. Aku cuba memberanikan diri aku menentang musuh, ia suatu yang bermaruah yang aku dapat kekalkan. Saat-saat genting berlalu agak perlahan. Aku mengigil, takut terasa sejuk menular kejari-jemari ku. Aku masih kuat melawan walaupun musuh menyerang dari setiap sudut.Nyata , aku bagai harimau tanpa taring , ada kuku tidak boleh mencakar. Bila ia akan berakhir?

Aku cuba melawan, dengan harapan. Kesakitan serangan musuh dapat ditangkis. Ia berhasil, aku selamat buat masa itu , lega...tapi berhati-hati. Saat makin genting dan aku diserang tanpa belas kasih sedikit pun. Karma aku bilang...Aku teringat yang peperangan sebelum ini aku tidak sedikit pun kasih pada musuh aku, semuanya kekejaman yang nyata aku semburkan. Sekarang , aku merasakan perasaan yang dahulunya aku yang sampaikan. Menyesal? tidak sekali.

Akhirnya , setelah berpadu tenaga melawan dan menangkis serangan musuh. Titik pengakhirannya bermula dengan pengumuman kalah. Aku berundur demi keselamatan Diri aku , yang lain dan kurangkan kemusnahan. Namun...yang pasti aku akan menyimpan kekalahan ini buat pengajaran pada diri ku dan yang lain-lain. TABIK!!!

Wednesday, November 24, 2010

Propaganda G66

The Commodore

Selalunya , aku tak mahu ikut cara orang lain. Dan aku tak berkehendakan yang orang lain akan ikut cara aku. Aku mahu ia berlaku adil. Cuma sesetengah individu, berpendapat yang perlu kita ikut cara orang lain bagi tujuan mengharmonikan hubungan diantara dua belah pihak. Perlu untuk ikut cara orang lain apabila kita berada dalam situasi dimana kita memerlukan pertolongan dari dia. Aku tak rasa bila dalam situasi tersebut, anda patut ikut cara anda sendiri , fikirkan objektif sebenar anda. Lupakan ego anda sebentar asalkan objektif anda tercapai dengan individu tersebut. Tapi lain pula apabila, kita kena mengikut cara orang lain atas dasar berkawan. Bila kita tidak ikut cara mereka , mula lah mereka cuba sakit kan hati jiwa raga kita. Kerana tidak ikut cara mereka? Bagi pendapat aku , kita hidup dengan cara kita sendiri dan kita patut bertanggungjawab dengan cara yang kita pilih. Tak semua orang punya cara adalah baik di mata Tuhan , namun itu adalah cara yang dia pilih. Hatta , itu adalah urusan dia dan tuhan , kamu manusia tiada hak untuk mengadili cara yang dia pilih. Aku suka mengamalkan "adil bila perlu", ya di mana kita perlu berlaku adil bila dalam sesuatu keadaan. Adil bukan dari hakim sahaja , kolot. Kadang-kadang kita tidak berlaku adil dengan cara orang lain. Macam mana? bila kita tengok seseorang individu dengan cara dia , ada orang yang boleh terima dengan terbuka dan ada orang yang akan mula mempertikaikan cara orang itu. Aku juga pernah begitu. Bila kita mempertikaikan cara orang itu, dalam masa yang sama itulah kita tak berlaku adil dengan dia. Adil lah kita dengan orang lain sebab kita kena fikir yang kita bukan lah kuasa yang besar. Mereka dan cara mereka dan kamu tiada hak untuk mempertikai cara dia. Aku tak suka bila kita selesa dengan cara kita dan tiba-tiba orang lain yang entah dari mana hendak mengubah cara kita. Kenapa? aku persoalkan kenapa? apa tujuan dia sebenar nya? Aku pelik dengan manusia yang berfikiran kolot dan tak terbuka. Aku hidup dengan cara aku , aku selesa begitu dan aku tidak pernah mahu atau berniat mahu susahkan hidup kau. Aku rasa aku tidak mengunakan sesen pun duit kau untuk makan atau minum. Aku tak rasa yang aku perlu bantuan kau untuk berjalan dari tempat ini ke tempat lain. Aku cuma rasa yang kau perlu terima cara aku dan aku terima cara kau. Fikirkan lah. Kerna dunia ini rosak dengan orang yang tidak faham cara orang lain. Tak sedar diri.


Monday, November 22, 2010

Risikel "P"




Notis :
aku bukan sampah yang boleh direcycle . kalau kau nak , kau amek. kalau kau taknak kau buang aku. Cam pukimak lah weih , sapa nak ikut kau? aku tak hinggen lah, kawan baik tapi cam kawan taik. Time perlu sahaja cakap ngan aku, ok aku suka tema itu. Next time don`t bother to talk to me if you wish to. jangan nak bazikan masa aku , sakitkan hati aku. Nak main psycho2 ngan aku. Aduih, senang ceritalah , jangan nak panjangkan cerita. Aku tak bergantung sangat dengan kau sebab aku pun boleh hidup lah kalau kau takde, tak yah lah nak poyo fikir aku yang terhegeh-hegeh nak kawan ngan kau. pura-pura kuat. just to remind you. my enemy friend is my enemy too.

Suka hati aku lah nak kawan dengan siapa, kau nak aku layan kau je buat apa? kau pun x tahu nak appreciate orang lain cam na. janganlah cerita masalah kau kat aku sedangkan kau sendiri tak pernah nak amek tau masalah aku. Blah la weih , cakap ngan kau macam cakap ngan platipus. bahasa itik pun ko kureng paham , bahasa memerang pun paham sikit-sikit je. Nie kan kau nak paham bahasa manusia yang simple nie. aduuhhhaaiii.


"You just same with other platypus ,there is no different"


why platipus???
platipus ialah haiwan yang separa itik , separa memerang. dia nak jadi itik dan dalam masa yang sama nak jadi memerang juga. Dia faham bahasa itik dan memerang tapi cuma nak cakap bahasa yang mana satu dia takpasti , tak terlintas dia nak cakap dalam dua bahasa haiwan yang sama. Habitat platipus kat kolam-kolam kecil kat kawasan pendalaman, memang sesuai lah , baru keluar dari habitat asal tu yang jadi renjatan budaya tu. Padahal kolot.


Sunday, November 21, 2010

Khejuzt

KHEJUZT

Arankian , aku selalu tengok orang. Aku suka tengok orang berjalan , muka orang lagi-lagi aku suka nak tahu apa yang mereka sedang lakukan , cakapkan. Member aku cakap aku pelik , sebab aku punya hobi macam tu. So? jangan terkejut lah kalau ada masa aku tenung @ pandang orang tu 2 -3 kali, tak kira lelaki atau perempuan. Secara peribadinya, aku suka tengok expression muka mereka-mereka. Sebab , dari situ timbul persoalan dalam otak korang apa yang buat dia muka cam tu? apa kena muka jadi cam tu? dari pandangan aku. Muka ialah first mesej yang keluar jika kau cuba lakukan, cakap , terangkan sesuatu.

Sekarang baru lah boleh masuk ke cerita sebenar nya yang benar belaka. Intro tadi cuma pendapat salingan dari nota lama aku. Ya , aku suka memerhatikan orang , tengok orang , lihat orang. Yes, I`am "Ikhwan The Seer"...i see something that i like about you. Selalunya, aku akan pakai cermin mata gelap berbingkai bulan jenama rayban yang aku beli di jalan Tar, kalau yang mengenali aku. Anda akan melihat aku selalu pakai cermin mata.Hakikatnya , mata sedang memerhatikan mereka-mereka yang kejutan budaya atau spesis yang lebih tepat. PLATIPUS...separa itik separa memerang , kekeliruan identiti sebenar. nak jadi itik ke nak jadi memerang? jadi mereka terkejut dengan budaya yang first time mereka jumpa. Yelah, baru keluar dari kampung hulu tah mana letaknya. Baru masuk bandar, merasa keluar dari pelusuk kampung yang yah mana tah tu.

Tuan-tuan , puan-puan sekalian, cik-cik adik, abang-abang hensem. Saya nak bagi tahu suatu yang realiti kepada semua walaupun ia pedih mahu ditelan atau di gigit. Tahu lah, kat tempat asal habitat korang takde benda-benda tu semua. Tu yang bila korang keluar dari habitat asal korang , maka platipus pun mula lah nak tunjuk lagak dia yang paling hebat sekali. HUHUHUH, wa tabik lah, korang punya pailang bukan main, jangan nak buget lah korang hot , hensem ke apa. Bukan semua orang suka korang, oooo jangan sebok hal aku??? ok, ok tapi tolong jangan lakukan perilaku yang membuatkan semua orang rasa muak. nak muntah dengan ko. Adoi, aku tau lah, first time keluar dari kongkongan ibubapa , tak duduk umah da. Tapi tak yah lah nak terkejuzt sangat, cam tak pernah tengok dunia moden. Apa , kau dari zaman batu ke? Wooow , first time duduk KL lah katakan, gi clubbing , overnight. keluar jalan2. abiskan duit mak bapak kau yang kaya tu. Tolong lah, fikir orang sekeliling kau , tu yang tak boleh tak sebok hal kau. Jangan duk fikir diri kau sendiri jer.
Platipus yang jenis nak style je pun banyak. yelah nak paruh itik ke atau hidung memerang? tu yang fikir nak style jer. aduyai, pakai ikut suka sudah. Buget nak ikut perkembangan budaya terkini anak muda generasi baru lah katanya. Pakai cam orang sakai baru jumpa skinny adalah. Batak gila, orang pakai baju petak2 kau pun nak ikut lah. Orang gi clubbing , kau pun nak join gak. wow , mabuk2 best wooo, bangga nya kau buat dosa. sori lah aku cakap kasar skit. Kau berfikir cam orang kafir , tak takut tuhan. Main pompuan, huhuhu suka, enak siap nak lagi tuuu. Siap cerita , alah minah tu aku dah rasa. bangga buat dosa. platipus nie hebat. Nama je muslim atas ic, cakap je dia muslim tapi bila dah keluar dari habitat asal , jauh dari panduan ibubapak. Perggghhh , yang pakai tudung, siap berambut gerbang air karat...perghhh. Baik tak yang pakai tudung, rambut blonde pun cakap terabur slang kelantan buat pa. adoi minah nie. Mulanya , platipus nie baik masa time sekolah kat habitat dia yang hulu jauh dari bandar. Bila check, hmmm baik nya time sekolah , so innocent .Bila keluar dari zaman sekolah kampung platipus kau. Masuk alam kolej. maka seronoklah kau , semua benda nak cuba nak amal. kalau cuba tu boleh terima lagi. nie nak buat hari-hari, seronok sangat.
Aku tak boleh blah dengan , orang yang fikir dia betul. Cam aku , aku nak orang dengar apa yang aku nak bagitau. Tapi geng platipus nie , bila tokey dia cakap A...maka A lah jawapan nya walaupun B adalah yang terbaik. Bila kita cakap B pun ok, diaorang nak gak A, tak kita salah. adiuh, kolot gila pemikiran korang, kampung hulu betul. Kau nak orang terima pemikiran kolot kau tu? maaf lah, tak boleh pakai. Aku bukan nak judge kau. cuma boleh ke kau terima orang lain? orang boleh terima kau tapi kolot kau punye pasal , kau pikir kami batak sangat nak kawan ngan kau. Adoi, aku banyak lagi kawan-kawan kat luar tu.

Aku tak faham lah dengan platipus-platipus nie , sungguh poser.Jadi poser nie tak salah , cuma jangan poser lama sangat. Tak tahulah kenapa buget dia lah yang paling hebat, cool , hot , sexy. tapi yang sebenarnya korang tak jadi diri korang yang sebenar. Pura-pura jadi kura-kura...platipus yang pura-pura jadi itik dan sometimes jadi memerang.


"jangan terkena renjatan budaya , sebab aku pun terenjat tengok korang kena renjatan budaya"

( sebenarnya kalau boleh aku nak tulis banyak lagi perkara, cuma malas dan muak memperceritkan kisah budak-budak yang kampong nie , poser)

Thursday, November 18, 2010

Ghost


I hope I become a ghost,

I hope I can see the end of time.

I hope I become a ghost,

And make sure the future turns out fine.

I hope I become a ghost,

Oh, when the world is said and done.

The stars will become so close,

And there will be nowhere that I can`t run.

Ooh ooh ooh ooo

I hope I become a ghost,

And watch all my grandchildren growing old.

Some they will remember me,

And others through the stories they`ve been told.

Now I don`t intend to frighten you,

I just want to see if I think is true,

Cause then and only then we`ll know.

If it was worth to become a ghost.

Ooh ooh ooh ooo

There`s nothing sad about it…

Now that I’ve become a ghost,

I don`t get to laugh with friends like you.

And there`s nothing sad about it…


( i dedicate my empathy and love for those who lost their hope for living. as they still love their parent, mother , father , sons and daughter . May your soul are bless and may your journey to the next world would be a living as your memory will be eternal )

Saturday, November 13, 2010

Peperangan Dneirf

Perang Dneirf



Arankian , walau selama mana kamu berteman baik...suatu hari ia akan tamat! Perang akan tetap akan bermula walau secalit mana masalah yang kami timpa. Kerna dek secalit masalah itu, segala bala askar tentera di gerakan ke medan tempur. Semua demi melunaskan dendam dan kebencian yang membara. Masing-masing dengan egois yang melonjak tidak mahu kalah. Apa ini merupakan jalan yang terakhir???

Mahu di jadikan cerita , pada suatu tarikh seketika waktu kami Division 36th sayap utara sedang menjalankan tugas di medan tempur. Telegram dari pihak atasan telah sampai ke setiap kem-kem tentera komunist setiap division di semua sektor, termasuk sektor N9 tempat aku sedang bertugas bersama-sama dengan anggota lain. Telegram pihak atasan itu telah menyatakan bahawa kami dikehendaki pulang ke markas utama untuk menjalani sebuah misi khas yang diberi nama MUET...Malaya University English Testing. Ia wajib bagi setiap anggota pegawai kelas 3. Al-kisah, semua division 36th sayap utara telah pulang ke markas utama demi misi MUET tersebut.

Bagi aku, tarikh telah ditetapkan, jadi ia patut tidak menjadi masalah buat anggota tentera untuk pulang pada masa yang ditetapkan. Jadi , untuk menyenangkan keadaan dan memudahkan perjalanan. Aku mengadakan perbincangan 3 penjuru dengan anggota komunist yang bertugas di sektor Nabmeres, tempat aku bertugas. Perbincangan bertujuan untuk mecari jalan bagaimana untuk menyusun perjalanan kami ke Markas utama.
Maka aku bertanya kepada Officer B, apa plan kita nak balik ke markas nanti, dia menjawab " tak terlintas lagi camna nak balik sana"...ok. Jadi, aku terlalu bodoh mengharapkan Officer B,tapi hati ini masih bersabar walau dah kecamuk memikirkan camna nak balik markas walaupun sehari disana demi MUET. Selepas itu , suatu masa yang lama sebelum berangkat ke markas, aku tanya lagi Officer B, "so? apa plan nak gi sana? nak gi ngan apa?"...lalu dengan muka selamba dia jawab, " entah la, aku x terfikir lagi nak gi cam na, keta x de ni "jadi aku pun terus ke rencana plan C...kecemasan. Maka aku pun pergi ke unit anggota komunist wanita yang sama division dengan aku untuk meminta bantuan. Waktu dah last minute, so aku dah takde cara lain untuk pergi ke markas esok harinya. Waktu itu , hari sudah menjelang malam. Officer B , masih lagi tidur lena di ruang tamu. Aku dengan bergegas pergi bertanyakan bantuan kepada anggota komunist wanita. "Officer Zura, nak tanya nie. esok gi markas camna? naik pe ngan sapa pergi sana?...dengan lembut dia jawab. Dengan Officer Hn ngan Officer Beng...kami bertiga, tapi tak tahu lah nanti Officer Hn bawak sapa lagi, takut penuh lak kenderaan". Jadi aku pun tak mengharapkan sangat, takpe lah usaha nak tanya tu ada. Dari duk tidur sampai ke maghrib buat apa.Pesanan aku kepada Offcer Zura hanya, jika ada kekosongan untuk dua orang sila hantar telegram kepada saya secepat mungkin.

Plan C ,sudah aku laksanakan, demi kebaikan aku dan Officer B...yang pasti kami berdua akan pulan ke markas bersama-sama. Selepas diskusi pendek dengan Officer Zura tentang minta bantuan untuk pulang ke markas selesai. Aku pun pulang untuk memberi tahu Officer B tentang perkara ini, lepas nie tak perlu nak kucar-kacir duk fikir camna nak gi balik markas. Dia mamai, dan dia cakap " kan keta Officer Hn penuh, dia bawak ramai orang , penuh"...aku cuba memberi harapan. "Jangan risau , ada kosong punya untuk kita, nanti dia mesej la, nak confirm kan"ujar aku demi melunaskan rencana kami pergi sama ke markas. Dia masih tidak faham. Dia tetap dengan pendirian bodohnya tentang kami tiada kekosongan tempat duduk dalam kereta Officer Hani. Lalu , dia menelefon abangnya untuk menghantar dia ke markas dan bertapak di kem mantin malam itu.
Aku berkata , "tak payah laa, kita naik keta Officer Hani je, ni mesej dia, dia kata boleh muat lagi dua orang"...Officer B tetap dengan pemikiran bodoh dia yang menyatakan kereta dah penuh tak muat. Jadi dia telah tetap dengan rencana dia pergi dengan bantuan abangnya yang sebenarnya tidak pasti. Yang tidak pasti itu yang membuatkan aku gusar, benda yang tak pasti. "bila kita nak gerak kalo gi ngan abang ko?"...dia jawab "malam-malam skit, jum gi makan dulu. bersiap la cepat" dengan bangganya dia jawab. Malam-malam skit? ini dah lewat ni kalau nak gi Ktm, buleh pulak ajak pergi makan? ya aku mungkin terlalu risau. Sebab risau kau tak buat apa-apa yang aku plan naik keta dengan Hn...Sebelum itu di salahkan aku. Tulah kau, tidur petang lagi, kalau tidak kita boleh naik Ktm petang tadi. Aku ingat naik gi ngan Ap, dia ajak aku. Tapi fikir ko gi sorang tu yang aku stay nak gi sama-sama ngan kau. Kalau benarlah, kenapa tak bagitahu awal-awal? sebelum aku tidur...time makan tengahari? salah aku kah itu?

Pada mulanya aku fikir yang aku ingin batalkan plan aku dengan Hn. Jadi aku follow B naik keta abang dia hantar pergi Ktm dan gi mantin. ok done. Tapi yang membuatkan aku betul-betul tercalar hati ialah dia cakap yang aku selfish sebab aku plan naik gi mantin ngan Hn. Aku selfish? tiba-tiba pulak, sedangkan aku plan ngan Hn untuk kita berdua, sama-sama naik keta dengan Hn, Zura , Kau B, aku dan Beng pergi MUEt kat kolej.ada faham??? Bukan nya susah. Yang ko pergi plan lambat2 siapa suruh? Jadi B pun ajak aku gi sekali dengan abang dia...Kalaulah aku nie bodoh tak berperasaan sekali pun, aku takkan nak follow orang yang cakap aku selfish secara tiba-tiba dan sewenang-wenang nya? aku bukan bodoh lepas ko cakap cam tu...nak aku gerak skali dengan kau lepas cakap aku selfish? maaflah, saya boleh pergi sendiri kalau saya mahu lepas kerja petang tadi. Saya fikir nak pergi dengan awak je yang buat saya tetap tak gerak lagi walaupun masa sudah suntuk.Dengan muka meyampah dia yang aku betul-betul meluat, dia cakap " ko nak lepaskan diri ko je kan? sebab tu ko plan naik keta ngan Hn...ko memang pentinkan diri sendiri la"...itulah ayat yang paling buat aku bengang pada kau, kau tak faham ke yang aku plan semua nie untuk kita bersama! kalau aku sorang tak payah susah-susahnya aku nak bagitau kau. Tapi , kenapa kau tak pergi je dengan Ap petang tadi? dia cakap sebabnya nak tunggu aku dan pergi sama-sama dengan aku , OK. tapi? bila aku plan macam nie kau taknak ikut pulak, banyak alasan bodoh dan buat aku macam aku yang bagi benda nie nampak susah. Oooo pandai kau ya, ko saja buat aku nampak bersalah dalam hal nie. Nice~ ada lagi ayat dia yang paling aku tak boleh blah ialah, " kalau aku tak call abang aku mintak antar kita gi Ktm , mesti ko dah tak tau cara nak gi kolej esok cam na kan?....hmmm aku begitu teruja dengan kebodohan kau untuk menyedari situasi sekarang. Woi , aku boleh lah nak pergi sendiri , kau fikir aku nak depend pada kau je ke? sorry lah sejak bila hidup aku depend pada kau? kau fikir kau bagus je.

Akhirnya, selepas pertekakan pendapat itu berlaku, aku pergi dengan Hn esok pagi dan dia pergi malam selepas kami bertekak dengan abang dia. Cuma aku ingin jelaskan yang, aku plan pergi sama2 naik kereta Hn untuk kau jugak, tapi kau tak faham apa yang aku cuba buat. Sebab, kau suka orang bila orang ikut plan kau, dan kau tak suka orang tak ikut plan kau. Bagus sekali. Bila aku dah plan elok-elok untuk kita bersama...kau tak nak ikut plan aku, jadi kau nak aku ikut plan kau jer? toleransi la skit bro..kita bukan baru kenal, malah rapat pula. Kau duk bising yang orang tak appreciate ko, tapi hakikatnya secara realiti ko langsung tak appreciate orang lain. Yang tak boleh blah, kau cakap lebih baik aku gerak ngan Ap petang tadi. Hakikatnya, mamat tu masih lagi kat seremban malam tu. siap boleh gi antar burger kat umah budak pompuan. Jangan nak tipu fakta laaa. Jujur, aku tak tau sebab apa kau cakap aku selfish, padahal aku plan benda nie untuk kita sama-sama. Aku rasa , ko memang tak layak untuk di hargai. Kau duk cerita masalah aku aku terima , aku tolong. tapi ini balasan kau terhadap aku? kau nampaknya belum kenal aku sepenuhnya.
Sekian beberapa , hari...kau boleh lak ajak aku balik umah kau. ok aku ikut. Dalam perjalanan. Ayat yang paling tak boleh blah ialah..."aku nak je biar tak tegur ko seminggu nie.tapi aku fikir x nak ko sorang kat hostel"...lalalalala ko masih fikir aku asyik depend pada kau. HOi aku Ikhwan Komunist laaa, aku hidup atas usaha aku sendiri laaa, aku tak perlu orang macam kau dalam hidup aku, selama ini kita rapat tapi baru aku tahu kau memperbodohkan kejujuran aku dalam persahabatan kita. Ko tak jujur selama nie, sebab tu kau boleh cakap aku selfish. ayat kau" kau memang cam tu, selfish"...aduihai, jangan fikir kau kenal aku macam mana. Kau setakat kawan yang aku kenal time kolej jer, jangan fikir kau bagus sangatlah. Bahasa manusia pun kau tak faham, tapi memang betullah kau faham bahasa platipus je. Sumpah, memang aku rasa rugi bersikap jujur dengan kau. Aku dah malas nak layan kau...


"susah nak sedar yang kita tak faham orang sebab kita sendiri tak faham "
(sebab kau platipus yang buget faham bahasa manusia, Kampong )

Dead


" Every soul will taste Death "

Remember , we will die and we will be end up at the gate of hell
batter change now or never.

Revolusi S.S.N

Wahai para Senior Student Nurse...dengarkan lah seruan ini. Mari kita mulakan sebelum generasi selepas kita menjadi hampar dan lemah!!!

Notis Perlu Baca :

Arankian , sudah hampir 3 tahun aku mendalami ilmu kejururawatan dan aku lihat, rasa, hidu pelbagai perkara yang menjadi jururawat ini banyak yang belum lengkap untuk kita sebagai generasi akan datang untuk menaikan lagi bidang jururawat ini. Agar kerjaya jururawat ini menjadi suatu budaya dan kerjaya yang dipandang tinggi dan tidak lagi hanya menjadi bahan kutukan bidang seangkatan kita.

Bagi aku, walaupun aku hampir tamatkan pembelajaran aku dalam bidang jururawat ini, aku ada impian yang aku tak mahu generasi akan datang merasai kepedihan dalam melalu perjalan bidang jururawat ini. Ya, aku tahu kalau kita tidak rasa susah kita takkan merasa senang. Semua itu adalah pengalaman yang akan menguatkan kita. Tetapi! aku tak ingin kita ditindas, walaupun kita hanya jururawat yang bantu orang sakit , basuh berak , main dengan luka nanah jijik, ikut doktor kehulu kehilir , dan macam-macam lagi yang aku lihat yang menunjukkan kerjaya kita masih tidak boleh di perbanggakan oleh orang lain.

Kita masih lagi manusia , dan kita masih lagi menjalani kehidupan sebagai manusia biasa ...makan , main , tidur , dosa dan pahala. Kenapa aku cakap macam itu? kerana itu semua normal kita akan berpura-pura sepenuhnya di hopital, Kita ialah pelakon yang palin hebat dengan semua orang. Realitinya kita pun berpura-pura dengan kawan-kawan kita...macam lah aku tak tahu, tak jujurlah kalau kita jururawat kita tak pura-pura. Apa kata jika kita buang kepura-puraan itu. Kerana kepura-puraan itulah yang menjadikan budaya jururawat ini nampak hina. Ya hina, jangan nak terasa sebab benda ini betul. Ubah benda itu , dan bersama-sama kita naika kan martabat jururawat.

Kita masih lagi manusia , kita ada ego perasaan berlagak. Sebab itu perkara normal bila kita ada kuasa , pengalaman , dan ilmu lebih dari orang lain kita akan jadi macam itu. Realiti ini terang-terang bila kita dalam hospital bila masing-masing nak betul jer dan berlagak dengan ilmu jururawat itu. Ingatlah yang ilmu di dunia nie pun kau tak khatam lagi nak berlagak dengan ilmu yang dikira sikit sahaja. Apakata kita cuba rendahkan diri kita sikit jadi ubi diam berisi dari besi diam berkarat. Jika kita ada ilmu lebih tak salah kalau kita kongsi ilmu kita dengan orang yang tak tahu. Kandang-kadang itu jelas yang bila ilmu lebih sikit dah berlagak. Bila lagi kita nak tukar semua benda itu. Tak kiralah junior atau senior. Dua-dua kena buat perubahan.

Kita masih lagi manusia , kita rasa kita perlu dihormati sebab kita tua dari mereka. Betul yang tua perlu dihormati dan yang muda perlu dikasihi. Kita tahu yang kita lah yang paling senior kat situ tak perlu lah kita nak berlagak sangat , kita tak tahu mungkin cara kita yang buat kita nampak macam" sila hormat saya wajib". Ini semua kuasa...cuba kita tunjukkan yang kita layak untuk dihormati dengan buat perkara-perkara baik. Biar mereka yang dibawah kita yang secara tersendiri akan hormat kita dengan ikhlas bukan pura-pura. Siapa nak hormat kau jika kita sendiri tak hormat diri kita.Betul tak?


Aku sudah malu dengan realiti sebenar budaya jururawat ini...sudah tiba masanya kita rawat balik budaya ini dengan angkat balik kemegahan jururawat. Walaupun tempat kita belajar itu indah rupa dari kata. Macam jauh api dari panggang. Kita tak boleh duduk sahaja bila meraka tindas kita. Nampak sangat yang budaya jururawat ini ialah budaya patuh dan turut sahaja. Hak kita sebagai manusia perlu kita ingat. Jangan bila jadi jururawat ni kita hanya patuh dan turut sahaja tanpa mempersoalkan balik . Aku tahu yang kita bukan budak jurusan perundangan nak lawan balik macam dalam makhamah. Cuma , walaupun kita jururawat ...kita tak boleh jadi bodoh macam lembu kena canggkuk hidung! Sebab itulah bila jadi jururawat kita macam robot sahaja, orang suruh buat itu kita buat tanpa persoalkan kenapa nak buat macam itu.

Wahai semua , sebelum kita tamatkan jurusan ilmu kejururawatan kita. Mari kita sama-sama sebagai senior student nurse untuk buat suatu perubahan besar pada tempat kita belajar dan budaya terkini jururawat yang sebenarnya perlu dirawat! Aku tak mahu generasi selepas ini jadi generasi jururawat yang tak tahu nak bangun bila orang tolak. Kita bukan jururawat yang cikai-cikai nak ditindas dan di pandang hina oleh orang lain!




" Bangun lah wahai Senior Student Nurse ! Revolusikan diri kita dan kerjaya kita ,elakkan perkara buruk yang akan mengubah budaya Jururawat kita. Cipta kan kemegahan dengan budaya jururawat kita biar generasi akan datang tidak menjadi bodoh seperti kita! "
( bukan macam lagu bunkface_revolusi , itu lain cam bodoh je lirik tak tunjuk pun revolusi apa-apa)

Pengakhiran

Arankian , bermula nya perjalanan dalam kehidupan...ia pasti akan berakhir dengan sesuatu. Yang hidup pasti merasai mati. Yang kasih pasti berkelahi dan yang mimpi pasti realiti. Apa kah semua ini ialah kehidupan? Seharusnya ,bagaimana aku ingin teruskan semua ini dengan hati kental tanpa merasa sedih...


Setiap benda yang kita ada , nanti akan berakhir. Tamat di suatu titik. Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Macam aku sendiri, aku rasa sedih bila walau lama mana kita rapat berkawan pun...akan ada satu masa kita akan putus kawan. Sama dengan bila kita bercinta. Nanti bila hilang rasa cinta kita, kita putuskan perhubungan itu sebagai tanda ia sudah berakhir. Aku secara jujurnya tak mahu benda itu semua...Tamat. Aku selalu mengimpikan yang hubungan yang aku bina ini akan tamat bila aku dah tua dan mati, bukan sekarang sebab hati aku tak mampu nak menerima semua itu. Kenapa? aku tak boleh cari jawapan tu dan sampai sekarang ia jadi suatu awan hitam yang berlegar-legar di atmosphera otak aku. Pening.

Aku sudah sedaya upaya kuderat manusia aku gunakan untuk kekalkan semua itu. Tapi , ia tetap akan berakhir. Bila orang baca ayat aku nie mungkin ada anggapan yang aku sedang putus cinta. Tak, itu dulu ,tapi sekarang apa yang aku nak tekan kan tentang hubungan persahabatan. Terasa dalam bila aku ingin katakan yang aku sentiasa mempunyai masalah dalam berkawan. Apa yang tak lengkap lagi aku sendiri tak nampak. Bila aku cuba menyenangankan kesemua belah pihak aku telah di salah anggap yang aku seorang yang pentingkan diri sendiri, bukan niat dihati aku ingin melakukan semua itu. Mungkin salah aku sebab gaya perbuatan aku itu yang nampak seperti aku seorang yang pentingkan diri sendiri. Nampaknya , kawan aku itu masih tidak kenal aku lagi. Benar apa yang diperkatakan oleh salah seorang teman rapat aku. Kawan di kolej ini hanya sementara, bukan lah kawan yang dimana sampai tua kita masih berjumpa lagi tidak seperti kawan-kawan kita dari masa sekolah kita rapat dan masih lepak setiap minggu .Mungkin aku tak tahu macam mana nak terangkan perkara sebenar. Jadi dia dah salah anggap dengan perbuatan aku.

Bergenang air mata, itu kali pertama aku merasakan perasaan begitu. Mungkin tanda aku terasa benar dengan apa yang dia katakan. Aku mula berfikir yang selama ini hubungan kami rapat sangat. Dari semua aspek aku dan dia kenal sesama sendiri. Namun , tak di sangka yang di menuduh aku pentingkan diri sedangkan dia kenal aku macam mana dan aku kenal dia macam mana. Ternyata ,terang terangan yang dia masih tidak kenal hati aku. Jujur yang aku hadiahkan dalam persahabatan ini macam sampah bagi dia. Aku salah? aku sendiri tak pasti aku tak nampak semua itu. Aku jadi lemah bila memikirkan perkara ini aku dah jadi tak seronok.

Jikalau kami berbaik semula, aku pasti yang perhubungan kami tidak serapat seperti dulu. Aku sangat pasti. Itu yang aku jadi lemah , macam mana aku nak hidup serumah dengan orang yang macam itu. Dia macam nak tunjuk aku lah yang salah dalam hal ini. Bagaimana aku mahu meneruskan kehidupan aku di tempat itu dengan hubungan yang macam ni...Tuhan , berat benar ujian yang kau turunkan.Aku rasa begitu sedih yang dalam sangat.





"jujurnya aku tidak mahu kita jadi begini"

Tuesday, November 9, 2010

La la la la la...

Don`t be afraid ,
love is simple ,

Don`t be afraid ,
you`re already dead...

la la la la la~



love is simple.


( I dedicate this for those who or was suffered from cancer , love their family , sons , wife and daughter...)

Saturday, November 6, 2010

Writing are good for your SOUL


Arankian , ketika berbual di waktu petang di sebuah cafe sambil menikmati secawan teh` O dan kopi ais beng. Kami mula berbual . Dari isu yang paling kecil hingga yang paling dalam. Namun , ia masih sebuah perbualan yang objektifnya mengisi masa terluang. Dari kisah pengalaman hidup , hingga ke kisah peribadi kami kongsikan bersama. Semua bertujuan untuk dijadikan pedoman masing-masing serta disertai dengan komen-komen yang membina diri. Ia mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada manusia-manusia lain. Mungkin...

Tetapi, kita mungkin jadi pendengar atau memperdengarkan kisah / cerita / gossip kita kepada teman kita. Kalau ia menarik , maka gelak ketawalah mereka berdua petang itu. Jika tidak , pendengar itu semestinya akan berfikir , apalah cerita kau nie...apa yang aku nak komen.hahahha semua itu hakikat. Tetapi , lari sudah tujuan utama perbualan mereka tadi.

Alternative lainnya , tidak semua yang kita isi hati kita yang nak diluahkan akan tercapai dalam perbualan mungkin cara lain. Dari pengalaman aku sendiri, kadang-kadang jika aku ada masalah aku akan ceritakan pada kawan-kawan yang boleh aku percayaai atau individu yang secara kebetulan bertemu didalam KTm masa nak balik nilai. Ada juga dengan bercakap seorang diri , macam sedikit gila tetapi tidak. Cuma yang paling baik dan berkesan ialah dengan menulis.

Ada seketika dahulu, sewaktu menghadiri sebuah pameran "Art for Sale" di Annex , Pasar seni. Aku puas melihat-lihat item-item yang dipamerkan sewaktu itu. Sudah 2 - 3 kali round berseorangan time tu. Aku ke luar dari dewan pameran itu untuk merokok. Ketika itulah aku terjumpa seorang nyonya tua yang berpakaian kebayan dan dilihat bukan selekeh atau rendah tarafnya. Dan dia juga sedang merokok disebelah tong sampah yang disediakan. Aku juga dekat sangat dengan tempat dia berdiri sambil sepuntung rokok di jari. Lalu , dengan beraninya...
Aku memulakan perbualan dengan nyonya itu. Aku tanya dia , apa yang dia buat kat sini (dalam english) lalu dia menjawab , I`m selling my books here... Ohhh , adakah dia seorang penulis? ya semestinya, namun aku lupa nama dia. Aku tanya lagi... what kind of writing do you write? (sajak ke , dogeng ke). Dia cakap ... It`s about my life and people around me..and about humanity. Ohhh sekali lagi tanda yaaa.Dia cakap " it is good to write somethings , not for profit but to share with others. Do you writing? dia tanya aku. Aku jawab... yaa~ sometimes. Di cakap lagi, your should write... "Writing are good for your soul", kata nyonya itu.Lalu , dia habiskan rokoknya dengan sedutan terakhir sebelum menyertai kawan-kawannya di booth mereka...

Ia buat aku terfikir , bila kita menulis...kita akan jujur dengan diri kita . Lalu , apa yang kita nak tuliskan nak luahkan ketika itu akan jadi lebih jujur.Bak kata kawan aku...kau buat nie untuk profit atau nak share...itu yang penting. Dengan menulis juga kita dapat luahkan semua benda yang terpendam dalam lubuk hati kita. Buat lah suatu catatan atau diari yang kita tulis pasal diri kita atau orang lain. Sebab , macam aku sendiri...lepas aku menulis , aku baca balik dan ia melambang kan diri kita semula. Biar kita sedar. Biar pun ejaan kita salah , tatabahasa tungang-langgang , tapi biarlah penulisan kita jujur.


" When you writing , you are using your hand and your Mind , it`s even get better when you write for your Soul "

Fikir Dalam-dalam

Notis : Perlukah kita berfikir panjang tentang individu ini? masing-masing punya pendapat...


ai sume...nama aku ****...dulu aku sek kat technic bee pee...amek kos CIVIL ENGINEERING....tp skunk nie dah abes dah...skunk nie aku study kat K*** SEREMBAN....aku amek kos X-RAy pulak....best r jugak study kat
KPJIC...seronok laa jugak....tp blaja 2 ssh laa gak...kene pulak lecturer dr india pulak citer dye....mati aku..!!xphm dye ajar aper....klu dye bebual jerk dah cukup laa...kepala aku dah bersmak samun dah...huhu...a
ku paling x suka klu bdak gedik,baget,poyo,belagak,bongkak,sombong,suka reject2,muka toya,penipu,hipokrit ,buzybody,selfish,mc
m gampang,mcm bodo,mcm busted,bebual confidence btol,mcm bagus,kerek,suka malukn org dpn org ramai,ckp kuat2 dpn org ramai,suka tarik perhatian dpn org ramai,suka korek idong dpn org ramai,suka c0ver2 depan org ramai,ketawa kuat2 dpn org ramai,miang,gatal,suka plesing2...2 sume aku mmg x suka r...aku mmg fuck giler org cm nie...aku paling suka cari pasal x tntu pasal,suka ketawa x tntu pasal,senyum xtntu pasal,kutuk2 org,kacau2 org,dengki2 org,sakitkn aty org..huhu...aku mmg cm nie dowh..!!who care..??jnji aku x kacau idop ko sudaahh..haha..lg satu nie...klu korg nak knl ngan aku korg ADD jerk aku....nie email ym, skype, tagged n friendster aku, ********@yahoo.com...x yah nak SHY SHY CAT dowh ngan aku..korg wt slumber jerk..confirm aku approve punya...hahaha..k bye.


Komen Doktrin Komunist :

Tabik!!! baguslah kalau kita sebagai seorang individu di muka bumi yang kita sewa dengan TUHAN ni kita tak gemar@minat dengan perangai-perangai "buruk" manusia tersebut. Tetapi , bagi pendapat aku , bukan untuk aku sebagai individu kerdil ini untuk tidak suka kepada benda-benda itu, aku bukan lah baik sangat seperti Nabi atau Ulamak , tapi sometimes kita kena sedar diri dahulu. Bak kata orang melayu dulu-dulu : ukurlah baju di badan sendiri...Aku bukan tidak pernah bertemu dengan spesis manusia sebegitu. Cuma , bagaimana kita nak handle keadaan bila time ada spesis manusia tersebut. Kadang-kandang kita pun sama saja dengan spesis manusia tersebut , mungkin kita tidak perasan yang kita berperilaku begitu. Kau jangan fikir yang kau tidak pernah jadi macam tu, mana lah kau perasan sebab kau bertutur dalam bahasa dan nada bertempik macam gengster. Hahahh , senanglah kau judge spesis manusia tersebut dengan tidak menyukai mereka. Entah ya atau tidak , mereka juga tidak menyukai kau...Cerminlah diri kita sendiri. Kita naktak suka orang , tapi kita punya perangai pun sama...aduhai. Sama kapal rupanya. Sedarlah kita bersama , yang dimuka bumi Tuhan yang sewa kat kita ni . Ada macam-macam jenis perilaku manusia yang kita boleh lihat. Kalau kau nak tahu , tiada manusia yang sempurna melainkan dipelihara oleh TUHAN sendiri.

Hatta , walaupun kepelbagaiaan jenis manusia di bumi ini , bukan hak kita untuk tidak menyukai mereka sewenang-wenangnya. Kita sendiri belum sempurna. Mungkin , mereka-mereka yang kau tidak suka itu ada banyak kelebihan lebih dari kau. Yelah , janji mereka tidak kacau hidup kau. Tapi , apa hak kau tak suka pada mereka? Opppsss...Who care??? hahah peduli apa ya orang cakap.Suka hati aku lah nak suka siapa , nak benci siapa. Ayat kau seperti kau mengatakan yang Tuhan tidak pedulikan apa yang kau lakukankan. Kita kadang-kadang kena fikir tahap kita dimana. Bagi aku , setiap benda sebesar atom pun dimuka bumi ini sentiasa mendapat "peduli" dari penciptanya. Kita hanya perlu fikir yang kita tidak boleh sesuka hati untuk melanggar Hak Tuhan untuk peduli.

Cuma , jika kita ada bersama dengan orang-orang sebegitu , pandai-pandailah kau untuk handle situasi ketika itu. Mungkin dengan teguran baik atau pun dengan melayan kerenah mereka. Kau fikir yang kau bagus sangat untuk membenci mereka? Aku pun pernah begitu...tengok dia nie. eee meluat . tengok dia tu...cis nyampah aku. Tapi bila aku sedar , aku sebenarnya serupa dengan mereka dan aku tiada hak untuk membenci mereka...

Akhir kata...add lah aku , jangan shy shy cat????? what the fuck? kau fikir kau wajib ke perlu dikenali dalam hidup nie? aduhai~ cakap orang tak suka itu tak suka ini. tiba-tiba suruh add? hahahah kelakar juga kau. Cam BODOH ! Slumber lah katakan. Untuk pengetahuan kau Slumber=Sleep. Tidur kah anda sewaktu berkata-kata diatas?






"Cermin muka dahulu , sebelum jadi Cermin muka orang lain"

Sunday, October 31, 2010

Kotak Nabmeres

Arankian , sudah seminggu...

aku di seremban nie macam tak hidup tak mati. Tak de apa yang boleh aku seronokkan. Hakikatnya , tempat posting ok, kerja-kerja praktikal aku pun ok setakat ini. Cuma , apa yang aku nampak ialah pandangan dari takat rumah hostel yang kami tinggal hingga lah simpang keluar dari hopsital itu...itu sahaja.

Aku rasa stress , tak dapat nak keluar dari kelompok itu. Aku rasa bosan tahap yang paling tinggi sekali rasa macam tak boleh nak hidup. Macam hidup dalam sebuah kotak.

Setiap hari , setiap masa adalah benda yang sama. Berjalan di waktu pagi pergi ke arah hospital dan tepat jam 5 pulang balik ko hostel.
Malam sikit , kalau kaki sakit sangat sebab berjalan jauh duduk jer lah rumah. Ingatkan boleh lah aku ajak kawan aku datang lepak ngan aku. Cuma kadang-kadang jer lah. Aku pun tak nak menyusahkan dia selalu suruh dia datang lepak ngan aku, dia pun ada kerja lain.

Setiap hari rutin yang sama , jiwa aku makin membatu. Macam orang bodoh, dapat pulak teman seposting yang jenis buat hal sendiri dan jenis tak fikir yang ada orang lain sebelah dia. First time aku jumpa orang yang macam tu , bagi salam tak dijawab. Cakap sikit jawab sepatah...naik bilik tutup pintu? agaknya macam mana aku nak kenal orang yang macam tu? Yang paling bodoh , ramai juga yang melepak kat ruang tamu tu. Pintu depan kunci di manggakan. Bila bagi salam minta tolong bukakan pintu? macam nak tak nak jer. Pasal kunci , pagi-pagi nak tinggi suara macam gengster. Cakap elok-elok tak boleh? macam tak ada adab. Aku cuma fikir yang aku dah tua nak melayan kerenah budak-budak kau. Hakikatnya , aku tak tahu langsung kunci tu kat mana. Bila pulak aku guna? Kenapa aku yang ditengking-tengking?aduhaaaiiiii~~~~~

Aku ada duduk berbual denga member setempat aku yang belajar di seremban, dia cakap relax lah duduk sini , janji ada kemudahan transportasi yang senang kita nak gi mana-mana. Ya , aku tahu semua itu. Cuma aku bukan nya ada transport kat sana, duduk serumah dengan budak-budak yang ada transport pun bukannya boleh pakai. Kereta kat hostel tu ade dekat tiga bijik. Satu pun jangan harap lah dapat hantar kau gi mana-mana pun, sebab tuan kereta tu jenis orang yang banyak alasan bila mintak tolong.

Sesungguhnya , aku merasakan diri aku ni hina bila asyik meminta-minta pada diorang. Maaf lah , aku tak batak lah dengan kereta korang tu, kalau aku pinjam pun bukan aku tak mampu nak tanggung duit minyak kereta korang tu. Lebih dari apa yang diminta aku bagi. Aku ada kuderat aku sendiri untuk berjalan. Aku masih bernafas untuk terus berjalan dan aku tak terlalu batak dan mengharapkan orang seperti kamu semua! useless...

Aku susah pun biarlah aku menikmati kesusahan itu , tak macam korang anak orang kaya dan masuk kolej nie pun ada sponser dari kerajaan...Aku rasa buat rugi jer duit cukai yang abah ngan mak aku bayar pada kerajaan sebab nak guna duit tu tanggung korang belajar kat sini. Aku rasa korang tak layak lah ditanggung kerajaan. Buat rugi duit kerajaan jer. Agaknya , macam mana lah korang time kerja dengan kerajaan nanti? bukan ker kerajaan kerja untuk rakyat? jika macam tu lah sikap korang time muda nie, tak susah nak cakap bila dah kerja nanti masyarakat aku cakap "ruginya aku bayar duit cukai kerajaan, sebab dapat pekerja awam yang macam korang"...

Sememangnya , aku sangat stress hidup di seremban walaupun kerja praktikal aku ternyata baik. Aku dah macam tak boleh nak fikir apa-apa dah, MATI kutu aku kat sana. Sememangnya kau cuba melarikan diri aku dari tempat itu. Minta di bebas kan pandangan aku biar luas dan biar minda kau terus mengembang. Tapi tidak di seremban.



"Bebas kan aku dari sangkar ini , agar aku dapat menghidu udara Kebebasan"