BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

Propaganda G66

The Commodore

Selalunya , aku tak mahu ikut cara orang lain. Dan aku tak berkehendakan yang orang lain akan ikut cara aku. Aku mahu ia berlaku adil. Cuma sesetengah individu, berpendapat yang perlu kita ikut cara orang lain bagi tujuan mengharmonikan hubungan diantara dua belah pihak. Perlu untuk ikut cara orang lain apabila kita berada dalam situasi dimana kita memerlukan pertolongan dari dia. Aku tak rasa bila dalam situasi tersebut, anda patut ikut cara anda sendiri , fikirkan objektif sebenar anda. Lupakan ego anda sebentar asalkan objektif anda tercapai dengan individu tersebut. Tapi lain pula apabila, kita kena mengikut cara orang lain atas dasar berkawan. Bila kita tidak ikut cara mereka , mula lah mereka cuba sakit kan hati jiwa raga kita. Kerana tidak ikut cara mereka? Bagi pendapat aku , kita hidup dengan cara kita sendiri dan kita patut bertanggungjawab dengan cara yang kita pilih. Tak semua orang punya cara adalah baik di mata Tuhan , namun itu adalah cara yang dia pilih. Hatta , itu adalah urusan dia dan tuhan , kamu manusia tiada hak untuk mengadili cara yang dia pilih. Aku suka mengamalkan "adil bila perlu", ya di mana kita perlu berlaku adil bila dalam sesuatu keadaan. Adil bukan dari hakim sahaja , kolot. Kadang-kadang kita tidak berlaku adil dengan cara orang lain. Macam mana? bila kita tengok seseorang individu dengan cara dia , ada orang yang boleh terima dengan terbuka dan ada orang yang akan mula mempertikaikan cara orang itu. Aku juga pernah begitu. Bila kita mempertikaikan cara orang itu, dalam masa yang sama itulah kita tak berlaku adil dengan dia. Adil lah kita dengan orang lain sebab kita kena fikir yang kita bukan lah kuasa yang besar. Mereka dan cara mereka dan kamu tiada hak untuk mempertikai cara dia. Aku tak suka bila kita selesa dengan cara kita dan tiba-tiba orang lain yang entah dari mana hendak mengubah cara kita. Kenapa? aku persoalkan kenapa? apa tujuan dia sebenar nya? Aku pelik dengan manusia yang berfikiran kolot dan tak terbuka. Aku hidup dengan cara aku , aku selesa begitu dan aku tidak pernah mahu atau berniat mahu susahkan hidup kau. Aku rasa aku tidak mengunakan sesen pun duit kau untuk makan atau minum. Aku tak rasa yang aku perlu bantuan kau untuk berjalan dari tempat ini ke tempat lain. Aku cuma rasa yang kau perlu terima cara aku dan aku terima cara kau. Fikirkan lah. Kerna dunia ini rosak dengan orang yang tidak faham cara orang lain. Tak sedar diri.


0 Telegram Komen: