BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 6, 2012

Adil Itu Di Mana?


Dalam negara kita , ada jenayah dan ada kesalahan. Samaada rakyat yg lakukan atau pihak yg diberi kuasa yang lakukan. Aku nak petik suatu kisah yang telah berlaku di Shah Alam  beberapa bulan yang lepas. Dimana budak bawah umur yang memandu kereta tanpa lesen keluar di tengah lewat malam , telah ditembak mati oleh pihak berkuasa. Ya pihak berkuasa. Aku harap tidak di tahan ISA disebab kan ini.haha
Pihak berkuasa berkenaan menembak kereta/budak itu atas dasar untuk memberhentikan kenderaan yg sedang bergerak.
Jika logik akal manusia yang waras sehat akal fisikal mental nya. Jika anda mahu menghentikan kenderaan itu. Hanya perlu menembak bahagian tayar kereta itu sahaja. 1-2 das tembakan mungkin mencukupi. Akan tetapi sehingga 30das tembakan dilepaskan??????
tembak kereta kebal ke apa? Budak2 jika panik akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebab takut lah di pecut kereta dia dan kenapa perlu menembak orang yg tidak bersenjata? Secara psikologinya bila dah takut memang akan panik dan gelabah.
Aku tak tahu kenapa pihak berkuasa berkenaan hendak menembak? Melepaskan tembakan senjata api di kawasan awan? semata-mata untuk menghentikan kenderaan itu? Ia tidak releven. Bagi aku kalau hanya hentam kereta itu dengan kereta pihak berkuasa. Biar terbabas ketepi, mungkin releven. Aku tak pasti melepaskan senjata api itu adalah suatu tindakan yang baik?
Senjata api? bukan nya pistol air, nyawa boleh melayang , kecederaan parah boleh berlaku. Akan tetapi itulah yang berlaku di negara kita , dah macam di Mexico dah. Senjata api di mana2 sahaja.
Kalau kita fikirkan budak remaja bawah umur dan pihak berkuasa bersenjata api ..... siapa yang mati ?

Dah baru2 ni , pihak berkuasa yang terlibat dalam insiden itu telah di lepaskan oleh pihak mahkamah atas alasan menjalankan tugas hakiki dan perlindungan dari bahaya. Bahaya apa yang budak remaja itu boleh lakukan? Aku rasa tidak adil bagi kedua ibubapa arwah budak itu atas apa yang berlaku. Mereka bukan robot tanpa processor emosi didalam motherboard mereka.Mereka manusia , ada jiwa ada perasaan. Anak mereka mati katak disebab kan pihak berkuasa yang dah lama atau 1st time merasa tembak benda hidup.

Kenapa sistem undang2 di malaysia kita ini begitu longgar? Sehinggakan pihak yang bersalah dilepaskan begitu sahaja. Aku tak kesahlah tindakan tatatertib apa yg akan diberi. Tapi cuba lah ada perasaan sedikit atas nyawa yang melayang itu. Bukan anak kucing yang kena langgar. Ini anak manusia yang ditembak. Dimanakah keadilan yang sebenar ?

Kita rakyat sekalian kena faham suatu benda. Pihak berkuasa diberi kuasa untuk melindungi keamanan dan menegakkan undang2 negara kita agar keselamatan rakyat kita terjamin. Mereka patut melindungi kita , ini kita pula kena takut pada mereka. Apa negara ini dibina atas undang2 kerajaan itu atau atas sokongan rakyat jelata ?

Undang2 manusia inilah yang menyebabkan insiden sebegini berlaku. Aku sendiri lebih hormat pada golongan tentera dari hormat pada pihak berkuasa yang tidak pandai mengekang kuasa tanggungjawab dia sewaktu bertugas.

salam , tabik!!! kearah Malaysia aman~

Tuesday, October 16, 2012

Mesin

Setiap manusia akan menempuh 1 definasi hidup iaitu alam pekerjaan. Masa di mana Tulang 4 kerat kita ini akan digunakan ditambah kemahiran dan akal fikiran untuk di gunakan dalam bekerja.
Yang berbeza, sama ada Sdn Bhd atau Bhd . Di gaji atau mengaji.
Semua demi mencari item yang bernama wang , tak kira la dalam bentuk syiling atau kepingan kertas atau elektronik.
Kita bekerja kerana ingin mencari duit agar kemahuan dan keperluan kita dipenuhi.
Objektif utamanya sama iaitu wang. Yang membezakan aku,kau dan mereka ialah wang itu untuk apa???
Untuk enjoy?
Untuk bantu ibubapa?
Untuk agama?
Untuk beli barang?
Untuk simpanan?
Kerja untuk mencari wang nafkah. Lain orang lain rezeki mereka. Dengan bekerja kita mendapat hasil dari apa yang kita kerjakan.
Dalam agama juga bekerja dengan niat membantu ibubapa itu adalah suatu ibadah jika perlaksanaannya dengan hati yang ikhlas.
Cuma apa yang aku ingin ketengahkan. Keseimbangan dalam bekerja dan kehidupan kita selepas bekerja...
Buat overtime setiap masa hingga fisikal kita penat. Kualiti pekerjaan kita menurun. Mungkin akan sakit jika melebihi kemampuan fisikal kita. Minda juga penat , daya tindak balas jadi lembab. Minda dan fisikal menjadi penat.
Anda mungkin pernah begitu
Ini lah Apa yang terjadi pada masyarakat malaya sekarang.
Kerja, kerja , kerja
Sebab nak jadi kaya.
Itu la yg di bajakan di minda kita semenjak sekolah lagi.
Seharus kita ingat, bila objektif kita bekerja untuk wang. Memang banyak benda yang akan tertinggal di belakang kita.
Badan penat, minda penat, semua penat semua sebab nak mengejar wang.
Aku sendiri pernah merasai perkara itu. Kawan kawan di ketepikan , keluarga di ketepikan , minat dan hobi kita ditinggalkan.
sampai bila? mungkin perlumbaan mengejar wang ini tak akan habis.
Kita bukan mesin , yang dijana dengan tenaga elektrik. Just plug in dan recharge the battery . Mesin itu akan berfungsi semula. Cuma yang membezakan kita dengan mesin ialah perasaan.
Ada seseorang pernah berkata dengan aku. Bila bekerja jangan harapkan pujian , cuma kerja untuk mencari wang dan belajar. Baru kita tak akan pening-pening kepala bila bergaduh waktu bekerja.
mungkin benar dan mungkin tidak betul sama sekali apa yang diperkatakan.

Untuk aku. Aku ialah aku dan aku akan berpegang pada prinsip aku. Selamat bertugas!

Wednesday, September 12, 2012

Serban Pak Aji : part 1

Salam kepada semua.
baru2 nie aq dapat kesan satu mentaliti aneh pada melayu di malaysia ni. Bila seseorang bercakap tentang agama islam. Kita secara automatik akan scan orang itu atas bawah dan beranggapan..... " eh budak nie , pakai mcm org puteh nak cerita pasal agama "
ya tak ya, ramai gak diantara kita yg secara auto nya akan beranggapan macam itu.
Timbul satu persoalan dalam diri aku
" apa ciri2 khas untuk seseorang islam tu untuk bercakap tentang agama islam ? "

nak kena pakai baju melayu ke? itu adat...
nak kena berhijab ke? tudung labuh ke @ tudung biasa?
nak kena berserban ke? tiada paksaan ,sunnah Rasullullah. baginda gemar memakai serban.

Apa yang menjadi masalahnya , orang moden sekarang suka melihat luaran orang
lain sebelum mereka menjamah kata2 yang keluar dari orang itu. kenapa ?

misalnya , ada sorang mamat jatuh cinta dengan gaya pemakaian jubah dan berserban. Antara dia dengan tuhan, seperti remaja lain mamat nie pon masih belajar ilmu agama. Dapat member cakap
" tak payah la nak pakai serbah besar bakul durian sekalipon kalo puasa pon x lengkap "
secara tak langsung, bagi aku member dia dah melumpuhkan sedikit minat dia untuk dekati islam.
bagi aku dengan berpakaian pon insyaallah hati si pemakai tu akan mendekati islam secara x langsung.
Logik, kalau ko dah berjubah serban apa bagai, nak ke jejak club?  nak ke duduk mengangkang ? atleast malu keseganan tu ada.

Itu lah, makin kita moden
makin jauh kita dengan pencipta kita
jadi jahil kita semula
apa melayu minda kita makin kelam???

p/s: akan bersambung , part 2 insyaallah~

Wednesday, September 5, 2012

Aku di sini Tenang

Jika aku layan kan kata-kata orang yang aku sendiri tak tahu lah apa masalah dia dengki ke , sakit hati ke apa dengan orang yang bernama Ikhwanuddin ni. Aku rasa buat aku migraine ngan sakit hati , serabut apa bagai jer , hilang mood apa bagai.

Orang yang benci manusia bernama Ikhwanuddin ini , memang akan mengeluarkan kata-kata yang pedas dan akan menyakitkan hati Ikhwanuddin.
Apa cara sekali pun , di FB , di Tweeter dan di mana jua dan dengan sesiapa pun...

Jika kau mengenali Ikhwanuddin ini , ada juga layak nak menghamparkan kata-kata sakit hati benci maki itu pada aku. Sebab kenal aku buruk macam mana ya tak?

TETAPI , kalau sekadar tahu nama aku , time kat kolej dulu pun sombong berlagak dengan aku. Atas bawah aku pun tak tahu. Salam pun tak pernah diucapkan...
Jangan jadi bodoh dan membina saham dosa mengutuk aku belakang2 , secara offline atau online.

Aku tak tahu apa masalah kau yang berkata itu dengan manusia Ikhwanuddin ini , jika ada masalah dengan aku sila kemuka kan permasaalahan itu. Nak tahu jugak , baru ada point...
Lagipun jujur aku dah lama lama lama lama lama lupa, sebab tak de masa nak sentiasa ingat apa masalah kau dengan aku.

Aku di sini Aman , tolong jangan kacau ~

buang yang keroh , ambil yang jernih :- mungkin kau tak faham kot maksud pepatah ini.

Aku ada banyak masa yang berharga untuk aku spend kan pada orang lain , tempat lain , benda lain.
Dan maaf lah aku tak de masa nak layan kau punya dengki sakit hati kau dengan aku.
harap maaf.....






p/s : aku dah tgok conversation korg dalam tweeter dan aku rasa terkilan , dan aku cadangkan jika taktahu apa yang SEBENAR nya berlaku di waktu tu , jangan lah tunjuk pandai macam tahu sebab jelas kebodohan tak tahu sebenarnya.
Mungkin , Harris Fitri boleh tanya saya personally , mungkin terjawab persoalan anda :D

Monday, September 3, 2012

Era ELektronika

Sudan tiba suatu era komputer Dan manusia bergabung,  bekerjasama

Mana Ada orang skang x bleh hidup tanpa handphone Dan computer?
Yang membezakan dengan orang lain ialah handphone Dan computer jenama apa

Bdak umur 2 tahun pon taw main angry bird kat iPhone.

Media electronic Yang semakin berkembang Dan kembang ini sebenar nya telah mencipta kekalutan

Ada antivirus Dan komputer
Ada handphone Dan applications
Ada software Dan Dan Dan macam2

WA pening gak kalau berhadapan dengan problem benda electronics ni

Manusia Ada doctor tuk selesaikan sakit dia.
Computers Ada pakar electronic tum setelkan masalah dia.

P/s : entri ini dtg dari smartphone WA, hahah era baru la katakan

Monday, August 13, 2012

SIREN

Senang saja ,

tak perlu kita nak sebok hal luar , apa kata kita selesaikan masalah dan perkara yang berlaku disekeliling kita dahulu . Sebelum kita nak masuk isu politik antarabangsa.
Kat kolej tempat kita belajar menuntut ilmu , kita selesaikan apa yang patut. Kalau hak sebagai student di tindas , maka tiba masa untuk bersuara. Voice out our Rights.
Aku rasa tak patut kot korg sebagai student kat situ nak sebuk hal luar kolej ??? sebab hal kat kolej korang sendiri pon tak korang setelkan , voice out mende ...

Cukup untuk kita tahu , ambil inspirasi mereka-mereka di luar sana dalam menegakkan Agama mereka ,Hak mereka , Keinginan mereka dan Kebebasan mereka.
Palestin , syria , mesir contohnya negara yang sedang berkonflik . Suara rakyat makin lantang , kekuatan para muslimin menetang kekerasan yahudi dan sekongkol mereka.
Tak perlu rasanya untuk korang sebuk kibar bendera , join himpunan apa bagai. Kalau isu kemelut kat tempat korang menuntut pon korang buat tak tahu sahaja. Berkawan-kawan pon korang jarang, duk dengan kelompok korang sendiri. Tak perlu nak melaungkan Ikhwanul muslimin jika korang sediri tidak mahu mendekati saudara-saudara seagama korang di tempat korang sendiri.

Cukup senang , kita patut tegakkan hak kita yang ditindas di tempat dan kawasan kita dulu. Macam selalu , konflik student dengan pihak management. Biasalah management kolej mana yang tak nak ketuk duit student kaw-kaw dia bagi. Cukup bagi aku , korang berganding bahu menegakkan hak korang sebagai student. Voice out your student Right. Sama juga di tempat kerja , ada juga swasta-swasta yang mengenepikan hak pekerja mereka. Please voice out.

Ini , nak sebuk pasal politik luar negara , apa bagai siap join komuniti apa nak buat himpunan lah. Sanggup dari nilai ke putrajaya sampai ke UIA apa bagai nak join solidariti , nak boikot yahudi. Betul , cukup sekadar korang ambil tahu , faham dan menentang kekerasan yang telah mereka lakukan. Sebab , isu dan konflik kat tempat korang belajar pon korang tak mahu ambil tahu, tak ambil kesah. Tak mau masuk campur.

Sebuk kan dengan hal luar , hal dalaman kat tempat kau pon ko tak amek kesah. Prinsip voice out your right mana yang ko pegang ?
Baik tak payah nak menegakkan hak kalau macam nie.

Aku muak tengok golongan macam nie . Lebih baik rasanya , kita mulakan menegakkan hak kita dan orang disekeliling kita di tempat kita sendiri. Di universiti , di kolej , di tempat kerja , di kampung kita dan di mana-mana yang hak kita telah di perkosa dan perlu di tegakkan semula. Kita selesaikan yang disekeliling kita yang dekat , kemudian baru lah kita ke arah globalisasi dan antarabangsa. Tak salah , cuma aku rasa korang setelkan hal kat tempat korang dulu , baru lah korang nak sebok politik luar ke apa.
Tetapi yang penting , hak agama kita. Perlu sentiasa di jaga.

Next time , Voice out for your rights. At your area first then the world...


Sunday, August 12, 2012

So Sombong ???

Jangan sombong la kawan , aku taw bukan aku sorang je kawan kau. Tapi jangan sombong la kawan. Bila orang ajak kita lepak ke , makan sama-sama ke , pergi jalan-jalan ke. Hargai la ajakan orang itu dan usaha untuk datang atau join sama. Kita bukan tak kenal , kau kenal aku dan aku kenal kau. Tapi fikir la kawan-kawan bro. Bukan lu sorang je bro ada awek cun bro. Aku punya kawan dan aku pon ramai ada awek cun bro. Akan tetapi , pabila mendapat appointment dari kawan-kawan , patut la di selesaikan dengan segera walaupon sekejab sahaja. Itu prinsip dalam berkawan , jangan bila kereta lu mati tengah lebuh raya LEKAS tu mati , lu dengan awek lu jer bro. Ada ker awek cun lu tu nak tolong godekkan enjin keta tu???
Kompom wa potong jari la kalau lu akan call kawan-kawan gak nanti.
Apa yang wa tak bleh terima , jumpa dekat restoran makan yang sama pun lu sombong tak mau join kami berbuka puasa sama. Bukan sekali tapi dua kali bro . Apa lu ingat kami kawan-kawan mau terkam sama awek lu ka bro~ Kalau awek member kitaorang tarak sentuh larrh~ lagi kitaorang jaga adalah.
Jangan sombong la kawan , kita biar sama-sama enjoy , sama-sama susah. Wa perasan lu nie bila weekend mau ajak lepak lua selalu tak mau join , alasan balik rumah , ada hal keluarga la , nak gi situ lah apa lah. Kalau hal family , ya wajib tak kacau . Tapi tak kan lah setiap minggu ada hal family , nak cakap kang tajam lak kata-kata aku nie.
Bila kawan ajak buat-buat lah usaha nak datang , jangan sombong. Memang lu tak akan mengaku lu sombong. Tapi gaya lu memang sombong bro. Apa? tak ada fulus mau lepak dtg kat kitaorang ? Money is not the problem here la. Member support , no hal la. Senang sama senang~
Jangan sombong bro , sebab apa bro . Kalau kawan sudah pergi buat selamanya , tak akan ada pengantinya. Tapi kan , wa rasa lah. Lu ni apa taw ?



" Jangan sombong kawan , jenazah lu bukan bergolek sendiri masuk liang lahad bila lu mati. Kawan-kawan nie jugak yang akan mendoakan dan mengusung jenazah lu masuk sana , Insyaallah "




p/s : bukan mau kutuk lu sombong , tapi mengingati lu sebagai kawan lu. Peace bro!

Friday, August 10, 2012

Seterusnya 2012

Tegas - Garang dan Telus

Itu yang sepatutnya agar tidak dipijak ,
Biar garang agar takut dan gentar ,
Kata-kata biar telus dan jujur ,
jangan tikam belakang dan berkata belakang.
tegas dengan prinsip diri sendiri ,
tegas dalam bertugas ,
selamat maju jaya , Tabik!!!

p/s : mesej ini ditaja oleh mereka yang berjalan di atas muka bumi kerjaya masa kita. peace yo!

Thursday, August 9, 2012

Iniaron si Bodoh Yang Tulen


Menjadi sebuah cerita , dimana apa guna nya bekerja di dalam keadaan paling tension. Bagi yang bijak mereka akan cuba mengawal situasi agar tidak menjadi lebih chaos. Bagi si bodoh yang tulen , aku rasa banyak perkara2 stupid akan lahir dari aksi dan mulut si bodoh yang tulen itu.

Aku jarang nak cerita dan komen pasal orang lain , cuma skang  aku nak komen dan share pada korang seorang individu yang boleh dikatakan si bodoh yang tulen yang memiliki degree .... (pi mampuih la ang)
Seorang gadis bernama Iniaron , yang berpengalaman dalam kerjayaan nya , memiliki diploma dan degree seperti yang disaran kan oleh kerajaan. Berasal dari utara tanah air , dan bermigrasi ke kota sentral Kuala lumpur.

"Yo KL bro , ini KL serupa itu amerika."

Mungkin dari segi pembelajaran nya di bijak dan dikurnia kan aggregate tertinggi dalam kolej yang di belajar.  Bagi aku itu bukan lah membuktikan kamu seorang manusia independent yang boleh dicampak ke tengah kota sesak metropolitan ini dan survived.
Aku dah lama perhatikan dia ni ,Iniaron nie suka catch and release . Aku tengok semua lelaki dan jantan di department di mau di angkut taraf sebagai skandal dan kekasih till jannah .
Sebab tu kami duk menganjing yang " ooo kau ni bekas Iniaron ya ? " hahah~
Masa mula aku start bertugas kat sini , dia nie suka mengarah orang lain , tapi adakala nya di diarah untuk senyap. Bunyi bising tiun tiun dari kotak suara dia amat menjengkel kan.
Sampai member duk hangin sama dia ...

 " Tak suka betul la keja ngan ko nie , tak de sapa suka keja ngan ko " direct dan panassssss~

Malang nya , dari segi relationship di antara rakan-rakan sekerjaya yang lain , dia ni suka buat hal sendiri dan  kurang kamceng dengan orang lain ,disebabkan characteristic dia nie. Apa yang aku bleh kupaskan , dia seorang yang buget pandai dan suka memandang rendah pada orang lain , lagi2 orang yang berstatus junior.
HMMMh , masak la kena arah dengan Iniaron ni . Gadis berkulit cerah asal utara ni, dah cam tak reti habaq utara naaa. ya lah dah duk kerja KL bro.

Aku takpernah tgok orang atau kawan2 yang gi kenduri kawan yang lain seorang diri , selalunya kita konvoi ramai2 baru syok kan? Hah Iniaron buat begitu.
Aku tgok kehidupan dia kat KL ni cuma gi kerja dan balik umah sewa. Everyday 24/7 , kerja dan umah sewa sahaja destinasi dia. Aku tgok dengan rakan sekerjanya sediri di jarang lepak . Cuma kadang kala , dia akan mencari skandal baru dikalangan lelaki dan jantan di department nya tuk di ajak lepak bersama.

Apa yang menjadikan dia si bodoh yang tulen ialah , dia pernah duk bising dengan aku sebab suka buat sepah pada setiap kali procedure . Yelah kadangkala busy menguruskan pesakit2 mana ada sempatnya nak buang sampah . Dia duk bising la pulak, gemar betul dia spoil mood bekerja orang lain. Abih , bila dia buat sepah , dan orang lain siap tolong kemaskan bukan tau nak terima kasih ke apa. Bagus betul tabiat dia.

Ada gak sekali tu , pagi tu memang kerja berjalan dengan lancar dan smooth sekali (Alhamdulillah). Time petang pulak si Iniaron ni masuk kerja. Time aku tengah pass report , ada member duk tumpang tanya . Aku kalau dah ditanya wajib jawab walaupon tahu tak tahu semua perkara no.2 . Dengan kurang ajaran dan adab nya , Iniaron ni boleh tepuk meja depan muka aku dan suh continue pass report. Bukan lah salah dan lama sangat tuk aku jawab pertanyaan tadi . Tapi agak kurang ajar? bukan agak memang kurang ajar tepuk meja depan muka orang lain , Tak respect langsung. Maka tersembul lah suatu ayat ke muka dia si Iniaron yang bodoh tulen tu ...

" Kau nie spoil mood betul lah! nasib baik aku dah abis keja , takyah tension keja ngan ko! "

jelas dan nyata ramai gak yang taksuka dengan kewujudan si Iniaron itu. Mana tak nya , benda yang simple dan tak relevant . Wan ko block jalan la , tapi yang aku tak faham orang yang nak lalu tu pon tak menyalak macam kau wahai Iniaron. huuummm

Aku rasa , dia nie kurang bersosial , sebab tu dia tak pandai bergaul . Rakus sangat dalam percakapan , jelek sungguh setiap ayat. Bodoh sungguh dalam pemikiran.

Dan , suka membebel tak tentu pasal , boleh duk bising senior gi hantar patient ke ward . Kenapa semua yang tinggal nie junior , menyusahkan kerja dengan junior . Kalau sampai macam tu sekali , ko gi lah kat CNO ospital tu cakap tak yah amek staff junior. cakap bodoh kang marah.

Ada gak sekali tu , aku nak bagi injection pada seorang gadis. Pakai tudung , berbaju lengan panjang. Aku rasa tak patut la nak aku selak lengan baju dia tuk bagi injection kat lengan. Tak sopan la pulak. So, aku pon minta tolong si Iniaron ni tuk inject kan gadis tu. Di boleh bising kat aku , apasal gelabah sangat? bagi je lah. Aku jawab je la , tak kan ar aku nak selak lengan baju dia? kang kena komplain lak. Dan seterusnya , ada sekali aku nak amek darah dan inject ubat pada patient gadis gak , dia cakap bagi dia yang buat sebab patient perempuan . Abis??? haritu tu ko duk bising kat aku bagi injection kat perempuan ko bising apa hal?
Pergi bagitaw CNO ospital jangan amek staff lelaki kerja kar ER lagi. apa bodoh kalau cam tu, baik takyah wujud kan staff medic lelaki kat ER...bijak sungguh wahai Iniaron oiii~

Akhir sekali , aku masih lagi menunggu apa yang seterunya Iniaron si bodoh yang tulen untuk lakukan next time. Sebab dia ni seorang yang bodoh untuk di perhatikan. Aku jarang komen orang lain , bila aku komen ini semua dari pemerhatian aku. Aku sendiri bukan sempurna , tapi aku cuba dan cuba untuk perbaiki dan menghargai orang di sekeliling kita. so ? TABIK !!!



INIARON SI BODOH YANG TULEN


Wednesday, August 8, 2012

22 Tahun Hidup


Tahun ni 2012 , pada 1 ogos yg lalu. Genap la umur aku 22 tahun. So seperti biasa la, sambutan macam sebelum ini tak meriah mana pon , bukan nya kau ni perdana menteri nak sambut birthday vogue sangat.
Alhamdulillah , ramai komrad-komrad dan rakan-rakan meng wish selamat hari lahir kepada aku.
Tak macam zaman student , zaman nakal-nakal buat gila sepahkan hostel dengan air campuran pelbagai fluid dan  other things ,hahaha.
Kenangan tinggal kenangan , umur makin bertambah , fikiran patut makin matang . Bukan lagi berstatus pelajar , sekarang era mencari rezeki dengan tulang empat kerat.
Apa yang tiada hanyalah ucapan selamat hari lahir dari 4 orang yang dahulunya kawan baik aku ,yg sering melepak di Mashur. Kawan menjadi musuh ,bukan aku pinta tapi keadaan yang memaksa.
Kenangan tinggal kenangan , yang ada dan masih kekal sekarang ialah ahli keluarga aku yang dikasihi. Masih teguh di belakang walaupun jarang sudah aku pulang ke rumah dek kerja-kerja di sini.
Masih aku teman setia disisi aku , cuba aku cari masa untuk diluangkan bersama mereka . Kadangkala, melalu via phone sahaja lah buat menanya khabar berita.
Memori tetap memori , bagaikan suatu lagu yang bila kita dengar kita cuba mengingati liriknya tapi tidak pasti. Cuma rima nya sahaja akan bermain-main mengikuti tiun tiun lagu.

Yang muktamad ialah aku sudah menjangkau umur 22tahun pada 1/8/2012 yang lalu. Harap dapat lah aku kongsikan cerita aku disepanjang perjalanan aku di muka bumi tuhan ini.







p/s : bab cinta ??? mungkin akan datang , kalau jodoh tak kemana lari nya :D

Tuesday, August 7, 2012

ANGER


Marah , emosi yg setiap manusia ada. Cuma api kebakaran hasil marah itu sahaja yang berbeza-beza saiznya di antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Sifat yang sebenarnya boleh dikawal oleh kita sendiri. Sebab itu diciptakan sabar di dalam hati.

Macam aku sendiri , aku pon seorang yang panas baran ,macam yang sentiasa di dicakapkan oleh bonda aku dan kawan-kawan aku. Cuma aku punya api kemarahan akan meninggalkan bara menyala , tunggu dipetik sekali lagi untuk bara itu terbakar semula.

Macam yang lain , ada gak orang yang marah sekali pastu dah abis untuk satu-satu masa. Cam bila dia marah api nya menyala marak voooommmm pastu pusss api pun padam dan dia tak marah lagi. Mungkin marah ,adalah cara sesetengah orang untuk melepaskan apa yang dipendam di dalam hati , macam perasaan atau ketidak puasaan dia pada orang  lain.

Walaucamna pon , takde sebab kita nak marah pada orang lain betul ? melainkan ....


PROVOKASI 

Ya,  provokasi ." Jika tak dijolok sarang tebuan , masakan tebuan nak sengat kita " betul tak ?
sebab itu bila member atau ibubapa kita marah pada kita tentu ada sebabnya. Aku rasa korang semua dah cukup matang untuk fikirkan reason kenapa marah.

Ada cerita tu , waktu kerja yang sibuk sakan di sebuah kem medik di bahagian timur asia. Aku sedang sebok menguruskan pesakit-pesakit yang datang dari kem2 pelarian dari utara daerah dan askar2 yang cedera diserang musuh. Biasa lah sibuk , setiap procedure yang aku buat untuk pesakit tak sempat aku nak kemas kertas2 ,bekas plastik dan sampah2 waktu aku buat procedure . Seorang demi seorang pesakit datang tak henti-henti , non stop. Aku fikir aku nak kemas sampah2 tu bila semuanya selesai. Tapi dicelahan kesibukan kem medik itu , aku dikejutkan dengan seorang kakak senior. Memarahi aku kerana buat kerja bersepah-sepah tak reti nak kemas. Mulutnya membebel-bebel memarahi aku kerana buat kerja bersepah tak kemas . Aku bersabar , bersabar , sabar... sabar.... sabar...sibuk ...bising ...sabar dan terus bersabar. ahahah~ itu lah provokasi . Dan menjadi ceritera kita , aku pun merasa marah! Lalu aku direct tengking akak senior itu , "diam lah kak!" dengan harapan dia akan merasai kehadiran marah aku dan senyap agar aku boleh meneruskan tugas aku. Huh~ tidak sama sekali dia melawan api-vs-api dia marah aku lagi. Aku fikir yang aku tak nak bertambahkan keheningan suasana disitu. Cara aku ...SSSSHHHHhhhhhiiisshhh !!!! Dengan nada keras dan jelingan mata membunuh, cewah. Terus , dia pun senyap dan seperti biasalah tak melayu kalau tak mengumpat , tak cina kalo tak tipu , tak keling kalo tak mabok.

Dari situ , kita tau kalau kaum perempuan diorang marah sebab untuk meluahkan ketidak puasan dan kadang kala kerana emosi diorg sendiri. Tak seperti lelaki , marah kita selalunya disebabkan provokasi pihak lain.

Apa yang marah buat kadangkala tak dijangkakan. Cam mungkin orang tu akan sedar yang kita ada benda tak puas hati dengan dia. Mungkin juga , kita akan bertumbuk terajang sepak dia , baru ada fight maaa. Kemungkinan , kita akan memperlihatkan kebodohan diri kita sendiri. hahah 


"Open our heart to listen to others , or the anger shall replace it"

sebab itu jang melenting bila kawan kita menasihati atau tak pon memberi tahu sesuatu perkara pada kita, Sebab jelas nampak yang kita bodoh sebab kita dikuasai api marah.


p/s : bila marah syaitan suka , bulan puasa takde syaitan tapi marah gak. nafsu mungkin :P

Sunday, July 8, 2012

Aku akan ingat~

Di rancang agar berjalan lancar , setiap rencana ada plot-plot hingga ke kemuncak cerita.
Salam komrad , kita sama-sama ingatkan diri kita, apa yang kita rancang dalam hidup kita hanya la sebuah idea dan perlaksanaan. Tapi, ketentuan percent kejayaan rencana itu adalah ditangan Allah~
kerna Allah lah maha berkuasa dalam setiap apa yang kita rancangkan.


Ingat di hati mahu berjumpa ,
 kuatkan ukhwan sesama kita 
hye, nak dijadikan cerita ,
 Plan kemana semuanya dusta 

Dikisahkan suatu hari , nak sangat aku berjumpa dengan kawan-kawan aku. So, aku dengan jitunya berfikir panjang dan menyatakan kepada mereka yang ahad ini sama-sama kita pergi bermandi-manda di Hutan Simpan Lentang,Pahang. Seingat aku, air terjun nya yang chantek dan air sungai yang sejuk mendingin menjadi objektif untuk aku meluangkan masa dan merehatkan minda aku dari kesebokan aku bekerja.

Sepatutnya , hari ahad itu aku kena bertugas locum duty, tapi aku tolak locum aku agar aku dapat meluangkan masa dengan mereka. Jumlah peserta dah dikira , transportasi juga dah tersedia. Cuaca juga cukup indah. Hari yang diberkati untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan :D

Kembali kepada dunia reality yang terkenal dengan kekejamannya...

Hari sabtu baru ku tahu yang ada 2 diantara mereka telah mengcancelkan rencana itu tanpa pengetahuan aku. Jadi aku mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan 2 orang itu bersama-sama yang lain untuk mengetahui hal yang sebenar. Yalah , nak mesej aku kan sangat susah , kredit handphone pon berkira , aku call pon belum pasti la diangkat panggilan aku. Ok, dengan rasa rendah diri aku pergi menghadap mereka berdua.
Dijadikan suatu senario , cuti mereka sebagai student ditarik, dan dikehendaki menghadiri kelas tambahan pada hari ahad waktu dan tarikh yang sama dengan plan mandi-manda kami. Tanpa khabar berita yang awal dari mereka berdua aku merasakan ini tidak wajar kerana kami berhak untuk dikhabarkan lebih awal tentang perkara itu.
Kalau aku tak jumpa lah dia kat tawakal hari tu , aku tak akan tahu yang dua orang itu dah cancel plan ni.
Aku terlalu bodoh mempercayai mereka , aku plak bangang sangat tolak locum aku untuk ahad haritu semata-mata nak pergi mandi-manda dengan diorang, Padahal , plan tu tak jadi !!!
Baik-baik aku , faham dalam menuntut ilmu ini kita kena ada pengorbanan. Lagi pun aku dah dengar alasan dan hujah-hujah korang berdua malam ahad haritu. Baik , aku x nak bersikap tak adil dan aku cuba untuk faham situasi korg berdua. Baik aku faham dan berfikiran matang.
Jadi , a little bit of twist in the plan. Malam hari ahad, kita lepak kolam air panas dekat selayang. Ok, betul aku terima cadangan korang dan bersetuju. Lagi pon kelas korg abis pukul 6 ptg kan? so malam kita boleh lepak kongsi-kongsi cerita , eratkan ukhwan.
At some point , i realize that it is BullShit~
Ahad ,ini petang waktunya . Aku minta kawan ku untuk call handphone salah seorang dari mereka. Oh berjawab, dan berita yang aku dengar untuk keadaan seterusnya ialah
" hari nie kitaorang balik rumah , x dapat lepak "
so malam nie plan untuk mandi kolam air panas pon cancel secara rasminya. Ok fine thank you~

Salam sejahtera kepada semua , terima kasih kerana tidak dapat menyertai rancangan yang saya rancangkan semenjak minggu lepas . Dan terima kasih kerana saya amat bodoh kerana terlalu mengharapkan dan meletakkan harapan tinggi untuk anda semua hadir dalam rancangan saya,Tidak lupa juga kebodohan saya untuk menolak locum duty saya petang ahad itu semata-mata untuk melaksanakan rancangan yang tak akan terlaksana. Komitment saya yang macam sampah ini patut diberi pujian , dan saya harap untuk lain kali tidak akan ada apa-apa lagi rancangan yang berkaitan dengan anda berdua dan yang berkaitan.
kerana.....

" Orang yang mungkiri janji , Patut di lupakan "



p/s : kalau boleh jika kawan-kawan datang melawat itu ada suatu penghargaan dalam persahabatan , jika korg dua nak aku buat taik macam korg buat taik kat aku , no hal la , free of charge.

Wednesday, July 4, 2012

Oh Kerana Mu...

Oh Kerana Mu...



Kahkah kah kah , salam semua. Aku fikir senario ini dah lama berlalu, tapi ada lagi! Kita kaum adam yang zakar terjuntai ini sentiasa tertarik dengan keanggunan , kechantekan , keseksian kaum dan spesis bergelar hawa.
Betul , tuhan maha kuasa menciptakan kita hamba yang hidup berpasang-pasangan. Namun , jika kita ingat kembali sejarah rom dahulu kala sebagai contohnya , bagi aku ini adalah contoh yang paling sesuai.


Ingat x , kerajaan Troy  dan Greek purba ketika itu berperang kerana seorang wanita ? ya seluruh bala tentera Greek ( Achaeans  ) yang diketuai oleh Agamemnon menyerang Troy kerana , putera troy bernama Paris  telah menculik atau nama lain nya melarikan Helen isteri kepada Menelaus  king of Sparta adik kepada Agamemnon. Dalam pentempuran itu , tentera troy dan greek bermati-matian berperang. Ramai yang mati dalam peperangan epik itu. Semuanya berpunca dari Helen of Troy yang gatal melarikan diri bersama kekasih gelapnya Paris prince of troy.


Kerana seorang perempuan , beribu-ribu tentera mati sia-sia dalam pentempuran itu. Ya itu kerana kita lelaki terlalu mengikuti kata-kata wanita. Jika wanita itu baik , sudah tentu tidak menjerumuskan lelaki kepada kemusnahan. Sebaliknya , kerana kita terlalu taksud dengan kechatekan wanita itu lah yang akan membawa kita kepada permasaalahah.


Kadang-kadang , ada jer member2 kita yang berperangai begitu, kalo bab awek. Perghhhh , member dilupakan dan ditinggalkan. Awek kata itu , terus bagi , terus ikut. Padahal kita member lelaki dia adalah tempat pertolongan yang paling ideal. Jika anda tidak bersetuju, apakah dayanya. Ini adalah pendapat saya.


Kawan-kawan dan awek adalah dua kategori yang berbeza. Yang satu ada batang sahaja, yang satu lagi ada lobang, Antara , batang dengan lobang. Yang mana akan tolong kau kalau kereta kau rosak tepi jalan?
Fikirkan lah sendiri. Tiada halangan dalam berideologi.
Yang pasti , jangan terlalu dikutkan sangat, Kita lelaki yang patut memimpin jangan jadi dayus dan x adil dengan kawan-kawan yang lain.


Secara kasar nya



" P**t*t punya pasal , Member tolak tepi "


P/S : takde kena mengena dengan yang sekarang , cuma terkenang yang dahulu. Tabik!!!

Thursday, June 21, 2012

Dua Ribu Dua Belas

Salam semua komrand dan rakan sejagat.
Lama sudah tak post entri semenjak akhir tahun 2011. Bukan kehabisan idea , bukan kekurangan cerita atau meninggal dunia ( spekulasi ). Ya saya KomunistKata masih di sini. Yalah , semenjak bersara dari Kem Komunist N9 tahun lalu. Dapat lah title Brigadier (B) KomunistKata , bagi peluang orang lain pula pegang
tampuk pimpinan baru. Sekarang mungkin makan duit pencen sahaja dan bekerja di suatu tempat.
Masih telap memori tika bertugas di Kem Komunist N9 dahulu. Tetapi sekarang kita ada cerita baru.
Pengalaman baru mengenal dunia yang makin lama makin semput.

Ya , bakal tiba pelbagai cerita dan rupa dari hamba ini...
macam biasa untuk sama-sama kita renungkan baik-buruk .Pandangan saya pandangan anda . Pandang saya dan saya pandang anda balik , jangan pandang lama-lama.

Tabik!!!

Tuesday, January 24, 2012

The New Chapter

" A mind without purpose will wander in dark places "


I Allah we trust ...

As the new chapter ...

As the new beginning ...

we shall prevail ~

in His name , Insyaallah~