BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 6, 2012

Adil Itu Di Mana?


Dalam negara kita , ada jenayah dan ada kesalahan. Samaada rakyat yg lakukan atau pihak yg diberi kuasa yang lakukan. Aku nak petik suatu kisah yang telah berlaku di Shah Alam  beberapa bulan yang lepas. Dimana budak bawah umur yang memandu kereta tanpa lesen keluar di tengah lewat malam , telah ditembak mati oleh pihak berkuasa. Ya pihak berkuasa. Aku harap tidak di tahan ISA disebab kan ini.haha
Pihak berkuasa berkenaan menembak kereta/budak itu atas dasar untuk memberhentikan kenderaan yg sedang bergerak.
Jika logik akal manusia yang waras sehat akal fisikal mental nya. Jika anda mahu menghentikan kenderaan itu. Hanya perlu menembak bahagian tayar kereta itu sahaja. 1-2 das tembakan mungkin mencukupi. Akan tetapi sehingga 30das tembakan dilepaskan??????
tembak kereta kebal ke apa? Budak2 jika panik akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebab takut lah di pecut kereta dia dan kenapa perlu menembak orang yg tidak bersenjata? Secara psikologinya bila dah takut memang akan panik dan gelabah.
Aku tak tahu kenapa pihak berkuasa berkenaan hendak menembak? Melepaskan tembakan senjata api di kawasan awan? semata-mata untuk menghentikan kenderaan itu? Ia tidak releven. Bagi aku kalau hanya hentam kereta itu dengan kereta pihak berkuasa. Biar terbabas ketepi, mungkin releven. Aku tak pasti melepaskan senjata api itu adalah suatu tindakan yang baik?
Senjata api? bukan nya pistol air, nyawa boleh melayang , kecederaan parah boleh berlaku. Akan tetapi itulah yang berlaku di negara kita , dah macam di Mexico dah. Senjata api di mana2 sahaja.
Kalau kita fikirkan budak remaja bawah umur dan pihak berkuasa bersenjata api ..... siapa yang mati ?

Dah baru2 ni , pihak berkuasa yang terlibat dalam insiden itu telah di lepaskan oleh pihak mahkamah atas alasan menjalankan tugas hakiki dan perlindungan dari bahaya. Bahaya apa yang budak remaja itu boleh lakukan? Aku rasa tidak adil bagi kedua ibubapa arwah budak itu atas apa yang berlaku. Mereka bukan robot tanpa processor emosi didalam motherboard mereka.Mereka manusia , ada jiwa ada perasaan. Anak mereka mati katak disebab kan pihak berkuasa yang dah lama atau 1st time merasa tembak benda hidup.

Kenapa sistem undang2 di malaysia kita ini begitu longgar? Sehinggakan pihak yang bersalah dilepaskan begitu sahaja. Aku tak kesahlah tindakan tatatertib apa yg akan diberi. Tapi cuba lah ada perasaan sedikit atas nyawa yang melayang itu. Bukan anak kucing yang kena langgar. Ini anak manusia yang ditembak. Dimanakah keadilan yang sebenar ?

Kita rakyat sekalian kena faham suatu benda. Pihak berkuasa diberi kuasa untuk melindungi keamanan dan menegakkan undang2 negara kita agar keselamatan rakyat kita terjamin. Mereka patut melindungi kita , ini kita pula kena takut pada mereka. Apa negara ini dibina atas undang2 kerajaan itu atau atas sokongan rakyat jelata ?

Undang2 manusia inilah yang menyebabkan insiden sebegini berlaku. Aku sendiri lebih hormat pada golongan tentera dari hormat pada pihak berkuasa yang tidak pandai mengekang kuasa tanggungjawab dia sewaktu bertugas.

salam , tabik!!! kearah Malaysia aman~

0 Telegram Komen: