BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 16, 2012

Mesin

Setiap manusia akan menempuh 1 definasi hidup iaitu alam pekerjaan. Masa di mana Tulang 4 kerat kita ini akan digunakan ditambah kemahiran dan akal fikiran untuk di gunakan dalam bekerja.
Yang berbeza, sama ada Sdn Bhd atau Bhd . Di gaji atau mengaji.
Semua demi mencari item yang bernama wang , tak kira la dalam bentuk syiling atau kepingan kertas atau elektronik.
Kita bekerja kerana ingin mencari duit agar kemahuan dan keperluan kita dipenuhi.
Objektif utamanya sama iaitu wang. Yang membezakan aku,kau dan mereka ialah wang itu untuk apa???
Untuk enjoy?
Untuk bantu ibubapa?
Untuk agama?
Untuk beli barang?
Untuk simpanan?
Kerja untuk mencari wang nafkah. Lain orang lain rezeki mereka. Dengan bekerja kita mendapat hasil dari apa yang kita kerjakan.
Dalam agama juga bekerja dengan niat membantu ibubapa itu adalah suatu ibadah jika perlaksanaannya dengan hati yang ikhlas.
Cuma apa yang aku ingin ketengahkan. Keseimbangan dalam bekerja dan kehidupan kita selepas bekerja...
Buat overtime setiap masa hingga fisikal kita penat. Kualiti pekerjaan kita menurun. Mungkin akan sakit jika melebihi kemampuan fisikal kita. Minda juga penat , daya tindak balas jadi lembab. Minda dan fisikal menjadi penat.
Anda mungkin pernah begitu
Ini lah Apa yang terjadi pada masyarakat malaya sekarang.
Kerja, kerja , kerja
Sebab nak jadi kaya.
Itu la yg di bajakan di minda kita semenjak sekolah lagi.
Seharus kita ingat, bila objektif kita bekerja untuk wang. Memang banyak benda yang akan tertinggal di belakang kita.
Badan penat, minda penat, semua penat semua sebab nak mengejar wang.
Aku sendiri pernah merasai perkara itu. Kawan kawan di ketepikan , keluarga di ketepikan , minat dan hobi kita ditinggalkan.
sampai bila? mungkin perlumbaan mengejar wang ini tak akan habis.
Kita bukan mesin , yang dijana dengan tenaga elektrik. Just plug in dan recharge the battery . Mesin itu akan berfungsi semula. Cuma yang membezakan kita dengan mesin ialah perasaan.
Ada seseorang pernah berkata dengan aku. Bila bekerja jangan harapkan pujian , cuma kerja untuk mencari wang dan belajar. Baru kita tak akan pening-pening kepala bila bergaduh waktu bekerja.
mungkin benar dan mungkin tidak betul sama sekali apa yang diperkatakan.

Untuk aku. Aku ialah aku dan aku akan berpegang pada prinsip aku. Selamat bertugas!

0 Telegram Komen: