BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 13, 2012

SIREN

Senang saja ,

tak perlu kita nak sebok hal luar , apa kata kita selesaikan masalah dan perkara yang berlaku disekeliling kita dahulu . Sebelum kita nak masuk isu politik antarabangsa.
Kat kolej tempat kita belajar menuntut ilmu , kita selesaikan apa yang patut. Kalau hak sebagai student di tindas , maka tiba masa untuk bersuara. Voice out our Rights.
Aku rasa tak patut kot korg sebagai student kat situ nak sebuk hal luar kolej ??? sebab hal kat kolej korang sendiri pon tak korang setelkan , voice out mende ...

Cukup untuk kita tahu , ambil inspirasi mereka-mereka di luar sana dalam menegakkan Agama mereka ,Hak mereka , Keinginan mereka dan Kebebasan mereka.
Palestin , syria , mesir contohnya negara yang sedang berkonflik . Suara rakyat makin lantang , kekuatan para muslimin menetang kekerasan yahudi dan sekongkol mereka.
Tak perlu rasanya untuk korang sebuk kibar bendera , join himpunan apa bagai. Kalau isu kemelut kat tempat korang menuntut pon korang buat tak tahu sahaja. Berkawan-kawan pon korang jarang, duk dengan kelompok korang sendiri. Tak perlu nak melaungkan Ikhwanul muslimin jika korang sediri tidak mahu mendekati saudara-saudara seagama korang di tempat korang sendiri.

Cukup senang , kita patut tegakkan hak kita yang ditindas di tempat dan kawasan kita dulu. Macam selalu , konflik student dengan pihak management. Biasalah management kolej mana yang tak nak ketuk duit student kaw-kaw dia bagi. Cukup bagi aku , korang berganding bahu menegakkan hak korang sebagai student. Voice out your student Right. Sama juga di tempat kerja , ada juga swasta-swasta yang mengenepikan hak pekerja mereka. Please voice out.

Ini , nak sebuk pasal politik luar negara , apa bagai siap join komuniti apa nak buat himpunan lah. Sanggup dari nilai ke putrajaya sampai ke UIA apa bagai nak join solidariti , nak boikot yahudi. Betul , cukup sekadar korang ambil tahu , faham dan menentang kekerasan yang telah mereka lakukan. Sebab , isu dan konflik kat tempat korang belajar pon korang tak mahu ambil tahu, tak ambil kesah. Tak mau masuk campur.

Sebuk kan dengan hal luar , hal dalaman kat tempat kau pon ko tak amek kesah. Prinsip voice out your right mana yang ko pegang ?
Baik tak payah nak menegakkan hak kalau macam nie.

Aku muak tengok golongan macam nie . Lebih baik rasanya , kita mulakan menegakkan hak kita dan orang disekeliling kita di tempat kita sendiri. Di universiti , di kolej , di tempat kerja , di kampung kita dan di mana-mana yang hak kita telah di perkosa dan perlu di tegakkan semula. Kita selesaikan yang disekeliling kita yang dekat , kemudian baru lah kita ke arah globalisasi dan antarabangsa. Tak salah , cuma aku rasa korang setelkan hal kat tempat korang dulu , baru lah korang nak sebok politik luar ke apa.
Tetapi yang penting , hak agama kita. Perlu sentiasa di jaga.

Next time , Voice out for your rights. At your area first then the world...


Sunday, August 12, 2012

So Sombong ???

Jangan sombong la kawan , aku taw bukan aku sorang je kawan kau. Tapi jangan sombong la kawan. Bila orang ajak kita lepak ke , makan sama-sama ke , pergi jalan-jalan ke. Hargai la ajakan orang itu dan usaha untuk datang atau join sama. Kita bukan tak kenal , kau kenal aku dan aku kenal kau. Tapi fikir la kawan-kawan bro. Bukan lu sorang je bro ada awek cun bro. Aku punya kawan dan aku pon ramai ada awek cun bro. Akan tetapi , pabila mendapat appointment dari kawan-kawan , patut la di selesaikan dengan segera walaupon sekejab sahaja. Itu prinsip dalam berkawan , jangan bila kereta lu mati tengah lebuh raya LEKAS tu mati , lu dengan awek lu jer bro. Ada ker awek cun lu tu nak tolong godekkan enjin keta tu???
Kompom wa potong jari la kalau lu akan call kawan-kawan gak nanti.
Apa yang wa tak bleh terima , jumpa dekat restoran makan yang sama pun lu sombong tak mau join kami berbuka puasa sama. Bukan sekali tapi dua kali bro . Apa lu ingat kami kawan-kawan mau terkam sama awek lu ka bro~ Kalau awek member kitaorang tarak sentuh larrh~ lagi kitaorang jaga adalah.
Jangan sombong la kawan , kita biar sama-sama enjoy , sama-sama susah. Wa perasan lu nie bila weekend mau ajak lepak lua selalu tak mau join , alasan balik rumah , ada hal keluarga la , nak gi situ lah apa lah. Kalau hal family , ya wajib tak kacau . Tapi tak kan lah setiap minggu ada hal family , nak cakap kang tajam lak kata-kata aku nie.
Bila kawan ajak buat-buat lah usaha nak datang , jangan sombong. Memang lu tak akan mengaku lu sombong. Tapi gaya lu memang sombong bro. Apa? tak ada fulus mau lepak dtg kat kitaorang ? Money is not the problem here la. Member support , no hal la. Senang sama senang~
Jangan sombong bro , sebab apa bro . Kalau kawan sudah pergi buat selamanya , tak akan ada pengantinya. Tapi kan , wa rasa lah. Lu ni apa taw ?



" Jangan sombong kawan , jenazah lu bukan bergolek sendiri masuk liang lahad bila lu mati. Kawan-kawan nie jugak yang akan mendoakan dan mengusung jenazah lu masuk sana , Insyaallah "




p/s : bukan mau kutuk lu sombong , tapi mengingati lu sebagai kawan lu. Peace bro!

Friday, August 10, 2012

Seterusnya 2012

Tegas - Garang dan Telus

Itu yang sepatutnya agar tidak dipijak ,
Biar garang agar takut dan gentar ,
Kata-kata biar telus dan jujur ,
jangan tikam belakang dan berkata belakang.
tegas dengan prinsip diri sendiri ,
tegas dalam bertugas ,
selamat maju jaya , Tabik!!!

p/s : mesej ini ditaja oleh mereka yang berjalan di atas muka bumi kerjaya masa kita. peace yo!

Thursday, August 9, 2012

Iniaron si Bodoh Yang Tulen


Menjadi sebuah cerita , dimana apa guna nya bekerja di dalam keadaan paling tension. Bagi yang bijak mereka akan cuba mengawal situasi agar tidak menjadi lebih chaos. Bagi si bodoh yang tulen , aku rasa banyak perkara2 stupid akan lahir dari aksi dan mulut si bodoh yang tulen itu.

Aku jarang nak cerita dan komen pasal orang lain , cuma skang  aku nak komen dan share pada korang seorang individu yang boleh dikatakan si bodoh yang tulen yang memiliki degree .... (pi mampuih la ang)
Seorang gadis bernama Iniaron , yang berpengalaman dalam kerjayaan nya , memiliki diploma dan degree seperti yang disaran kan oleh kerajaan. Berasal dari utara tanah air , dan bermigrasi ke kota sentral Kuala lumpur.

"Yo KL bro , ini KL serupa itu amerika."

Mungkin dari segi pembelajaran nya di bijak dan dikurnia kan aggregate tertinggi dalam kolej yang di belajar.  Bagi aku itu bukan lah membuktikan kamu seorang manusia independent yang boleh dicampak ke tengah kota sesak metropolitan ini dan survived.
Aku dah lama perhatikan dia ni ,Iniaron nie suka catch and release . Aku tengok semua lelaki dan jantan di department di mau di angkut taraf sebagai skandal dan kekasih till jannah .
Sebab tu kami duk menganjing yang " ooo kau ni bekas Iniaron ya ? " hahah~
Masa mula aku start bertugas kat sini , dia nie suka mengarah orang lain , tapi adakala nya di diarah untuk senyap. Bunyi bising tiun tiun dari kotak suara dia amat menjengkel kan.
Sampai member duk hangin sama dia ...

 " Tak suka betul la keja ngan ko nie , tak de sapa suka keja ngan ko " direct dan panassssss~

Malang nya , dari segi relationship di antara rakan-rakan sekerjaya yang lain , dia ni suka buat hal sendiri dan  kurang kamceng dengan orang lain ,disebabkan characteristic dia nie. Apa yang aku bleh kupaskan , dia seorang yang buget pandai dan suka memandang rendah pada orang lain , lagi2 orang yang berstatus junior.
HMMMh , masak la kena arah dengan Iniaron ni . Gadis berkulit cerah asal utara ni, dah cam tak reti habaq utara naaa. ya lah dah duk kerja KL bro.

Aku takpernah tgok orang atau kawan2 yang gi kenduri kawan yang lain seorang diri , selalunya kita konvoi ramai2 baru syok kan? Hah Iniaron buat begitu.
Aku tgok kehidupan dia kat KL ni cuma gi kerja dan balik umah sewa. Everyday 24/7 , kerja dan umah sewa sahaja destinasi dia. Aku tgok dengan rakan sekerjanya sediri di jarang lepak . Cuma kadang kala , dia akan mencari skandal baru dikalangan lelaki dan jantan di department nya tuk di ajak lepak bersama.

Apa yang menjadikan dia si bodoh yang tulen ialah , dia pernah duk bising dengan aku sebab suka buat sepah pada setiap kali procedure . Yelah kadangkala busy menguruskan pesakit2 mana ada sempatnya nak buang sampah . Dia duk bising la pulak, gemar betul dia spoil mood bekerja orang lain. Abih , bila dia buat sepah , dan orang lain siap tolong kemaskan bukan tau nak terima kasih ke apa. Bagus betul tabiat dia.

Ada gak sekali tu , pagi tu memang kerja berjalan dengan lancar dan smooth sekali (Alhamdulillah). Time petang pulak si Iniaron ni masuk kerja. Time aku tengah pass report , ada member duk tumpang tanya . Aku kalau dah ditanya wajib jawab walaupon tahu tak tahu semua perkara no.2 . Dengan kurang ajaran dan adab nya , Iniaron ni boleh tepuk meja depan muka aku dan suh continue pass report. Bukan lah salah dan lama sangat tuk aku jawab pertanyaan tadi . Tapi agak kurang ajar? bukan agak memang kurang ajar tepuk meja depan muka orang lain , Tak respect langsung. Maka tersembul lah suatu ayat ke muka dia si Iniaron yang bodoh tulen tu ...

" Kau nie spoil mood betul lah! nasib baik aku dah abis keja , takyah tension keja ngan ko! "

jelas dan nyata ramai gak yang taksuka dengan kewujudan si Iniaron itu. Mana tak nya , benda yang simple dan tak relevant . Wan ko block jalan la , tapi yang aku tak faham orang yang nak lalu tu pon tak menyalak macam kau wahai Iniaron. huuummm

Aku rasa , dia nie kurang bersosial , sebab tu dia tak pandai bergaul . Rakus sangat dalam percakapan , jelek sungguh setiap ayat. Bodoh sungguh dalam pemikiran.

Dan , suka membebel tak tentu pasal , boleh duk bising senior gi hantar patient ke ward . Kenapa semua yang tinggal nie junior , menyusahkan kerja dengan junior . Kalau sampai macam tu sekali , ko gi lah kat CNO ospital tu cakap tak yah amek staff junior. cakap bodoh kang marah.

Ada gak sekali tu , aku nak bagi injection pada seorang gadis. Pakai tudung , berbaju lengan panjang. Aku rasa tak patut la nak aku selak lengan baju dia tuk bagi injection kat lengan. Tak sopan la pulak. So, aku pon minta tolong si Iniaron ni tuk inject kan gadis tu. Di boleh bising kat aku , apasal gelabah sangat? bagi je lah. Aku jawab je la , tak kan ar aku nak selak lengan baju dia? kang kena komplain lak. Dan seterusnya , ada sekali aku nak amek darah dan inject ubat pada patient gadis gak , dia cakap bagi dia yang buat sebab patient perempuan . Abis??? haritu tu ko duk bising kat aku bagi injection kat perempuan ko bising apa hal?
Pergi bagitaw CNO ospital jangan amek staff lelaki kerja kar ER lagi. apa bodoh kalau cam tu, baik takyah wujud kan staff medic lelaki kat ER...bijak sungguh wahai Iniaron oiii~

Akhir sekali , aku masih lagi menunggu apa yang seterunya Iniaron si bodoh yang tulen untuk lakukan next time. Sebab dia ni seorang yang bodoh untuk di perhatikan. Aku jarang komen orang lain , bila aku komen ini semua dari pemerhatian aku. Aku sendiri bukan sempurna , tapi aku cuba dan cuba untuk perbaiki dan menghargai orang di sekeliling kita. so ? TABIK !!!



INIARON SI BODOH YANG TULEN


Wednesday, August 8, 2012

22 Tahun Hidup


Tahun ni 2012 , pada 1 ogos yg lalu. Genap la umur aku 22 tahun. So seperti biasa la, sambutan macam sebelum ini tak meriah mana pon , bukan nya kau ni perdana menteri nak sambut birthday vogue sangat.
Alhamdulillah , ramai komrad-komrad dan rakan-rakan meng wish selamat hari lahir kepada aku.
Tak macam zaman student , zaman nakal-nakal buat gila sepahkan hostel dengan air campuran pelbagai fluid dan  other things ,hahaha.
Kenangan tinggal kenangan , umur makin bertambah , fikiran patut makin matang . Bukan lagi berstatus pelajar , sekarang era mencari rezeki dengan tulang empat kerat.
Apa yang tiada hanyalah ucapan selamat hari lahir dari 4 orang yang dahulunya kawan baik aku ,yg sering melepak di Mashur. Kawan menjadi musuh ,bukan aku pinta tapi keadaan yang memaksa.
Kenangan tinggal kenangan , yang ada dan masih kekal sekarang ialah ahli keluarga aku yang dikasihi. Masih teguh di belakang walaupun jarang sudah aku pulang ke rumah dek kerja-kerja di sini.
Masih aku teman setia disisi aku , cuba aku cari masa untuk diluangkan bersama mereka . Kadangkala, melalu via phone sahaja lah buat menanya khabar berita.
Memori tetap memori , bagaikan suatu lagu yang bila kita dengar kita cuba mengingati liriknya tapi tidak pasti. Cuma rima nya sahaja akan bermain-main mengikuti tiun tiun lagu.

Yang muktamad ialah aku sudah menjangkau umur 22tahun pada 1/8/2012 yang lalu. Harap dapat lah aku kongsikan cerita aku disepanjang perjalanan aku di muka bumi tuhan ini.







p/s : bab cinta ??? mungkin akan datang , kalau jodoh tak kemana lari nya :D

Tuesday, August 7, 2012

ANGER


Marah , emosi yg setiap manusia ada. Cuma api kebakaran hasil marah itu sahaja yang berbeza-beza saiznya di antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Sifat yang sebenarnya boleh dikawal oleh kita sendiri. Sebab itu diciptakan sabar di dalam hati.

Macam aku sendiri , aku pon seorang yang panas baran ,macam yang sentiasa di dicakapkan oleh bonda aku dan kawan-kawan aku. Cuma aku punya api kemarahan akan meninggalkan bara menyala , tunggu dipetik sekali lagi untuk bara itu terbakar semula.

Macam yang lain , ada gak orang yang marah sekali pastu dah abis untuk satu-satu masa. Cam bila dia marah api nya menyala marak voooommmm pastu pusss api pun padam dan dia tak marah lagi. Mungkin marah ,adalah cara sesetengah orang untuk melepaskan apa yang dipendam di dalam hati , macam perasaan atau ketidak puasaan dia pada orang  lain.

Walaucamna pon , takde sebab kita nak marah pada orang lain betul ? melainkan ....


PROVOKASI 

Ya,  provokasi ." Jika tak dijolok sarang tebuan , masakan tebuan nak sengat kita " betul tak ?
sebab itu bila member atau ibubapa kita marah pada kita tentu ada sebabnya. Aku rasa korang semua dah cukup matang untuk fikirkan reason kenapa marah.

Ada cerita tu , waktu kerja yang sibuk sakan di sebuah kem medik di bahagian timur asia. Aku sedang sebok menguruskan pesakit-pesakit yang datang dari kem2 pelarian dari utara daerah dan askar2 yang cedera diserang musuh. Biasa lah sibuk , setiap procedure yang aku buat untuk pesakit tak sempat aku nak kemas kertas2 ,bekas plastik dan sampah2 waktu aku buat procedure . Seorang demi seorang pesakit datang tak henti-henti , non stop. Aku fikir aku nak kemas sampah2 tu bila semuanya selesai. Tapi dicelahan kesibukan kem medik itu , aku dikejutkan dengan seorang kakak senior. Memarahi aku kerana buat kerja bersepah-sepah tak reti nak kemas. Mulutnya membebel-bebel memarahi aku kerana buat kerja bersepah tak kemas . Aku bersabar , bersabar , sabar... sabar.... sabar...sibuk ...bising ...sabar dan terus bersabar. ahahah~ itu lah provokasi . Dan menjadi ceritera kita , aku pun merasa marah! Lalu aku direct tengking akak senior itu , "diam lah kak!" dengan harapan dia akan merasai kehadiran marah aku dan senyap agar aku boleh meneruskan tugas aku. Huh~ tidak sama sekali dia melawan api-vs-api dia marah aku lagi. Aku fikir yang aku tak nak bertambahkan keheningan suasana disitu. Cara aku ...SSSSHHHHhhhhhiiisshhh !!!! Dengan nada keras dan jelingan mata membunuh, cewah. Terus , dia pun senyap dan seperti biasalah tak melayu kalau tak mengumpat , tak cina kalo tak tipu , tak keling kalo tak mabok.

Dari situ , kita tau kalau kaum perempuan diorang marah sebab untuk meluahkan ketidak puasan dan kadang kala kerana emosi diorg sendiri. Tak seperti lelaki , marah kita selalunya disebabkan provokasi pihak lain.

Apa yang marah buat kadangkala tak dijangkakan. Cam mungkin orang tu akan sedar yang kita ada benda tak puas hati dengan dia. Mungkin juga , kita akan bertumbuk terajang sepak dia , baru ada fight maaa. Kemungkinan , kita akan memperlihatkan kebodohan diri kita sendiri. hahah 


"Open our heart to listen to others , or the anger shall replace it"

sebab itu jang melenting bila kawan kita menasihati atau tak pon memberi tahu sesuatu perkara pada kita, Sebab jelas nampak yang kita bodoh sebab kita dikuasai api marah.


p/s : bila marah syaitan suka , bulan puasa takde syaitan tapi marah gak. nafsu mungkin :P