BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 8, 2012

Aku akan ingat~

Di rancang agar berjalan lancar , setiap rencana ada plot-plot hingga ke kemuncak cerita.
Salam komrad , kita sama-sama ingatkan diri kita, apa yang kita rancang dalam hidup kita hanya la sebuah idea dan perlaksanaan. Tapi, ketentuan percent kejayaan rencana itu adalah ditangan Allah~
kerna Allah lah maha berkuasa dalam setiap apa yang kita rancangkan.


Ingat di hati mahu berjumpa ,
 kuatkan ukhwan sesama kita 
hye, nak dijadikan cerita ,
 Plan kemana semuanya dusta 

Dikisahkan suatu hari , nak sangat aku berjumpa dengan kawan-kawan aku. So, aku dengan jitunya berfikir panjang dan menyatakan kepada mereka yang ahad ini sama-sama kita pergi bermandi-manda di Hutan Simpan Lentang,Pahang. Seingat aku, air terjun nya yang chantek dan air sungai yang sejuk mendingin menjadi objektif untuk aku meluangkan masa dan merehatkan minda aku dari kesebokan aku bekerja.

Sepatutnya , hari ahad itu aku kena bertugas locum duty, tapi aku tolak locum aku agar aku dapat meluangkan masa dengan mereka. Jumlah peserta dah dikira , transportasi juga dah tersedia. Cuaca juga cukup indah. Hari yang diberkati untuk sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim antara kawan-kawan :D

Kembali kepada dunia reality yang terkenal dengan kekejamannya...

Hari sabtu baru ku tahu yang ada 2 diantara mereka telah mengcancelkan rencana itu tanpa pengetahuan aku. Jadi aku mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan 2 orang itu bersama-sama yang lain untuk mengetahui hal yang sebenar. Yalah , nak mesej aku kan sangat susah , kredit handphone pon berkira , aku call pon belum pasti la diangkat panggilan aku. Ok, dengan rasa rendah diri aku pergi menghadap mereka berdua.
Dijadikan suatu senario , cuti mereka sebagai student ditarik, dan dikehendaki menghadiri kelas tambahan pada hari ahad waktu dan tarikh yang sama dengan plan mandi-manda kami. Tanpa khabar berita yang awal dari mereka berdua aku merasakan ini tidak wajar kerana kami berhak untuk dikhabarkan lebih awal tentang perkara itu.
Kalau aku tak jumpa lah dia kat tawakal hari tu , aku tak akan tahu yang dua orang itu dah cancel plan ni.
Aku terlalu bodoh mempercayai mereka , aku plak bangang sangat tolak locum aku untuk ahad haritu semata-mata nak pergi mandi-manda dengan diorang, Padahal , plan tu tak jadi !!!
Baik-baik aku , faham dalam menuntut ilmu ini kita kena ada pengorbanan. Lagi pun aku dah dengar alasan dan hujah-hujah korang berdua malam ahad haritu. Baik , aku x nak bersikap tak adil dan aku cuba untuk faham situasi korg berdua. Baik aku faham dan berfikiran matang.
Jadi , a little bit of twist in the plan. Malam hari ahad, kita lepak kolam air panas dekat selayang. Ok, betul aku terima cadangan korang dan bersetuju. Lagi pon kelas korg abis pukul 6 ptg kan? so malam kita boleh lepak kongsi-kongsi cerita , eratkan ukhwan.
At some point , i realize that it is BullShit~
Ahad ,ini petang waktunya . Aku minta kawan ku untuk call handphone salah seorang dari mereka. Oh berjawab, dan berita yang aku dengar untuk keadaan seterusnya ialah
" hari nie kitaorang balik rumah , x dapat lepak "
so malam nie plan untuk mandi kolam air panas pon cancel secara rasminya. Ok fine thank you~

Salam sejahtera kepada semua , terima kasih kerana tidak dapat menyertai rancangan yang saya rancangkan semenjak minggu lepas . Dan terima kasih kerana saya amat bodoh kerana terlalu mengharapkan dan meletakkan harapan tinggi untuk anda semua hadir dalam rancangan saya,Tidak lupa juga kebodohan saya untuk menolak locum duty saya petang ahad itu semata-mata untuk melaksanakan rancangan yang tak akan terlaksana. Komitment saya yang macam sampah ini patut diberi pujian , dan saya harap untuk lain kali tidak akan ada apa-apa lagi rancangan yang berkaitan dengan anda berdua dan yang berkaitan.
kerana.....

" Orang yang mungkiri janji , Patut di lupakan "



p/s : kalau boleh jika kawan-kawan datang melawat itu ada suatu penghargaan dalam persahabatan , jika korg dua nak aku buat taik macam korg buat taik kat aku , no hal la , free of charge.

0 Telegram Komen: