BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 5, 2011

Benci Awak!


Kepada mereka yang mengenali aku semenjak zaman belum akil baligh dan zaman sekolah rendah dan menengah dan seterusnya-terus nya. Akan ,anda tahu bagai mana membenci itu adalah suatu rutin dan hobi di waktu lapang aku selain mengumpul setem.
Ingin aku berkongsi satu pengalaman yang seberapa menarik kepada mereka-mereka yang tidak mahu faham atau sememangnya tidak faham.

Aku mulakan ,apabila aku mendengar luahan tiba-tiba seorang teman. Dia tidak suka @ tidak gemar @ benci pada 2 orang roommate dia. Aku tanya why ? why ? tell me la...
Di khabarkan yang dia tak suka dengan perangai mereka berdua sambil melakonkan semula perwatakan 2 ekor mangkuk yang menyusahkan hidup teman aku ni. Aku tak tahu lah mereka punya perangai macam mana hingga mendatangkan kebencian pada member aku nie. Aku malas nak join sekaki sebab aku dah bersara dalam mencari hal dengan orang sekeliling.

So , sebagai pendengar yang baik. Aku just mendengar luahan dia.

Apa yang aku boleh katakan. Manusia boleh berubah. Alhamdulillah , aku juga berubah. Tidak lagi seperti dahulu, Terima Kasih kawan-kawan yang tak putus asa menasihati diri ku ini. ewah~

Bagi aku , kita hamba Allah yang hina dina ini tak layak untuk membenci sesama kita, merenggangkan hubungan silaturahim antara kita. Lagi-lagi sesama muslim. Ya, memanglah manusia ini ada banyak tabiat , perangai dan sifat yang berbagai-bagai. Ada perangai yang kita suka , boleh tolerate. Ada perangai yang kita tak suka , mendatangkan benci.
Tapi tak semestinya kita terus jatuh hukum pada orang tu. Benci bebenor ngan dia. Kita reflect pada diri kita, Muhasabah diri. Cari jalan untuk meng aman kan hubungan antara dua belah pihak. Komunikasi itu penting. Variety dalam hidup berkumpulan ini adalah normal. Sesungguhnya , Allah tak suka kita memusuhi/ membenci antara satu sama lain.

Aku kongsikan sedikit apa yang aku tahu dengan korg. Agar , kita elak-elak kan diri kita dari melakukan perkara tak baik. Sentiasa lah kita mengingati diri kita sendiri , yang kehidupan yang aman harmoni menjamin kesihatan mental yang berpanjangan....Tabik!!!



" Aku dah puas membenci orang , sampai menjadi dendam ... dan ia bukan keseronokan " - KomunistKata 2008

0 Telegram Komen: