BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 8, 2011

Pedih Di Dengar ?


"Manusia tidak mahu mendengar perkara yang mereka tak mahu dengar "


Ya , ini sejenis penyakit. Kebanyakkan kita dah terkena jangkitan penyakit ini. Telinga kita sudah ada selaput yang menghalang kita dari mendengar perkara sebenar atau kenyataan sebenar. Percaya atau tidak , kebanyakan orang2 diluar sana, mereka lebih suka mendengar perkara yang "sedap" didengari dari mendengar perkara yang sebenarnya.
Kenyataan macam "kebenaran" yang sebenar , yang tajam menusuk hati , pedih sampai kedalam . Mereka , anda , saya dan kemungkinan semua. TAK MAHU DENGAR~...sebab perkara itu betul-betul terkena atas batang hidung sendiri. Kita nak dengar benda-benda yang seronok , syok , kelakar. Tapi benda yang betul , teguran , nasihat , bab agama ... tak mahu dengar~ Kenapa ? kenapa ? kenapa ?
sebab , jika anda perasan yang perkara sebenar yang diselindungi akan kedengaran manis mengula sedap enak didengar. Sebab itu , bila dilemparkan teguran nasihat , masing-masing macam cacing kepanasan.Tak nak dengar.

DEGIL !

Secara umum nya , apa yang aku nak ketengahkan ialah semakin ramai dikalangan kita beranggapan yang nasihat , teguran yang mereka dengar tu adalah provokasi. Macam nak cari gaduh! Hakikat , kita jadi marah bila orang tegur. Kenapa boleh terbit memancar kemarahan tu ? sebab kenyataan itu sememangnya betul dan tepat. Kita tak boleh terima , tak syok bila dengar sebab tu marah. Dasar keterbukaan hati dikalangan kita tak banyak. Bila orang tegur , nasihat walaupon dalam bentuk yang buruk, kita tak boleh terima. Jika kita bijak, teguran itu boleh jadi suatu motivasi yang orang lain tak dapat.

Aku sendiri pernah kena , "kenyataan" yang memedihkan telinga bernanah abis berasap. Cuma , permulaan benda wajib kita rasa tak puas hati. ( sial lah~) - marah. Pastu , kalau dipikirkan secara dalam , pihak yang beri kita dengar atau orang yang mendengar tu yang rugi ?. Kena banyak sabar , sebab yang bodoh jer tak sabar. Buka kan hati , terangi jiwa...TABIK!!!



" Bila ko dengar something , Dengar dengan teliti sebab tu lah Tuhan cipta telinga ada 2 , kiri kanan " faham tak ?

0 Telegram Komen: