BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 16, 2011

Seronok X ?

Wah hujung tahun nie kan , tamat lah diploma dalam kejururawatan. Seronoknya, dah lulus LJM , jadi staff nurse. Pastu , yang seronoknya dapat terus kerja kat hospital. Wah bestnya gaji masyuk noohh~

Wah riak nya awak , bru jer jadi staff nurse dah berlagak dengan kawan-kawan. Kutuk kawan-kawan kat junior baru. Kalo keja bagus ok lah, ini jadi kuli jer. Pass LJM pun sebab nasib jer. Payah lah orang macam tu , dari zaman kolej sampai zaman kerja. Tak reti-reti nak cermin diri tu. Lagak nya macho hensem lah kunon.

Diploma dalam tangan , dah rasa macam ada P.hD lah pulak dia. Apa , ingat dengan diploma tu orang pandang ker? Zaman sekarang , kalau takat diploma tu tak pandang lah. Sebab tu orang yang berfikiran jauh tak macam kau, berlumba-lumba nak amek degree dengan master. Sebab nak improve kualiti diri.

Bukan macam kau, baru ada diploma dah riak , berlagak. Alahai, aku rasakan . Bila ko dah jadi staff nurse ada lesen LJM ngan diploma. Ko dah rasa berjaya sangat-sangat dalam hidup kau. Pendek nyer pemikiran kau , sebab tu kau nak berlagak dengan kawan-kawan yang lain. Depan junior baru , wah bukan main kau nak tunjuk hero.

Jangan lupa pulak , hutang PTPTN kau tu, muda-muda dah ada hutang. Entah sampai bila lah nak abis bayar kalau jenis macam kau nie tak reti nak jimat.

Jijik lah weih , aku ingat dah ada improvement dalam diri kau, tapi sama sahaja. Tolong lah , bila jadi staff nurse tu biar ikhlas sikit. Jangan jadi katak bawah batu, tak nak majukan diri.

Ah~ aku dah muak lah dengar kau kutuk kawan-kawan. Baru jadi staff nurse , bukan jadi GM hospital. Kau kerja hospital jer , bukan kerja kat company bursa saham pon.

Alahai, dari zaman kolej lagi , aim kau bila dapat diploma dah pass exam LJM , pastu ko nak kerja kat hospital. Pastu , kumpul duit nak beli kereta ( oooh dah ada mak kasi ) , beli umah besar ,nak gi melancong , nak khawin dengan awek ko. setelkan PTPTN . Aduhai, sememangnya................


TYPICAL

Sunday, November 13, 2011

Perkumpulan BbQ 12.11.11


Tabik kepada komrad-komrad yang telah mejayakan majlis "bakar ayam atas arang membara" a.k.a secara resminya BBQ pada tanggal 12.11.11. Syukur , saya selaku setiausaha sulit komunist begitu terharu oh~ dengan kerjasama komrad-komrad tak kira pangkat.

Serius , saya begitu berpuas hati, kerana ini adalah BBQ pertama yang dijana oleh kami di sektor pajam ini. Yang sebelum ini adalah tempat yang hambar dan tak best. Kepada Sargent Faez Grizzle , terima kasih kerana menjadi tukang bakar , Kepada Sargent El Fairus terima kasih kerana bertungkus mus mus menolong memyediakan barang-barang. Kepada en. Nasir , kepada Prebet Apiz dan Fahmi a.k.a Dewa terima kasih saya hulurkan, bukan duit yg saya hulurkan. Tak lupa juga , kepada jurugambor kita , Aqim pendek yang bingit suaranya yang sungguh annoying , Nak amek gambar pon memekak. Tak lupa kepada Syamil abang Donzai , tukang cuci ayam yang jaya bakti (walaupon asyik dengan laptopnyer)

Kepada prebet-prebet yang bertuah dapat join kami. Anda patut bangga dengan diri anda tanpa sebab.eh tak lupa pewaris jawa purba Cipto Jenkins yg turut sama membakar, perlakuan lucah anda sering jadi perhatian hahaha~

Yang pasti , dengan izin Tuhan , akan datang kita akan sama-sama buat BBQ di masa akan datang. Terima kasih komrad, SALUTE !!!



(P/S : daging burger azmy tak bagus , ramly gak yang terbaik. Lembik macam meatloaf , tensen si faez grizzle .hahahahha)

Tuesday, November 8, 2011

Perjalanan Kearah Kegemilangan!

" I choose my path because of myself , not you. God guide me as he is my creator "

Aku betul2 tak faham bila kita pilih jalan yang berbeza dari kawan-kawan kita yang lain. Akan dianggap tidak berjaya dalam kehidupan. Tidak normal , tidak sepatutnya seperti itu. Kerna aku memilih jalan yang berbeza dari kamu ? Aku belum sesat , masih lurus dijalan tuhan. Aku mungkin cepat dari kamu wahai kawan ku , Atau aku mungkin lambat dari kamu laluan yang ku pilih itu lebih berbeza dari kamu. Aku tahu yang laluan kamu itu express. Tidak seperti aku , lambat berbatu2 berbengkang bengkok. Ada hikmah nya , aku percaya itu. Aku percaya hikmat itu perancangan tuhan. Dan aku hanya memilih jalan itu bukan kerana kamu...


" Harus berjumpa kelak di masa hadapan , kita lihat dimana tahap kita berada , sejauh mana kita pergi "

Pedih Di Dengar ?


"Manusia tidak mahu mendengar perkara yang mereka tak mahu dengar "


Ya , ini sejenis penyakit. Kebanyakkan kita dah terkena jangkitan penyakit ini. Telinga kita sudah ada selaput yang menghalang kita dari mendengar perkara sebenar atau kenyataan sebenar. Percaya atau tidak , kebanyakan orang2 diluar sana, mereka lebih suka mendengar perkara yang "sedap" didengari dari mendengar perkara yang sebenarnya.
Kenyataan macam "kebenaran" yang sebenar , yang tajam menusuk hati , pedih sampai kedalam . Mereka , anda , saya dan kemungkinan semua. TAK MAHU DENGAR~...sebab perkara itu betul-betul terkena atas batang hidung sendiri. Kita nak dengar benda-benda yang seronok , syok , kelakar. Tapi benda yang betul , teguran , nasihat , bab agama ... tak mahu dengar~ Kenapa ? kenapa ? kenapa ?
sebab , jika anda perasan yang perkara sebenar yang diselindungi akan kedengaran manis mengula sedap enak didengar. Sebab itu , bila dilemparkan teguran nasihat , masing-masing macam cacing kepanasan.Tak nak dengar.

DEGIL !

Secara umum nya , apa yang aku nak ketengahkan ialah semakin ramai dikalangan kita beranggapan yang nasihat , teguran yang mereka dengar tu adalah provokasi. Macam nak cari gaduh! Hakikat , kita jadi marah bila orang tegur. Kenapa boleh terbit memancar kemarahan tu ? sebab kenyataan itu sememangnya betul dan tepat. Kita tak boleh terima , tak syok bila dengar sebab tu marah. Dasar keterbukaan hati dikalangan kita tak banyak. Bila orang tegur , nasihat walaupon dalam bentuk yang buruk, kita tak boleh terima. Jika kita bijak, teguran itu boleh jadi suatu motivasi yang orang lain tak dapat.

Aku sendiri pernah kena , "kenyataan" yang memedihkan telinga bernanah abis berasap. Cuma , permulaan benda wajib kita rasa tak puas hati. ( sial lah~) - marah. Pastu , kalau dipikirkan secara dalam , pihak yang beri kita dengar atau orang yang mendengar tu yang rugi ?. Kena banyak sabar , sebab yang bodoh jer tak sabar. Buka kan hati , terangi jiwa...TABIK!!!



" Bila ko dengar something , Dengar dengan teliti sebab tu lah Tuhan cipta telinga ada 2 , kiri kanan " faham tak ?