BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 26, 2011

R.L.H.P.B = Cakap


" Rasa , Lihat , Hidu , Pegang dan Buat , Baru kau boleh cakap pasal Kejahatan " KomunistKATA 2011





( p/s : ini , pijak semut pun tak mati , kata bunuh kuching time sekolah , padahal awak tgok ayam dalam tin pun takut , ini nak pegang darah real, huh ! )

Komen yang dikomen

Kita semua ada pendapat kita sendiri , semua mengikut idea dan prinsip hidup masing-masing yang dah bermacam jenis. Sekarang , terserah kepada anda untuk memberikan pendapat dan komen anda terhadap sesuatu topik. Aku jenis yang bersedia untuk menerima apa jua pendapat dan pandangan orang lain. Kebelakangan , aku ada terlihat artikel dalam sebuah laman sesawang. Dalam laman tersebut , aku lihat. Masih ada yang komen dan beri pendapat terhadap isu-isu hal ehwal remaja pasca merdeka ni. Komen kenapa perempuan macam gini perangai nya , komen lelaki gini pulak gayanya.
Pendapat yang diberikan dan dilontarkan nampak menarik bagi setiap orang yang singgah pada laman sesawang tu.
Cuma , bagi aku komen dan lontaran pendapat itu tak sesuai dengan keadaan realiti dunia sebenar. Lumrah manusia , kita di cipta dengan nafsu. Kita buat dosa , dan kesalahan .Manusia juga tak lupa buat kesalahan , dan kita juga buat kebaikan. Sebab , dalam dunia ni kita tetap akan melakukan kebaikan walaupun kita tak sempurna.
Kita yang tukang komen , dan pemberi pendapat nie sebenarnya adakah layak untuk kita memberi komen tersebut ? atau layak kita untuk mengomen isu tersebut ? Aku sendiri tak layak dalam memberi pendapat , cuma kita beri pendapat pada waktu dan masa yang sesuai sahaja.
Kita lihat diri kita dahulu , adakah kita pernah berada , merasa dan menjalani pengalaman itu sebelum kita meng komen isu tersebut.
Ini , kalau anda jenis yang duduk bilik tak keluar , baring atas katil , shopping mall pun tak kenal , masuk club pun tak pernah , masjid pun jarang pergi. Kenapa anda pula yang menkomen isu tersebut.
Aku berani cakap , jangan kita komen sesuatu isu itu kalau kita tak pernah buat perkara itu. Sebab itu lebih baik kita merasai kejahatan , sebelum kita menceritakan kebaikan. TABIK !!!

Sunday, August 21, 2011

Antara mimpi dan realiti


Ini tajuk yang paling simple , tapi tak ramai yang dapat menerima makna sebenar tajuk ini.

Dunia internet makin luas tanpa batasan , kalau dikirakan . Macam-macam yang kita boleh lakukan dengan internet. Tapi yang paling popular ialah berhubung. Laman social jadi medium kita berhubung dengan orang lain. Dalam masa yang sama menjadikan diri kita popular di dalam dunia internet . Itu adalah mimpi , dunia internet adalah mimpi yang paling real yang pernah manusia cipta.

Jika dalam dunia internet kita ada beribu-ribu kawan , tapi realitynya dunia sebenar kita adalah bagai mana ? seperti apa …Adakah dalam dunia sebenar kita mempunyai ramai kawan seperti dalam dunia internet ?

Aku tak terkejut jika dalam mana-mana laman social kita begitu rancak dan ghairah menceritakan perihal kehidupan sekeliling kita dan diri sendiri. Kita meluahkan idea-idea yang sedap dipertontonkan oleh mereka-mereka yang singgah ke laman sesawang kita. Ya dalam mimpi dunia internet. Idea dan cerita kita itu sedap untuk dibaca oleh mereka yang melayari internet. Tapi , cuba kita bawakan idea dan cerita-cerita itu kembali ke dunia reality kita. Adakah semua itu releven untuk kita perbualkan ?

Sebagai contoh dalam blog. Kita luahkan cadangan , pengalaman , cerita , kisah itu , kisah ini dan ideology semua bertujuan untuk kita kongsikan bersama. Supaya kita dapat “like” satu butang di sudut wall blog itu dan mendapat banyak share disitu. Dalam masa yang sama kita akan di “follow” oleh mereka yang menikmati kesedapan cerita yang kita kongsikan. Ketika itu juga , kita menjadi popular , ramai kawan baru di laman sesawang itu.

Kembali ke dunia reality , jika dilihat dari pancaindera yang dikurniakan tuhan. Secara realitinya , orang yang menulis cerita-cerita itu sebenarnya adalah seorang yang kurang kawan. Hanya bergaul dengan teman-teman serumah sahaja , tidak pernah menegur orang lain. Antisosial , kadang kala sombong diantara rakan-rakan sekolej atau setempat pengajian. Duduk menghadap laptop sepanjang masa sahaja tidak pula pergi bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Sebab manusia sebegini hanya popular di dalam dunia mimpi yang dicipta oleh dia sendiri. Dalam dunia realitynya dia tak ramai kenalan , bahkan popular pun tidak sekali.

Bagi aku, jika kita ingin menceritakan perihal kehidupan dunia reality di dalam dunia mimpi seperti internet , kita kena kenal ramai orang dalam dunia sebenar . Kita kena berkomunikasi dengan ramai orang agar apa yang kita bakal ceritakan itu jadi lebih kukuh untuk kita adaptasikan dalam dunia sebenar. Ketulenan cerita itu sudah tiada bagi orang sebegini . Cerita-cerita dalam blog ciptaan dia sendiri itu tidak realistic . Perkataan yang paling sesuai ialah hipokrit . Hentikan mimpi-mimpi sebegini dan kembali ke dunia sebenar , ke dunia realistic .

Jika betul apa yang dia ceritakan dalam ceritanya itu di adaptasikan dalam kehidupan dunia sebenarnya. Aku TABIK dia…


" Tiada realiti seindah mimpi , itu adalah kebenaran "



(p/s : tribute pada Miranisa Winkwink pasal tajuk nie , cam best lak guna tajuk nie , Tabik dia )

Stalker


Bila cakap pasal stalker...aku sendiri pun seorang stalker yang berjaya dan berwibawa. Ramai gak yang jadi stalker. Cuma sejauh mana mereka akan pergi untuk mendapatkan maklumat yang mereka mau.

Banyak sumber yang stalker boleh gunakan untuk mencari dan menilik apa yang mereka ingin tahu. Yang paling senang , Facebook , skype dan lain-lain laman sosial dalam internet. Betapa bahayanya internet dalam hidup kita. Senang-senang jer kita punya maklumat peribadi terlepas ke tangan pihak yang berniat jahat bernama stalker.

Dulu , kini dan sekarang aku masih lagi seorang stalker . Aku suka ambil tahu apa yang kawan , kekasih dan musuh aku buat. Mana taw boleh jadi point tuk membahan diorang atau menjatuhkan diorang. jahat kan ? hahah

Serba sedikit , berhati-hati lah sebelum segala maklumat peribadi anda jatuh ke tangan saya...eh silap , jatuh ke tangan orang yang berniat jahat. Jangan main letak jer~

Saturday, August 20, 2011

Ludahannya



"Sekali aku dah ludah , sampai mampost aku tak jilat balik "


Bukan aku nak maki sapa-sapa. Tapi ini , prinsip aku. Bila orang dah tak nak pada kita sebagai kekasih ke , kawan ke , balak ke. dan lain-lain. Logik akal manusia lah, sanggup ke kita terima balik mereka-mereka itu ?

Tapi kau jangan lupa tanya , kenapa dah kena ludah. Orang nie tak jilat balik...kotor.

Hargai orang lain ,dan hargai diri sendiri. Benda ini tak akan berlaku. Tapi nak buat macam mana kan ? Benda dah jadi tak boleh diundur. Nak naik mesin masa pun tak dapat nak ubah benda ni. Jadi...

Teruskan kehidupan kita seperti biasa , dan nikmati lah dunia ini sementara ia boleh dinikmati. Mintak doa banyak-banyak agar dilembutkan hati , dan kurangkan kebencian dalam diri. TABIK !!!

Kebaikan dan Kejahatan



" Kenali apa itu Kejahatan , baru kenal makna Kebaikan "

Jiwa muda kita buat kita lakukan banyak perkara. Semua atas dasar ingin tahu , ingin cuba . Ini semua kerna kita manusia yang sentiasa ingin mencuba. Nak buat itu , nak cuba ini. Itu normal bagi aku. Sebab dari situ kita akan belajar erti sebenar kehidupan yang Allah berikan pada kita. Cuba kita sedaya upaya berpegang kepada jalan Allah, nescaya kita tidak akan sesat di muka bumi ini. Jadikan , kejahatan yang kita kenal itu sebagai pedoman dan pengajaran. Dengan itu , kita lebih mengerti makna sebenar kebaikan , dan setelah kita mengerti makna kebaikan itu , kita akan jadi manusia yang lebih ikhlas dan menghargai sekeliling kita. Yang lalu itu kita jadikan pengajaran , dan yang sekarang kita perbaiki untuk jadi lebih baik. Yang penting niat mestilah ikhlas. Kesian aku melihat , remaja-remaja sebaya aku. Masih sesat dalam kejahatan , dan masih belum kenal apa itu kejahatan. Sama-sama kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. TABIK !!!

Friday, August 12, 2011

Azira

Cinta pertama yang tidak berpanjangan. Jodoh ? mungkin tidak...

Salam Ramadhan


Jangan ingat komunist cam aku tak berpuasa...lu silap sayang.


Masuk bulan puasa tahun 2011 nie , lain sedikit. Sebab sudah bertugas. Penat berkerja dan pengalaman berbuka puasa sewaktu bertugas itu perlu dibiasakan. Tak boleh ponteng-ponteng dah , bukan kanak-kanak lagi.

Sekarang sudah different , lepas sahur tak bleh tidor terus cam dulu. Kena relax kejab, bersiap-siap nak ke tempat kerja. Itu kalau shift pagi , time tu takde lah penat sangat masa bertugas sebab jarak masa bersahur dengan kerja dekat jer.

Kalau kerja shift petang lain cerita. Penat skit , kurang tenaga. Cuma kembali dengan tenaga luarbiasa lepas solat asar.Ehem hikmah bersolat tu. Berbuka time bertugas pun ala kadar je lah. sebab tak tentu , time-time makan tu ada pulak emergency , yang nak mati pun ada , yang sawan pun ada , yang demam panas high grade fever pun ada. Macam-macam dugaannya~

Tapi , alhamdulillah. Itu lah kemanisan nya bertugas di bulan mulia , ramadhan al-mubarak ini. Aku sentiasa berdoa agar dapat bertugas dengan baik , dan menjalani ibadah puasa dengan jaya. Amin.

p/s : yang paling tak boleh lupa, kepala asyik ingat nak makan putu piring kat TTdI. hahah...

Peringatan

Ada serangkap ayat yang berbunyi...

Kawan datang dan pergi ,

pergi tidak akan kembali ,

ya, tidak kembali selama-lamanya ,

jadi ?

sebaiknya , hargailah kawan kita sebelum dia pergi. Betul, hargailah kawan kau jika kau fikir dia adalah kawan kau. Sebab , jika kawan kau pergi. .. ... .. .dia tak akan kembali. Kena faham makna hargai , dan makna tak akan kembali.

Surat ku aduan ,ke mana ?

Kalau ada aduan, sila isi borang aduan kat kaunter tu, Kemudian masuk kan kedalam kotak aduan tu. Pada setiap minggu, unit khidmat pelanggan akan collect surat-surat aduan tu, untuk diketengahkan dalam mesyuarat akan datang.


"kak , ini masalah urgent, kena settle kan secepat mungkin ", Karim.

"Dik , apa-apa pun, Isi borang tu dulu", Kak Amy.

"Kalau cam nie , saya nak jumpa trus CEO lah", Karim.

"Weih , tak bleh. Mana bleh terjah jer. Ko isi la borang tu dulu", Karman.

"Wah , apa kamu berdua buat kat office nie ? nak buat aduan ? ", Cikgu Kopi.

"Tak kami cuma .. .. ... .. .. ", Karim,Karman.

"Apa-pa pun kena bagitaw saya dulu, bukan terus terjah cam nie ", Cikgu Kopi.

Maka kena inform cikgu dulu, pastu kalau cikgu benarkan baru boleh isi borang. Lepas isi borang, seminggu sudah akan ada orang datang amek borang tu. CEO pulak gi holiday kat Bali dengan makwe baru dia. Jadi kena tunggu dulu lah borang tu sampai ke tangan CEO. Kalau cikgu tak benarkan. Cancel lah niat nak buat aduan.


Dari A ke B. Jika B tersekat. A tak berjalan. Dari B ke C , lama tempohnya. Mana taw ada unsur-unsur tak pada bos. Dari C ke D pula. Dekat D , kita kena panggil. Kenapa buat aduan ? Dari D ke E , elakkan diri dari dibuang. Dari E ke F , cakap Fuck la, apahal masalah kita tak selesai lagi. Dari F ke G , belum tentu aduan dah sampai.. ... .. ... .. sampai~

sampai bila agaknya aduan kita sampai ?

sampai esok ?

sampai tahun depan ?

minggu depan ?

ke tak sampai-sampai ?

atau surat aduan kita dah sampai tapak pelupusan sampah kat MRR2 tu ? yelah dari bakul sampah ke lori sampah. Jauh gak surat aduan tu berjalan ye tak ? hahahaha