BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 21, 2011

Si BODOH yang Tulen

Suatu hari di sektor selatan zon J .2 minggu aku menjalankan tugas disini. Banyak benda yang aku rasa kan mencabar hubungan berkawan aku dengan orang lain.

Minggu pertama, ciri-ciri dan kerekteristik budak nie kian jelas didepan mata aku. Baik , suka bertanya , komitment yang baik pada kerja , kurus , lawak cam tak lawak.

Apa yang paling aku FUCK sekali ialah orang cuba memahami kau tetapi kau tak bagi orang memahami kau. Cerita lah yang mamat seorang lagi nie suka kutuk belakang pasal kau dengan geng kau. Sebab tu korang taknak kawan dengan mamat sorang nie.

Maaf , aku bukan bodoh. Nak percaya kau 100% macam tu saja. Aku ada tanya mamat tu, cerita sebelah dia lain pula. Baiklah, aku yang di tengah-tengah nie cuma dengar jer.

Budak yang "baik" nie sebilik dengan aku pada minggu pertama nya. Member aku pulak tidur di ruang kosong diluar bilik kami. Aku faham dengan member aku yang dia suka dengar lagu kuat2 ,pasang speaker...pencinta musik. Kalau kita tak suka bising2. Buat relax jer lah, tegur dengan cara baik. Kau pula tak tahan lah , pening lah. Tapi suruh tegur tak nak pula.

Pada sabtu sebelum hari kehilangan mesin telekomuniskasi telefon bimbit aku. Aku keluar meneroka zon J dengan komrand2 yang lain. Hari makin mendung, nampak seperti mahu hujan. Maka sementara telefon bimbit aku belum hilang. Aku menghantar 1 SmS kepada budak baik nie. "Tolong angkatkan baju2 aku kat ampaian , hari cam nak hujan "...SmS tidak berbalas sebab aku faham handphone dia jarang ber"kredit" nie. Cuba, try dan test call budak lain pula. Kerja . takpe , aku cuma mengharap si budak baik nie saja lah tolong angkat baju2 aku kat ampaian.

Hari mula hujan , aku call dia. "weih dah angkat ke baju2 aku ?"...dengan nada yang kurang sopan . " aku kerja lagi nieee...". Aku cuma balas "hah, ok..tuuuuuttttt" sebab aku tak suka mendengar alasan BODOH.

Balik ke post , aku secara tidak sedar telah tertinggal telefon bimbit aku didalam teksi. Ini kali kedua dalam setahun. perghhh jiwa kacau, gundah gulana. Aku tengok baju2 aku kat rumah x angkat , basah dan lembab. Si budak baik tak angkat satu pun baju aku, pesanan aku di buang tepi, buat tak tahu jer.

Aku mencari handphone aku dan mencari si budak baik nie nak mintak tolong call kan handphone aku. Sesampai sahaja di depan dia...terus di sound aku . " pehal kau telefon aku time kat hospital ?" nada suaranya sahaja aku dah tahu yang soalan aku yang akan datang akan dijawab dengan kurang ajaran...terus aku blah dari situ. Waktu itu juga aku tahu yang dia adalah kawan yang paling USELESS !

Orang dah tolong kau sebelum nie, hargai kau masa member2 kau sisihkan kau. Ini balasan yang aku dapat ? sound aku waktu aku dalam kesusahan ? sekarang ya , aku nak ungkit balik apa yang aku dah tolong kau. Apa bodoh kau nie hah budak! Waktu kau susah, aku tak berkira pun nak tolong kau. Alasan banyak, bila kita tegur ada sahaja yang kau jawab kan. Ayat kau yang paling bodoh sekali bila aku tegur kesalahan kau ialah " yelaahh, aku nie bodoh tak macam kau pandai "...sebenarnya kau memang bodoh pun. Ada ke tanya aku waktu tu pukul 6am masa aku sedang pakai uniform nak pergi kerja. Kau tanya " kerja pagi ke petang ?"...apa bodoh nya kau lakhnat ? dah time tu pagi, kompom lah aku kerja pagi bodoh.

Dah tu, alasan kau memang sentiasa awesome. "aku tidur bilik sebelah lah, nak teman kawan"...aku bukan bodoh macam kau, cakap je lah yang kau tak nak sebilik dengan aku. Aku pun haram tak suka kau sebilik dengan aku, barang bersepah, spender sepah2. macam keturunan tikus longkang.

Wah , minggu pertama , tiap2 hari ajak aku keluar makan sama2 dengan kawan2 kau yang sama jahil macam kau tu. Aku hargai semua itu, sebab itu aku sentiasa cuba layan korang sebaiknya. Tapi bila start kau dah nak sisih kan aku di waktu kesusahan aku...waktu itu aku sedar yang korang memperbodohkan aku dan cuba buat aku nampak bodoh dengan member-member aku. Tak pe, aku biarkan untuk kali pertama. Tapi soalan yang paling bodoh bila aku keseorangan keluar gi makan. " laaa skang keluar dah tak ajak kitaorang dah..", Fuck lah bodoh, soalan apa tu? kau dah lupa ke yang kau keluar haritu tak ajak aku pun. Jangan tunjuk yang kau nie tulen bodoh. Soalan cam gampang. Nampak sangat kau tak hargai sedikit pun hubungan kawan kita nie. Aku tak kesah. sebab kau si bodoh yang tulen.

Minggu kedua aku di zon J, kau dah buat aku nampak bodoh. Aku tak tahu apa tujuan kau. Lawak kau macam bodoh dan tak lawak. soalan kau pun macam bodoh, adik aku darjah 6 pun fikiran dia logik. Kau logik akal pun tak tahu. Kau tak bagi orang faham kau, dan kau tak nak faham orang.

Bila dah baik dah rapat , mulalah pijak kepala. Aku tak nampak pun yang kau respect aku sebagai seorang kawan atau pun abang. Campak sudu garfu waktu makan, adab takde ke ?
Selama aku kenal kau, benda yang simple macam adab, cara cakap ke...serius macam gampang. logik lah weih, kita adaptasi diri dengan situasi ..bodoh!

Konon , esok kita gi hutan bandar lah...last2 aku jugak ditinggalkan. Pastu korang siap kantoi denpan mata plak dengan aku, lepak hutan bandar tak ajak. Ok fine. Adab hormat orang takde, tak salah kalau kau datang ke table aku dah tegur aku. Jujur, aku akan lepak se table dengan korang. Cam gampang kalau tak reti respect orang , tak de sapa nak respect kau bodoh. Orang bodoh macam kau suatu hari nanti akan kena pijak je kat dunia nie.

3 nasihat aku pada kau :

  1. Jangan tunjukkan kebodohan kau
  2. jangan tanya soalan yang bodoh
  3. jangan bodohkan orang cermin diri dulu.
Aku bukan apa, kalau orang hargai aku sebagai kawan, seribu kali akan aku hargai hubungan kawan itu. Tetapi kalau kau tak reti nak hargai orang lain sebagai kawan, sesuai sangat untuk dipijak-pijak. Jadi bernas dan bijak sikit boleh ?

Kura-kura dalam perahu
sudah tahu bertanya pula.


" Do not ask STUPID question , it show you are purely stupid "

Wednesday, April 13, 2011

3 tahun


Apabila dunia tidak menyebelahi kau, syurga sahajalah harapan yang tinggal. 3 tahun aku melakukan sesuatu yang bukan kehendak aku. Cuba akan tetapi, pada tahap ini...
Aku sudah kecundang, aku sudah tidak mampu lagi untuk meletakkan harapan aku pada perkara yang aku sedang lakukan.
Dunia di mana, kerajinan kau , komitment , kebijaksanaan , dan skill kau terletak pada sebuah buku kecil berwarna biru yang akan di pangkah. Lekap keseluruhan requirement yang dipangkah, "anda baru sahaja meletakkan diri anda dalam kejayaan".

Apa dunia ini, semua keikhlasan kita dinyatakan dalam bentuk tulisan ?

Kehebatan seseorang itu dinyatakan dalam bentuk nombor dan tulisan. "OH pelajar ini sangat rajin, pandani berkomuniskasi dengan baik, rajin belajar"...di akhir ayat. "Sila ambil saya bekerja, sebab saya boleh buat awak "bangga" dan kaya.
3 tahun aku melihat proses mencipta "robot" untuk industri. Mereka tak perlu menyoal, bercakap atau membantah. Arahan nya sangat simple...just follow the flow, do not fight it. Benda yang sangat baik untuk aku fahami, kita tidak digalakkan untuk membantah apa sahaja arahan yang diberi. Bangga sangat bangga kalau dapat kerja. Belajar 3 tahun semata-mata untuk mendapat kerja.

Bila kau dah kerja, akan kau dapat duit. Dengan duit, kau dapat beli kereta kegemaran kau. Malah kau juga akan dapat beli rumah dengan duit kau. Usaha kita dengan bekerja, dapat duit itu sesuatu yang sangat memuaskan. Tapi cuma satu sahaja yang kau perlu buat, tidak perlu kata apa-apa.

Pada saat ini, aku seperti boleh menilik masa depan aku. Aku merasakan yang dunia ini tidak menyebelahi aku, ingin aku luahkan tapi tidak kesampaian. Aku seperti tidak dapat untuk meneruskan perjalanan aku yang 3 tahun dahulu aku cipta dengan ketidakhendakan aku dengan rela. Berhenti berharap itu yang aku lakukan.

Buat apa aku menyesal sekarang, benda ini sudah terjadi...terlambat.

Sunday, April 10, 2011

Anti-Bunyi

Walaupun aku mengemari musik, dan musik itu jiwa aku. Aku tak suka pencemaran bunyi dan kehadiran bunyi-bunyi bising di waktu dan masa yang tidak sesuai dan tempat yang tak sesuai. Baru sahaja tiba di hostel di Johor. Segelintir dari kaum-kaum "Platipus" yang kalis nasihat dan teguran telah memasang speaker dan menaikkan volume musik sambil memasang lagu-lagu yang mereka anggap top. Diselangi dengan gelak ketawa.


Tak salah nak pasang speaker kuat-kuat, lagu clubbing ke, lagu rock kapak ke. cuma , Tolong fikir yang korang duduk dengan budak-budak lain. Kau fikir diorang suka suasana bising ke? Keprihatinan dan rasa hormat korang tu takde. MEMEKAK tak tentu masa, seronok sangat ke?

Kira biadap bila menganggu ketenteraman awam, kalau kat rumah korang boleh lah buat macam tu, mak bapak jenis tak kesah. Dah tuli dah dengar lagu kuat-kuat. Orang nak berehat pun susah. Hormat orang lain, tidak perlu pasang lagu kuat-kuat.

Bila ditegur marah, bila diperli tak faham . Yelah, bila rasa kuat, rasa takut pada orang lain tu takde. Kau tak perlu takut, cuma kena faham orang lain sahaja. Diorang tak suka bising-bising, jadi fahamilah kehendak itu. Apa guna teknologi earphone dan earpiece di cipta?

Thursday, April 7, 2011

Kau buat lawak sarkas ke ?

" Being a funny person does an awful lot of things to you. You feel that you mustn't get serious with people. They don't expect it from you, and they don't want to see it. You're not entitled to be serious, you're a clown " - Fanny Brice .


Ini yang terjadi apabila kita dalam satu situasi yang serius...tiba-tiba ada orang buat lawak sarkas.
Nak ambil perhatian atau memperbodohkan diri ?

Jangan buang masa orang lain dengan mendengar lawak sarkas kau tu. Kerja tak selesai lagi , bagi tumpuan ok.

Kami bukan mau dengar lawak sarkas kau tu.

Kau dahagakan perhatian ? lawak...

Tapi jangan memperbodohkan diri kau dan memperbodohkan orang lain dengan lawak sarkas kau.

Kau rasakan kau tidak perlu serius dalam setiap perjumpaan atau mesyuarat. cuba belajar untuk fahami situasi ketika itu.

Lawak anda nampak cacat dan memperbodohkan diri kau , serta membuang masa kami. Kau sememangnya badut yang sejati.

p/s : member sebelah kau tu pun perasan yang di lawak juga. tapi cam taik adalah, lawak apa kalo cakap pasal tetek dengan konek. ingat orang suka ke ? good try ok. hahahah :P

Tuesday, April 5, 2011

Bapak Revolusi German


" Those who want to live, let them fight,
and those who do not want to fight in this world of eternal struggle ,
they do not deserve to live "
- Adolf Hitler.

Bapak Komunist Russia

" Ideas are more powerful than guns.
We would not let our enemies have guns,
why should we let them have ideas "
- Joseph Stalin

Monday, April 4, 2011

Fasa 2 : Zon J/Iopmat

Misi zon N9/ Nabmeres sudah masuk fasa ke 2 , zon J/ Iopmat. Doa kan kejayaan misi dan kempen kami di sini. 3 minggu kepadatan , kekurangan , dan kesakitan. Kejayaan hanya disebelah sana , cuma belum pasti akan tercapai. Sedang cuba dan mencuba. Zon J/ Iopmat sedang menunggu, fasa terakhir misi kali ini. Tabik.