BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 13, 2011

3 tahun


Apabila dunia tidak menyebelahi kau, syurga sahajalah harapan yang tinggal. 3 tahun aku melakukan sesuatu yang bukan kehendak aku. Cuba akan tetapi, pada tahap ini...
Aku sudah kecundang, aku sudah tidak mampu lagi untuk meletakkan harapan aku pada perkara yang aku sedang lakukan.
Dunia di mana, kerajinan kau , komitment , kebijaksanaan , dan skill kau terletak pada sebuah buku kecil berwarna biru yang akan di pangkah. Lekap keseluruhan requirement yang dipangkah, "anda baru sahaja meletakkan diri anda dalam kejayaan".

Apa dunia ini, semua keikhlasan kita dinyatakan dalam bentuk tulisan ?

Kehebatan seseorang itu dinyatakan dalam bentuk nombor dan tulisan. "OH pelajar ini sangat rajin, pandani berkomuniskasi dengan baik, rajin belajar"...di akhir ayat. "Sila ambil saya bekerja, sebab saya boleh buat awak "bangga" dan kaya.
3 tahun aku melihat proses mencipta "robot" untuk industri. Mereka tak perlu menyoal, bercakap atau membantah. Arahan nya sangat simple...just follow the flow, do not fight it. Benda yang sangat baik untuk aku fahami, kita tidak digalakkan untuk membantah apa sahaja arahan yang diberi. Bangga sangat bangga kalau dapat kerja. Belajar 3 tahun semata-mata untuk mendapat kerja.

Bila kau dah kerja, akan kau dapat duit. Dengan duit, kau dapat beli kereta kegemaran kau. Malah kau juga akan dapat beli rumah dengan duit kau. Usaha kita dengan bekerja, dapat duit itu sesuatu yang sangat memuaskan. Tapi cuma satu sahaja yang kau perlu buat, tidak perlu kata apa-apa.

Pada saat ini, aku seperti boleh menilik masa depan aku. Aku merasakan yang dunia ini tidak menyebelahi aku, ingin aku luahkan tapi tidak kesampaian. Aku seperti tidak dapat untuk meneruskan perjalanan aku yang 3 tahun dahulu aku cipta dengan ketidakhendakan aku dengan rela. Berhenti berharap itu yang aku lakukan.

Buat apa aku menyesal sekarang, benda ini sudah terjadi...terlambat.

0 Telegram Komen: