BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 16, 2011

Zon N9/ Nabmeres


16.3.2011
Dah masuk hari ke-4 aku dan komrand berjuang di medan tempur N9/ Nabmeres ini. Apa yang aku boleh cakap , penat dan sangat penat. Penat dengan kerjaya , penat dengan tabiat laku manusia serta penat melayan lawak-lawak manusia hipokrit. hahahah. Aku harap aku boleh adaptasi dengan keadaan sekeliling yang jahanam ini. Bukan mahu dilihat baik, tapi berperangai baik secara dalaman. Harus , perjuangan di medan tempur N9/Nabmeres ini sangat memenatkan.


15.3.2011
Hampir masuk hari ke-3 , aku berasa penat dan hilang arah tuju sebentar. Pihak atasan masih lagi belum secara sah nya memberikan preceptor kepada aku. Macam anak kambing tak kenal emak. Ikut sahajalah mana-mana kambing betina yang nampak bersusu, semata-mata mahu belajar selok belok dunia "management". Ingat mahu mula menulis kertas kerja, tetapi tiada guideline,tertangguh sebentar.


14.3.2011
Hari kedua aku di zon N9 , aku melihat kawan ku berkawan dengan musuh aku. Cukup anjing perangai mereka berdua. Aku meluat dan cukup jelik dengan mereka , cuba menarik perhatian. Hahaha , kelakar sungguh perangai mereka. Aku tidak membenci, cuma muak mahu melayan anjing-anjing yang ketagihan perhatian ini. Aku cuma mahu meneruskan perjuangan aku sahaja, Harap maaf , permintaan anda tidak dapat di layan , harap maklum, terima kasih. beeeppp...


13.3.2011
Jam menunjukkan pukul 8.35 malam. Aku baru sahaja tiba di stesen keretapi zon N9. Manusia berlambak-lambak menuju ke destinasi masing-masing. Aku juga. Cuba membuat panggilan untuk pengesahan kem pentadbiran. 2 - 3 telegram aku hantar, yang berbalas cuma 1 sahaja. Aku tak gentar , tidak merasa sesat. Sektor N9 bukan asing bagi aku, ini kali ke-2 pihak atasan menghantar aku bertugas disini sebagai pegawai pemerintah kelas 1. Cuma , aku berharap yang komrand-komrand yang bakal bertugas dengan aku, adalah mereka-mereka yang bukan kategori anjing. selamat bertugas , good luck ??? good luck ? maaf saya tidak percaya pada luck walaupun anda berkali-kali mengucapkan good luck pada aku. Apa guna ada luck jika tiada usaha yang mengiringinya.


Nota Khas :

di kem zon N9/ Nabmeres , aku bertemu dengan 2 ADAM yang pada mulanya melayan orang dengan baik, Cuma lama-kelamaannaya. Belang sebenar 2 orang ADAM ini terserlah. Tidak tahu menghormati orang yang meng orientate mereka pada awalnya. Tak sedar diri. Wah kau fikir aku nak terhegeh-hegeh mahu melayan kamu berdua ? maaf lah, kau tak pelawa aku pun aku tak kesah dan tak rugi. Cuma jelas pada kau berdua yang, kamu berdua tidak layak untuk menerima penghormatan dan penghargaan dari aku. Layan aku dan aku akan layan kau 5 kali ganda. Tak peduli kan aku , kau berdua dah tak wujud lagi dalam dunia aku.

0 Telegram Komen: