BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 5, 2011

Sekeping surat untuk SAHABAT

Bukan nak merungut, bukan nak menghakim kamu semua. Tapi aku mahukan kepastian. sudah sekian lama tahun demi tahun persahabatan kita jalinkan. Aku inginkan kepastian, sejauh mana kamu semua menghargai aku.

Aku tak pernah menganggap kamu semua hanya sekadar kawan ,atau teman , mahupun kenalan.
Jujur dari lubuk hati aku, kamu adalah sahabat aku. Sahabat gembira dan sedih. Macam yang kamu kata , 30 40 tahun lagi akan kekal , 30 40 tahun lagi bila tengok akan mengalir air mata. Aku mencemburui kata-kata kamu. Yang aku sendiri belum tentu lagi dapat capai tahap itu.

Aku menulis surat ini apabila aku terbaca sebuah cerita kawan ku ini. Lepas aku membaca cerita dia, aku mula terasa dan memikirkan tentang aku dan sahabat-sahabat aku. Apa yang patut di ubah , apa yang patut diperbaiki agar biar sampai 30 , 40 tahun akan kekal dan akan mengalir air mata ini.

suci hubungan persahabatan ini , cuma aku tak dapat nak buktikan. Aku rasa seperti aku tidak diperlukan dikalangan lima orang itu, aku fikir mereka gembira tanpa aku . Mereka masih akan seronok tanpa aku di sisi mereka. Aku tak dapat lihat apa logiknya mereka memerlukan aku. Itu yang aku rasakan . Jika aku salah...perbetulkan aku.

sekian , aku susun sepuluh jari memohon maaf jika selama ini aku hanya satu tambahan dikalangan kamu semua. Kekal atau tidak, aku tidak pernah melupakan doa ku untuk kamu semua dalam setiap solat ku. Amin~

sahabat-sahabat ini lah yang aku mimpikan akan kekal selama-lamanya.

1 Telegram Komen:

hani khalidah said...

abg besar..aku lagi tersentuh dgn cite ko tau..jgn sdih2..kte nk xnk kne bersabar je la kn..nnt ble da jaoh smua akn sedar kot..tp jgn risau..bkn 5 org 2 je kwn ko abg oii..ramai lg kwn2 ko yg menghargai ko tau :)