BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 9, 2011

My Best Friend is friend of my Enemy

Aku nak story skit pasal kawan baik ku kawan musuh ku jua, jujur aku cukup menyirap bila , kawan baik aku merupakan kawan kepada musuh aku. Mata aku rasa sakit melihat mereka sedang berdua-dua (walaupun duk tengah borak jer ), dalam hati aku mahu pisah kan mereka berdua.
Ini serius , walaupun dia kawan baik aku, aku cukup meyampah bila kawan aku berkawan dengan musuh aku. Kebencian tu macam tiba-tiba timbul dalam diri aku , macam awan hitam langit guruh. Kalau boleh, aku nak diorang berdua dipisahkan tak berjumpa. hahahah
Ya aku nampak kejam jahat , evil dan ditaktor autocrat dan perlbagai lagi yang haram atas bumi ni. Tapi peduli apa dengan semua itu, janji kawan baik aku tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan musuh aku.
Aku rasa macam kawan baik aku tikam belakang aku , tapi sayang pulak dengan kawan aku tu. Hmmm , adoi , apapa pun mereka tidak boleh berkawan. Ya aku jeles dengki dan cemburu , sebab dia kawan aku , gatal pulak berkawan dengan musuh aku , cish, maut nama nya.

Maka, aku cakap kat kawan baik aku tu, kalau kau still nak kawan dengan dia . Aku dengan baik hati dan sedikit berat hati , bagi lah, janji jangan depan mata aku kamu berdua membuat ona di depan mata aku, cish, maut namanya. Kalau kau nak mengedik ke apa ke , janji jangan denpan mata aku , aku benci , aku tak suka. hahahaha



(p/s : segala luahan hati di atas , adalah luahan perasaan ketika zaman jahiliah saya, sekarang saya sudah berjaya untuk mengawal perasaan itu dengan bijak nya, melalui cerita ini. Tiada apa-apa unsur moral pun , secara am nya. Ini lah perasaan kawan anda apabila anda berkawan dengan musuh kawan anda, pilihan terletak di tangan anda untuk menentukan situasi yang bakal berlaku seterusnya. TABIK !!! )

0 Telegram Komen: