BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 19, 2011

Kisah Lelaki Komunist Terakhir


" Tubuh di sini , Jiwa di sana "

Hampir 3 tahun di negeri sembilan , secara jujur. Sedikit pun aku tidak pernah tertarik untuk menetap di sana. Hati ku tetap berada di Kuala Lumpur. Mana tidaknya , dari umur seawal 3 tahun aku membesar di sini , merasa pahit manis untuk hidup di bandar metropolitan ini. Dari paling susah dan daif, hingga sekarang hidup senang lenang penuh nikmat. Syukur pada Maha Pencipta kerna rezeki yang dicurahkan keatas ibubapa ku begitu banyak sekali.

Walau sentiasa berada di negeri sembilan , setiap minggu ku pasti akan pulang ke rumah di Kuala Lumpur. Bukan apa, melepaskan rindu aku pada tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan , erti sebenar realiti dunia yang penuh kotor ini. Ya, dunia ini kotor, namun tetap ia masih ada suatau sudut yang bersih yang perlu sama-sama kita lihat dan hargainya. Bukan mahu menghina tempat-tempat lain, cuma di sini . Aku damparkan banyak kenangan-kenangan manis dan pahit. Adakalanya pedih untuk difikirkan. Syukur, semua itu membuatkan aku menjadi manusia yang lebih bijak dalam membuat pertimbangan , adakalanya aku juga menjadi bodoh, itu tidak dinafikan.

Seawal aku dan ibubapa ku menetap di Kuala Lumpur, hidup kami sangat susah. Pada awalnya kami menetap di Gombak. Rumah flat yang serba daif. Abah ketika itu sedang menyambung pelajaran nya di sebuah intitusi perhutanan di kepong. Hidup kami bersandarkan pada kuderat abah dan juga elaun pelajaran sahaja. Ada masa kami makan , ada masa kami hanya makan untuk mengalas perut. Jika sekarang aku ke Gombak, nescaya mengalir air mata ku mengenangkan kesusahan yang kami alami sewaktu itu. Duit di poket hanya rm 5 untuk seminggu, tidak mampu untuk menaiki bas pulang ke rumah. Maka , aku dan abah berjalan kaki dari pekan gombak pulang ke rumah di sri pinggiran. Abah sentiasa mengingatkan aku, jangan sesekali lupa yang kita pernah susah dahulu. Jangan mudah lupa dengan kemewahan sekarang. Itu aku tidak akan lupa kan selama-lamanya.

Beberapa tahun seterusnya, kehidupan kami makin baik, keluarga kami makin membesar. Lebih banyak cabaran yang kami hadapi. Di kuala lumpur ini, aku hidup bukan untuk senang, tetapi untuk kekal hidup bagi hari-hari seterusnya. We live to survive .

Sebab itu , apabila aku memasuki kehidupan kolej. Aku dapat lihat yang adakalanya aku hanyut dek keseronokan. Kawan-kawan baru di kolej buat peneman aku untuk berseronok. Cuba itu, cuba ini, semangat mahu mencuba semua itu membuak-buak. Yalah , zaman di mana ibubapa kita berada jauh, kita disini buat macam-macam benda tanpa pengetahuan mereka. Apa yang boleh aku uraikan , semua itu demi pengalaman. Abah pernah berpesan sewaktu aku tamat zaman sekolah. Kau nak cuba, cuba semua benda, baik jahat semua kau kena cuba, sebab bila dah cuba kau sendiri akan tahu baik buruknya. Cuma jangan sesekali kau amalkan.
Itu kata-kata yang aku pegang ,dan kata-kata itu juga buat aku jadi manusia pada hari ini. Sedih aku melihat kawan-kawan kolej yang terkena gelombang kejutan budaya. Aku khabarkan , zaman kejutan budaya aku ialah pada zaman sekolah lagi , bukan pada zaman kolej.

Pada ketika itu juga , kawan dan lawan tercipta. Kawan dan lawan jugalah yang buat aku sedar yang dalam dunia ini kita akan sentiasa berseorangan. Akan tetapi , syukur pada yang Maha Esa kerana mempertemukan aku dengan 7 manusia ini. Mereka adalah manusia yang aku panggil SAHABAT dunia akhirat, di mana suatu hari kelak bila bertemu akan mengalir air mata bila mengenangkan memori-memori lama. Tahukah anda Nur Ikhwanuddin ini akan kalah dengan 7 orang manusia ini ? Ya dengan mereka sahajalah, aku akan kalah. Kerana mereka kenal aku, dan aku kenal mereka. Setiap saat, aku impikan yang kami akan bersama-sama menikmati dunia pinjaman Maha Esa.Kerana mereka jugalah , setiap minggu aku tetap akan pulang demi bertemu dengan mereka. Kawan-kawan kolej tidak perlu kau ingat , sahabat-sahabat kau lah yang kau patut setiasa ingat dalam otak kau. Percayalah cakap aku, benda ini benar.
Kawan-kawan kolej hanya sekadar 3 tahun proses pembelajaran kau, tidak seperti sahabat-sahabat kau yang dari zaman kecil , zaman sekolah kekal kenal hingga ke hari ini dan dengan kehendak Maha Esa , mungkin sehingga zaman tua kelak.

Syukur, sehingga kini. Aku cukup beruntung untuk menjalani kehidupan yang dianugerahkan pada aku. Tidak sedikit pun aku merasa hampa, kerana aku banyak belajar dari setiap perjalanan kehidupan aku. Baik dan buruk , itu adalah pengajaran buat aku. Aku suka belajar dari sejarah , dan aku bukan bodoh untuk mengulanginya. TABIK !!!

0 Telegram Komen: