BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 12, 2011

Kenapa Communist ?


Kalau aku sebut perkataan "communist" ramai yang menganggap itu adalah sejarah hitam negara kita. Tak perlu diingati, kisah sedih rakyat kita, titik hitam yang memberi impak paling besar dalam sejarah negara kita.


Kawan-kawan aku selalu cakap, kenapa communist yang menjadi pilihan aku dari segi ideologi ? Communist tak percaya pada tuhan , Communist suka mengongkong rakyat dan menindas. Communist kejam, bertentangan dengan ideologi asal Democracy yang menjadi pegangan negara kita Malaya...eh dah tukar jadi Malaysia lah.

Satu benda yang buat aku tertarik pada ideologi kiri yang dibenci ramai ini ialah sumbangan mereka sewaktu kita di jajah oleh penjajah British. Eh ? sumbangan ? Hamjadah mana cakap Communist bagi sumbangan pada malaya time tu ? Jahanamkan negara adalah...


Jika kita berbalik semula pada sejarah sewaktu communist @ PKM ( Parti Komunist Malaya ) mengganas di tanah melayu ketika itu. Tak terfikir apa tujuan sebenar mereka ?
Aku rasa tak semua dari kita terfikir apa tujuan mereka sebenarnya, objektif sebenar mereka.

Anggota communist berbangsa melayu , beragama islam yang menyertai komunis seperti Mat Indera , Shamsiah Fakeh , Rashid Maidin , Abdullah CD dan sebagainya dalam Rejimen Ke-10 PKM , mereka berlatarbelakangkan agama.

Mereka menggadai nyawa demi menghalau penjajah British dari tanah melayu ini. Tiada kompromi dengan pihak penjajah!

Inilah dilema yang menganggu aku. British , dan seterusnya pihak-pihak yang berkuasa di negara nya , mengatakan tokoh-tokoh communist seperti Carl Marx , Lenin dan yang lain itu adalah pengkhianat , Hitam. Yang Putih adalah mereka-mereka yang berdiplomasi dengan British dan memerdekakan negara kita secara aman, tanpa pertumpahan darah. Yer ke, "tanpa pertumpahan darah" ??? setitik pun tidak ke ?

Jadi, persoalannya. Siapakah pejuang negara yang sebenarnya ? Tahun ini kita bakal menyambut kemerdekaan yang ke-54 tahun negara kita merdeka. Aku berasa pelik dan aneh , mengapa sejarah kita masih tidak mahu dilihat dengan jujur ?

Takkan tiada sisi putih dalam tokoh yang didakwa hitam ? Dan, takkan tiada sisi hitam dalam tokoh yang dianggap putih ? Bukankah , hitam melengkapkan putih , yang kiri melengkapkan yang kanan , cahaya melengkapkan kegelapan. begitu juga sebaliknya.

Mengapakah mereka tidak mahu mengakui hakikat sebenar , yang lawan yang mereka benci itu juga adalah perwira negara , cuma bagi aku mereka menggunakan jalan yang berbeza...
Perbezaan cara itu yang buat kita nampak jahat , nampak hina , nampak jijik, tak layak berada disini. Kenapa kita tidak melihat kedua-dua sisi dan kemudian baru kita menghakimi nya. Kenapa ? dalam dunia ni semua yang nampak baik adalah baik selama-lamanya ? Yang jahat adalah jahat selama-lamanya ? semua persoalan itu patut kita anak muda persoalkan.



(p/s : jika pendapat yang aku kemukakan ini agak bercanggah dengan persepsi kamu semua, aku tak kisah jika ia dipertikaikan, sama-sama kita lihat dari semua sudut dan berlaku adil dengan sesuatu pendapat, bukan menjadi anjing yang hanya mengikut tanpa menyoal, Tabik !!!)

0 Telegram Komen: