BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 9, 2011

Jumpa Hantu

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi mengikut waktu tempatan. Hari khamis malam jumaat , dua orang kawan baru jer balik dari melepak kat warung di hujung pekan nun di sana.

Dalam perjalanan ,
seorang nama Amar , sorang nama Rahim dua-dua kira dah tahap mengantuk nak balik rumah cari bantal. Katil dah seru kata orang, suruh tido.

Amar bukak cerita pasal hantu yang sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga pekan.Kira nya itulah hot story of the week kat pekan tu. Biasa internet ada tapi jarang guna sebab CC tu jauh.

"kata diorang , sekarang dah masuk mangsa ke 16 kena kacau dengan hantu tu", amar cakap.

"Iye ker ?" rahim sedikit takut.

"betul ",amar dengan yakin ya amat.

"sapa yang bagitaw kau mar ?" rahim tanya sebab nak cover takut dia.

"siapa lagi , En. Abu Usra... ala yang baru balik dari mesir tu...pakai serban putih tu lah. "kata amar sambil menunjukkan isyarat tangan yang mudah.

"Bukan En. Abu Usra tu belajar engineering ke kat mesir?" kata rahim

"ala , betul lah tu kalo dia yang cakap", kata amar teramat yakin nya.

maka, mangkuk berdua itu pun ter menerus berbual , sehingga melalui satu lorong yang gelap gulita non-light gitu.
Masa itu lah , tiba-tiba keadaan jadi seram sejuk. Bau wangi mula menusuk rongga-rongga hidung mereka berdua.

"weih , aku rasa lain macam nie," amar mula seram sejuk.

"me to ," kata rahim speaking english.

Tiba-tiba , muncul satu jelmaan lembaga yang menakutkan dan menyeramkan. Matanya merah , giginya tajam ada taring. Rambutnya mengerbang macam pontianak. Tetapi jelmaan itu bukan pontianak. Jelmaan seram yang dahsyat itu mula mengilai-ngilai. heeeeeeee heeeeeeeee heeeeeeeee heeeeeeee...sungguh seram.

Amar dan Rahim mula gelabah panik dan hampir pitam di situ.

"weih , cepat lah baca apa-apa ayat, kasi halau dia", kata Rahim pada Amar .

"ceh , time nie manalah aku nak ingat apa-apa, alif ba ta pun aku lupa", kata amar ketakutan.

Maka , Rahim pun menyanyikan sepotong rangkap lagu dari penyanyi Maher Zain. Walaupun tengah gelabah babi , first time jumpa hantu.

"insyaallah , insyaallah , your find your way aaa ~ " nyanyi Rahim.

Maka , jelmaan hodoh lagi menakutkan itu pun beredar dan hilang.

"fuh lega , lagu Maher Zain ni boleh jadi ayat pedinding rupanya ," kata amar dengan lega sekali.

Maka , nak dijadikan cerita . Mereka berdua selamat sampai ke rumah masing-masing dengan aman dan harmoninya. Tanpa diganggu oleh jelmaan hodoh itu lagi. Tamat lah cerita ini. Sekian.


( p/s : ini standard mentality orang melayu zaman kini. Kalau cerita pasal hantu , kecoh sungguh macam nak buat KLcc kat tengah-tengah laut pula. Kalau bab orang pakai serban , ada janggut skit ...itu dah kategori "beriman" dah, hmmm. Terus percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. Kalau hantu pula , betul ke hantu boleh di lihat ? aku percaya yang "mereka" ada disekeliling kita, cuma kita tak boleh melihat mereka sahaja. Ini siap boleh " mengambarkan " rupa paras hantu itu , hahahaha. Aduhai , kalau pasal ayat-ayat suci Al-quran. Mulalah nak main-main dan mempersendakan ayat suci itu. aduhai. melayu oh melayu , tulah seronok sangat tengok drama TV yang merepek-repek tu, tak masuk akal. Minda tak berkembang, Macam mana nak maju kalau asyik sangat menonton drama-drama TV yang merepek. Tolonglah...malu weih)

0 Telegram Komen: