BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 19, 2011

Kisah Lelaki Komunist Terakhir


" Tubuh di sini , Jiwa di sana "

Hampir 3 tahun di negeri sembilan , secara jujur. Sedikit pun aku tidak pernah tertarik untuk menetap di sana. Hati ku tetap berada di Kuala Lumpur. Mana tidaknya , dari umur seawal 3 tahun aku membesar di sini , merasa pahit manis untuk hidup di bandar metropolitan ini. Dari paling susah dan daif, hingga sekarang hidup senang lenang penuh nikmat. Syukur pada Maha Pencipta kerna rezeki yang dicurahkan keatas ibubapa ku begitu banyak sekali.

Walau sentiasa berada di negeri sembilan , setiap minggu ku pasti akan pulang ke rumah di Kuala Lumpur. Bukan apa, melepaskan rindu aku pada tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan , erti sebenar realiti dunia yang penuh kotor ini. Ya, dunia ini kotor, namun tetap ia masih ada suatau sudut yang bersih yang perlu sama-sama kita lihat dan hargainya. Bukan mahu menghina tempat-tempat lain, cuma di sini . Aku damparkan banyak kenangan-kenangan manis dan pahit. Adakalanya pedih untuk difikirkan. Syukur, semua itu membuatkan aku menjadi manusia yang lebih bijak dalam membuat pertimbangan , adakalanya aku juga menjadi bodoh, itu tidak dinafikan.

Seawal aku dan ibubapa ku menetap di Kuala Lumpur, hidup kami sangat susah. Pada awalnya kami menetap di Gombak. Rumah flat yang serba daif. Abah ketika itu sedang menyambung pelajaran nya di sebuah intitusi perhutanan di kepong. Hidup kami bersandarkan pada kuderat abah dan juga elaun pelajaran sahaja. Ada masa kami makan , ada masa kami hanya makan untuk mengalas perut. Jika sekarang aku ke Gombak, nescaya mengalir air mata ku mengenangkan kesusahan yang kami alami sewaktu itu. Duit di poket hanya rm 5 untuk seminggu, tidak mampu untuk menaiki bas pulang ke rumah. Maka , aku dan abah berjalan kaki dari pekan gombak pulang ke rumah di sri pinggiran. Abah sentiasa mengingatkan aku, jangan sesekali lupa yang kita pernah susah dahulu. Jangan mudah lupa dengan kemewahan sekarang. Itu aku tidak akan lupa kan selama-lamanya.

Beberapa tahun seterusnya, kehidupan kami makin baik, keluarga kami makin membesar. Lebih banyak cabaran yang kami hadapi. Di kuala lumpur ini, aku hidup bukan untuk senang, tetapi untuk kekal hidup bagi hari-hari seterusnya. We live to survive .

Sebab itu , apabila aku memasuki kehidupan kolej. Aku dapat lihat yang adakalanya aku hanyut dek keseronokan. Kawan-kawan baru di kolej buat peneman aku untuk berseronok. Cuba itu, cuba ini, semangat mahu mencuba semua itu membuak-buak. Yalah , zaman di mana ibubapa kita berada jauh, kita disini buat macam-macam benda tanpa pengetahuan mereka. Apa yang boleh aku uraikan , semua itu demi pengalaman. Abah pernah berpesan sewaktu aku tamat zaman sekolah. Kau nak cuba, cuba semua benda, baik jahat semua kau kena cuba, sebab bila dah cuba kau sendiri akan tahu baik buruknya. Cuma jangan sesekali kau amalkan.
Itu kata-kata yang aku pegang ,dan kata-kata itu juga buat aku jadi manusia pada hari ini. Sedih aku melihat kawan-kawan kolej yang terkena gelombang kejutan budaya. Aku khabarkan , zaman kejutan budaya aku ialah pada zaman sekolah lagi , bukan pada zaman kolej.

Pada ketika itu juga , kawan dan lawan tercipta. Kawan dan lawan jugalah yang buat aku sedar yang dalam dunia ini kita akan sentiasa berseorangan. Akan tetapi , syukur pada yang Maha Esa kerana mempertemukan aku dengan 7 manusia ini. Mereka adalah manusia yang aku panggil SAHABAT dunia akhirat, di mana suatu hari kelak bila bertemu akan mengalir air mata bila mengenangkan memori-memori lama. Tahukah anda Nur Ikhwanuddin ini akan kalah dengan 7 orang manusia ini ? Ya dengan mereka sahajalah, aku akan kalah. Kerana mereka kenal aku, dan aku kenal mereka. Setiap saat, aku impikan yang kami akan bersama-sama menikmati dunia pinjaman Maha Esa.Kerana mereka jugalah , setiap minggu aku tetap akan pulang demi bertemu dengan mereka. Kawan-kawan kolej tidak perlu kau ingat , sahabat-sahabat kau lah yang kau patut setiasa ingat dalam otak kau. Percayalah cakap aku, benda ini benar.
Kawan-kawan kolej hanya sekadar 3 tahun proses pembelajaran kau, tidak seperti sahabat-sahabat kau yang dari zaman kecil , zaman sekolah kekal kenal hingga ke hari ini dan dengan kehendak Maha Esa , mungkin sehingga zaman tua kelak.

Syukur, sehingga kini. Aku cukup beruntung untuk menjalani kehidupan yang dianugerahkan pada aku. Tidak sedikit pun aku merasa hampa, kerana aku banyak belajar dari setiap perjalanan kehidupan aku. Baik dan buruk , itu adalah pengajaran buat aku. Aku suka belajar dari sejarah , dan aku bukan bodoh untuk mengulanginya. TABIK !!!

Falsampah Komunist 6



" Jangan bijak terpijak,
Biar bodoh bersuluh"


manusia yang selalu fikir dia bijak , selalu akan mendapat kehinaan. Tetapi , manusia yang sentiasa merendah diri , selalu beroleh kejayaan. Logik , kita buat apa mau jadi poyo. Tak kemananya ke poyo an kau tu. Biar kita jadi humble , bertanya jika tidak tahu. peace !

Wednesday, March 16, 2011

Zon N9/ Nabmeres


16.3.2011
Dah masuk hari ke-4 aku dan komrand berjuang di medan tempur N9/ Nabmeres ini. Apa yang aku boleh cakap , penat dan sangat penat. Penat dengan kerjaya , penat dengan tabiat laku manusia serta penat melayan lawak-lawak manusia hipokrit. hahahah. Aku harap aku boleh adaptasi dengan keadaan sekeliling yang jahanam ini. Bukan mahu dilihat baik, tapi berperangai baik secara dalaman. Harus , perjuangan di medan tempur N9/Nabmeres ini sangat memenatkan.


15.3.2011
Hampir masuk hari ke-3 , aku berasa penat dan hilang arah tuju sebentar. Pihak atasan masih lagi belum secara sah nya memberikan preceptor kepada aku. Macam anak kambing tak kenal emak. Ikut sahajalah mana-mana kambing betina yang nampak bersusu, semata-mata mahu belajar selok belok dunia "management". Ingat mahu mula menulis kertas kerja, tetapi tiada guideline,tertangguh sebentar.


14.3.2011
Hari kedua aku di zon N9 , aku melihat kawan ku berkawan dengan musuh aku. Cukup anjing perangai mereka berdua. Aku meluat dan cukup jelik dengan mereka , cuba menarik perhatian. Hahaha , kelakar sungguh perangai mereka. Aku tidak membenci, cuma muak mahu melayan anjing-anjing yang ketagihan perhatian ini. Aku cuma mahu meneruskan perjuangan aku sahaja, Harap maaf , permintaan anda tidak dapat di layan , harap maklum, terima kasih. beeeppp...


13.3.2011
Jam menunjukkan pukul 8.35 malam. Aku baru sahaja tiba di stesen keretapi zon N9. Manusia berlambak-lambak menuju ke destinasi masing-masing. Aku juga. Cuba membuat panggilan untuk pengesahan kem pentadbiran. 2 - 3 telegram aku hantar, yang berbalas cuma 1 sahaja. Aku tak gentar , tidak merasa sesat. Sektor N9 bukan asing bagi aku, ini kali ke-2 pihak atasan menghantar aku bertugas disini sebagai pegawai pemerintah kelas 1. Cuma , aku berharap yang komrand-komrand yang bakal bertugas dengan aku, adalah mereka-mereka yang bukan kategori anjing. selamat bertugas , good luck ??? good luck ? maaf saya tidak percaya pada luck walaupun anda berkali-kali mengucapkan good luck pada aku. Apa guna ada luck jika tiada usaha yang mengiringinya.


Nota Khas :

di kem zon N9/ Nabmeres , aku bertemu dengan 2 ADAM yang pada mulanya melayan orang dengan baik, Cuma lama-kelamaannaya. Belang sebenar 2 orang ADAM ini terserlah. Tidak tahu menghormati orang yang meng orientate mereka pada awalnya. Tak sedar diri. Wah kau fikir aku nak terhegeh-hegeh mahu melayan kamu berdua ? maaf lah, kau tak pelawa aku pun aku tak kesah dan tak rugi. Cuma jelas pada kau berdua yang, kamu berdua tidak layak untuk menerima penghormatan dan penghargaan dari aku. Layan aku dan aku akan layan kau 5 kali ganda. Tak peduli kan aku , kau berdua dah tak wujud lagi dalam dunia aku.

Saturday, March 12, 2011

Selamat Berjuang Komrand


The Finale
14 . 03 . 2011



Bermula hari ini , Division 36th Imperial Infantry telah memulakan perjalanan ke Markas masing-masing untuk melaksanakan tugas dan misi terakhir setelah 3 tahun kempen perluasan pengaruh dan dominasi 36th Imperial Infantry.

Kali ini, misi terakhir ini memerlukan kejayaan bukan kegagalan. Kemenangan mesti dikecapi! Tiada maksud kalah , hanya menang dalam misi kali ini.

Komrand-komrand ku semua , Division 36th Imperial Infantry , selamat berjuang dan semoga perjalanan anda semua diiringi dengan doa dan laungan semangat. Pastikan kemenangan berada ditangan anda. Bawakan kemegahan pada Division 36 , dan buat musuh-musuh kita ingat selama-lamanya yang kita adalah terhebat!

Angkat senjata , penuhkan ilmu di dada , maju kehadapan , jangan gentar wahai komrand , ingatlah rakan seperjuangan mu berada di sisi mu. Bawa pulang kemegahan dan kemenangan. TABIK!!!


Kenapa Communist ?


Kalau aku sebut perkataan "communist" ramai yang menganggap itu adalah sejarah hitam negara kita. Tak perlu diingati, kisah sedih rakyat kita, titik hitam yang memberi impak paling besar dalam sejarah negara kita.


Kawan-kawan aku selalu cakap, kenapa communist yang menjadi pilihan aku dari segi ideologi ? Communist tak percaya pada tuhan , Communist suka mengongkong rakyat dan menindas. Communist kejam, bertentangan dengan ideologi asal Democracy yang menjadi pegangan negara kita Malaya...eh dah tukar jadi Malaysia lah.

Satu benda yang buat aku tertarik pada ideologi kiri yang dibenci ramai ini ialah sumbangan mereka sewaktu kita di jajah oleh penjajah British. Eh ? sumbangan ? Hamjadah mana cakap Communist bagi sumbangan pada malaya time tu ? Jahanamkan negara adalah...


Jika kita berbalik semula pada sejarah sewaktu communist @ PKM ( Parti Komunist Malaya ) mengganas di tanah melayu ketika itu. Tak terfikir apa tujuan sebenar mereka ?
Aku rasa tak semua dari kita terfikir apa tujuan mereka sebenarnya, objektif sebenar mereka.

Anggota communist berbangsa melayu , beragama islam yang menyertai komunis seperti Mat Indera , Shamsiah Fakeh , Rashid Maidin , Abdullah CD dan sebagainya dalam Rejimen Ke-10 PKM , mereka berlatarbelakangkan agama.

Mereka menggadai nyawa demi menghalau penjajah British dari tanah melayu ini. Tiada kompromi dengan pihak penjajah!

Inilah dilema yang menganggu aku. British , dan seterusnya pihak-pihak yang berkuasa di negara nya , mengatakan tokoh-tokoh communist seperti Carl Marx , Lenin dan yang lain itu adalah pengkhianat , Hitam. Yang Putih adalah mereka-mereka yang berdiplomasi dengan British dan memerdekakan negara kita secara aman, tanpa pertumpahan darah. Yer ke, "tanpa pertumpahan darah" ??? setitik pun tidak ke ?

Jadi, persoalannya. Siapakah pejuang negara yang sebenarnya ? Tahun ini kita bakal menyambut kemerdekaan yang ke-54 tahun negara kita merdeka. Aku berasa pelik dan aneh , mengapa sejarah kita masih tidak mahu dilihat dengan jujur ?

Takkan tiada sisi putih dalam tokoh yang didakwa hitam ? Dan, takkan tiada sisi hitam dalam tokoh yang dianggap putih ? Bukankah , hitam melengkapkan putih , yang kiri melengkapkan yang kanan , cahaya melengkapkan kegelapan. begitu juga sebaliknya.

Mengapakah mereka tidak mahu mengakui hakikat sebenar , yang lawan yang mereka benci itu juga adalah perwira negara , cuma bagi aku mereka menggunakan jalan yang berbeza...
Perbezaan cara itu yang buat kita nampak jahat , nampak hina , nampak jijik, tak layak berada disini. Kenapa kita tidak melihat kedua-dua sisi dan kemudian baru kita menghakimi nya. Kenapa ? dalam dunia ni semua yang nampak baik adalah baik selama-lamanya ? Yang jahat adalah jahat selama-lamanya ? semua persoalan itu patut kita anak muda persoalkan.



(p/s : jika pendapat yang aku kemukakan ini agak bercanggah dengan persepsi kamu semua, aku tak kisah jika ia dipertikaikan, sama-sama kita lihat dari semua sudut dan berlaku adil dengan sesuatu pendapat, bukan menjadi anjing yang hanya mengikut tanpa menyoal, Tabik !!!)

Falsampah Komunist 5



" Hati manusia macam lautan ,
Lagi dalam lagi GELAP "


Tuhan sahaja yang tahu apa yang ada dalam kegelapan hati manusia itu , makin diurai rahsianya , makin banyak kegelapan yang datang. Makin dalam , makin gelap kita sendiri mungkin tidak sedar.
Lebih baik kita ke permukaan lautan itu, agar cahaya masuk dan menerangi kegelapan dasarnya.

F**k Kau Jahanam



Kalau dah hidup tak de peradaban , memang perangai macam anjing lah. Kau dah lah datang dari hulu kampung , pastu buat pulak perangai cam sial. Perghhh , kat rumah kau mak bapak kau ajar kau suka-suka pegang anak dara orang ke ? Bodoh , perempuan yang kau pegang suka-suka kau tu kawan aku, aku sendiri tak pernah nak sentuh-sentuh dia . Yelah kau dengan awek kan dah pegang-pegang. Alahai , awek korangkan bukan islam yang pegang-memegang itu adalah normal bagi mereka. Kau dengan awek kafir kau tu boleh lah nak raba-raba ke apa je .Tapi member aku nie melayu, islam.

Setahu aku , budak-budak bandar macam aku nie yang sepatutnya dikategorikan sebagai "teruk", sosial lah, kaki ini , kaki itu, tak de adab lah. Tapi, budak kampung cam kau yang terkejut dek kejutan budaya luar nie lagi lah perangai tak de adab macam anjing jahanam. Dari mana kau ? Ooo...daerah beradat. huhuhu , beradat sangat lah buat member aku macam babi panggang kan ?

Kau dengan kawan kau sama jer , botak hodoh tak berotak. Suka-suka kau pergi angkat anak dara orang tu , pastu kau campak kat katil yang kotor tu. Depan orang ramai kau buat kat dia, kau tak fikir ke perasaan dia. maruah dia tercalar kau tau tak. Aku tau dia rasa macam babi panggang time tu, kawan-kawan dia duk gelak sakat. Kau seronok lah buat dia macam tu, sebab kau anggap perbuatan korang tu gurauan.

GURAUAN YANG TAK BERTEMPAT DAN MENGAIBKAN ORANG PEREMPUAN!!!

Kau buat muka tak bersalah korang tu cam taik kau tau tak. Bodoh gila kau , kau ingat bila kau angkat budak perempuan tu , kau fikir tak rasa ke betis ngan tangan dia ? Bodoh mak abah korang ajar korang ke adab ? mana boleh suka-suka sentuh perempuan. Oooo kau dengan geng-geng kau pun biasa la, pegang-pegang sentuh-sentuh. Sosial lah gitu. padahal korang dengan geng-geng korang tu kena kejutan budaya , budak kampong , tak tau adab !!!

Aku cadangkan korang mintak maaf dengan member aku tu, sebab ternyata kau orang dah mencalar maruah dia sebagai manusia dan sebagai wanita.


(p/s : aku tak rasa yang korang dan geng2 fucker kaorang baca apa yang aku tulis, tapi aku akan pastikan yang korang baca, dan sedar perangai anjing korang tu. Kalau korang nak marah, aku tak kesah sebab aku tak suka perbuatan korang pada member aku .)

Thursday, March 10, 2011

Poem From The Dark Side


Be my enemy from the start,
enemy of the enemy,
shall you despite my will.

From the darkness of the sun,
the ray of hell blush me vastly.

Kill me,
Burn me,
Crush me.

Enemy of the enemy,
you show me pain and misery,
thus, it just a pick of dust.

Nothing, hahaha

Your heart was build with a hole on it,
it cannot be filled with any other desire,
and it will not be finish!

Enemy of the enemy,
throw me into the abyss of hatred.

Promised by the oath,
You will be living like hell,
as I am enemy of the enemy.

Wednesday, March 9, 2011

PoserRisism

Aduhai , dan dan lah time nak dekat exam nie. time nie lak nak lagak rajin pula. Join study group lah, join revision lah, cam poser dowh. Bukan nak mengatalah. Aku cakap apa yang aku tengok jelah , mata aku bukan rabun macam kau. Kalau sebelum nie, takde pula nampak batang kepala korang nak join benda-benda ilmiah nie.

Bukan ke aktiviti harian korang ialah lepaking , ketawa-ketawi , bersosial antara laki dan perempuan dan kehidupan hu ha hu ha lah gitu. Benda-benda nie semua kan korang letak tepi dulu. Yelah , kita enjoy!
Korang sangat-sangat HIPOKRIT dowh, dah lah poser. Kalau dari hulu kampung tu , buat lah macam budak kampung, tak yah nak poser-poser macam kau budak bandar. Serius korang macam budak tingkatan 1 yang baru nak UP.
Time nie pulak nak join benda-benda ilmiah nie, aku rasa korang dah insaf kot. Manalah tahu, cahaya keinsafan tu dah meyimbah kat korang, kah kah kah. Bukan nak jatuhkan korang lah, cuma korang nie pelik di mata aku. Aku suka tengok "golongang" poser cam korang nie.

hahahaha...lawak

Berjalan nak lagak gengster , muka kalau hensem tak pe gak, dada nak membindang. Kuat sangat ke korang nie ? sah sah , kepala aku pulak nak kau tunjak kan ? Korang sungguh Hebat, kah kah kah. Lawak-lawak , poser cam korang memang takde pendirian. Aku cukup berterima kasih dengan korang poser-poser ni sebab , dari korang aku belajar untuk "tak jadi" poser macam korang, kah kah kah.



(p/s : kalau dah "ulu" tu buat lah cari "ulu", jangan nak berlagak amerika sangat. Di kelas bertudung , di luar terbang tinggi ke udara tudung tu. Yang jantan, hahahah kalau dah muka macam jalan raya , takyah berlagak muka macam Zac Efron buleh x ? kah kah kah. Lawak...)

Jumpa Hantu

Jam menunjukkan tepat pukul 2.30 pagi mengikut waktu tempatan. Hari khamis malam jumaat , dua orang kawan baru jer balik dari melepak kat warung di hujung pekan nun di sana.

Dalam perjalanan ,
seorang nama Amar , sorang nama Rahim dua-dua kira dah tahap mengantuk nak balik rumah cari bantal. Katil dah seru kata orang, suruh tido.

Amar bukak cerita pasal hantu yang sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga pekan.Kira nya itulah hot story of the week kat pekan tu. Biasa internet ada tapi jarang guna sebab CC tu jauh.

"kata diorang , sekarang dah masuk mangsa ke 16 kena kacau dengan hantu tu", amar cakap.

"Iye ker ?" rahim sedikit takut.

"betul ",amar dengan yakin ya amat.

"sapa yang bagitaw kau mar ?" rahim tanya sebab nak cover takut dia.

"siapa lagi , En. Abu Usra... ala yang baru balik dari mesir tu...pakai serban putih tu lah. "kata amar sambil menunjukkan isyarat tangan yang mudah.

"Bukan En. Abu Usra tu belajar engineering ke kat mesir?" kata rahim

"ala , betul lah tu kalo dia yang cakap", kata amar teramat yakin nya.

maka, mangkuk berdua itu pun ter menerus berbual , sehingga melalui satu lorong yang gelap gulita non-light gitu.
Masa itu lah , tiba-tiba keadaan jadi seram sejuk. Bau wangi mula menusuk rongga-rongga hidung mereka berdua.

"weih , aku rasa lain macam nie," amar mula seram sejuk.

"me to ," kata rahim speaking english.

Tiba-tiba , muncul satu jelmaan lembaga yang menakutkan dan menyeramkan. Matanya merah , giginya tajam ada taring. Rambutnya mengerbang macam pontianak. Tetapi jelmaan itu bukan pontianak. Jelmaan seram yang dahsyat itu mula mengilai-ngilai. heeeeeeee heeeeeeeee heeeeeeeee heeeeeeee...sungguh seram.

Amar dan Rahim mula gelabah panik dan hampir pitam di situ.

"weih , cepat lah baca apa-apa ayat, kasi halau dia", kata Rahim pada Amar .

"ceh , time nie manalah aku nak ingat apa-apa, alif ba ta pun aku lupa", kata amar ketakutan.

Maka , Rahim pun menyanyikan sepotong rangkap lagu dari penyanyi Maher Zain. Walaupun tengah gelabah babi , first time jumpa hantu.

"insyaallah , insyaallah , your find your way aaa ~ " nyanyi Rahim.

Maka , jelmaan hodoh lagi menakutkan itu pun beredar dan hilang.

"fuh lega , lagu Maher Zain ni boleh jadi ayat pedinding rupanya ," kata amar dengan lega sekali.

Maka , nak dijadikan cerita . Mereka berdua selamat sampai ke rumah masing-masing dengan aman dan harmoninya. Tanpa diganggu oleh jelmaan hodoh itu lagi. Tamat lah cerita ini. Sekian.


( p/s : ini standard mentality orang melayu zaman kini. Kalau cerita pasal hantu , kecoh sungguh macam nak buat KLcc kat tengah-tengah laut pula. Kalau bab orang pakai serban , ada janggut skit ...itu dah kategori "beriman" dah, hmmm. Terus percaya bulat-bulat tanpa usul periksa. Kalau hantu pula , betul ke hantu boleh di lihat ? aku percaya yang "mereka" ada disekeliling kita, cuma kita tak boleh melihat mereka sahaja. Ini siap boleh " mengambarkan " rupa paras hantu itu , hahahaha. Aduhai , kalau pasal ayat-ayat suci Al-quran. Mulalah nak main-main dan mempersendakan ayat suci itu. aduhai. melayu oh melayu , tulah seronok sangat tengok drama TV yang merepek-repek tu, tak masuk akal. Minda tak berkembang, Macam mana nak maju kalau asyik sangat menonton drama-drama TV yang merepek. Tolonglah...malu weih)

My Best Friend is friend of my Enemy

Aku nak story skit pasal kawan baik ku kawan musuh ku jua, jujur aku cukup menyirap bila , kawan baik aku merupakan kawan kepada musuh aku. Mata aku rasa sakit melihat mereka sedang berdua-dua (walaupun duk tengah borak jer ), dalam hati aku mahu pisah kan mereka berdua.
Ini serius , walaupun dia kawan baik aku, aku cukup meyampah bila kawan aku berkawan dengan musuh aku. Kebencian tu macam tiba-tiba timbul dalam diri aku , macam awan hitam langit guruh. Kalau boleh, aku nak diorang berdua dipisahkan tak berjumpa. hahahah
Ya aku nampak kejam jahat , evil dan ditaktor autocrat dan perlbagai lagi yang haram atas bumi ni. Tapi peduli apa dengan semua itu, janji kawan baik aku tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan musuh aku.
Aku rasa macam kawan baik aku tikam belakang aku , tapi sayang pulak dengan kawan aku tu. Hmmm , adoi , apapa pun mereka tidak boleh berkawan. Ya aku jeles dengki dan cemburu , sebab dia kawan aku , gatal pulak berkawan dengan musuh aku , cish, maut nama nya.

Maka, aku cakap kat kawan baik aku tu, kalau kau still nak kawan dengan dia . Aku dengan baik hati dan sedikit berat hati , bagi lah, janji jangan depan mata aku kamu berdua membuat ona di depan mata aku, cish, maut namanya. Kalau kau nak mengedik ke apa ke , janji jangan denpan mata aku , aku benci , aku tak suka. hahahaha



(p/s : segala luahan hati di atas , adalah luahan perasaan ketika zaman jahiliah saya, sekarang saya sudah berjaya untuk mengawal perasaan itu dengan bijak nya, melalui cerita ini. Tiada apa-apa unsur moral pun , secara am nya. Ini lah perasaan kawan anda apabila anda berkawan dengan musuh kawan anda, pilihan terletak di tangan anda untuk menentukan situasi yang bakal berlaku seterusnya. TABIK !!! )

Monday, March 7, 2011

Falsampah Komunist 4


" When you speak to much , You sound very stupid "

payah juga kalau cakap saja yang banyak , isi tak de , no point. Bebel-bebel nak bagitahu kebenaran tapi kau sendiri duk putar-putar dan belit-belit ayat. Orang mahukan benda yang benar keluar dari mulut kau ,bukan nak dengar alasan dan bebelan kau yang tak de makna. Cakap direct , straight to the point, jangan nak putar-putar. Sebab , bila kau banyak sangat cakap , kau lupa apa yang sepatut nya kau bagitahu. Secara am nya , bila banyak cakap dengan kata-kata yang tiada makna , kau nampak begitu bodoh , kau sendiri yang membodohkan diri kau sendiri. Fikir dahulu apa yang nak kau katakan. Jangan melulu-lulu , cakap main sedap mulut.

Sunday, March 6, 2011

Lone Wolf


Final examination sudah hampir tiba dan tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk ke final. Aku rasa , sudah tiba masanya kita tidak bergantung pada orang lain selain dari kita sendiri. Mereka hanya membantu , tetapi bukan bersama-sama untuk berjuang dengan kita dalam final examination nanti. Aku dah tak boleh leka dengan ajakan yang tidak membantu apa-apa. Masa untuk keseronokan perlu diketepikan. Sudah tiba seluru tenaga dan konsentrasi perlu di padukan untuk persediaan menghadapi final nanti

Nampak seperti menyendirikan diri, nampak seperti memulaukan diri. Akan tetapi , aku rasa ia perlu untuk aku menyelamatkan diri aku. Keseronokan itu boleh dikemudiaan hari. Cuma aku perlu lengkapkan diri aku demi masa depan aku. Maaf lah , aku perlu bersedia bukan berseronok dengan kalian lagi. Perjuangan perlu diteruskan.

Saturday, March 5, 2011

Sekeping surat untuk SAHABAT

Bukan nak merungut, bukan nak menghakim kamu semua. Tapi aku mahukan kepastian. sudah sekian lama tahun demi tahun persahabatan kita jalinkan. Aku inginkan kepastian, sejauh mana kamu semua menghargai aku.

Aku tak pernah menganggap kamu semua hanya sekadar kawan ,atau teman , mahupun kenalan.
Jujur dari lubuk hati aku, kamu adalah sahabat aku. Sahabat gembira dan sedih. Macam yang kamu kata , 30 40 tahun lagi akan kekal , 30 40 tahun lagi bila tengok akan mengalir air mata. Aku mencemburui kata-kata kamu. Yang aku sendiri belum tentu lagi dapat capai tahap itu.

Aku menulis surat ini apabila aku terbaca sebuah cerita kawan ku ini. Lepas aku membaca cerita dia, aku mula terasa dan memikirkan tentang aku dan sahabat-sahabat aku. Apa yang patut di ubah , apa yang patut diperbaiki agar biar sampai 30 , 40 tahun akan kekal dan akan mengalir air mata ini.

suci hubungan persahabatan ini , cuma aku tak dapat nak buktikan. Aku rasa seperti aku tidak diperlukan dikalangan lima orang itu, aku fikir mereka gembira tanpa aku . Mereka masih akan seronok tanpa aku di sisi mereka. Aku tak dapat lihat apa logiknya mereka memerlukan aku. Itu yang aku rasakan . Jika aku salah...perbetulkan aku.

sekian , aku susun sepuluh jari memohon maaf jika selama ini aku hanya satu tambahan dikalangan kamu semua. Kekal atau tidak, aku tidak pernah melupakan doa ku untuk kamu semua dalam setiap solat ku. Amin~

sahabat-sahabat ini lah yang aku mimpikan akan kekal selama-lamanya.

Wednesday, March 2, 2011

Biawak Hidup yang Sentiasa Hidup

Taktala, masih wujud spesis "biawak hidup" dimuka bumi ini, walaupun gambar kat atas ialah gambar iguana. Bukan tak puas hati, tapi rasa pelik bila "biawak hidup" ini begitu bernasib baik sekali. Hidup atas kesenangan orang lain dan dia dalam keadaan selesa. Aku rasa "biawak hidup" nie sangat-sangat bertuah sekali dimuka bumi ini.

Hatta , segala perihal Makan minum ,perempuan bayarkan. Rokok , pow member yelah jarang beli ( x pernah beli ). Naik kereta orang isikan minyak, bila minyak kering .tumpang orang pula.Bila exam , wow kasi tengok sikitlah jawapan bang. Senang sungguh hidupnya. Tak perlu susah-susah nak kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Segalanya ditanggung 100% oleh orang lain. Kalau mak bapak tu kira ok lah, ini orang lain yang tanggungkan.

Walaupun, secara amnya. Orang tak perasan benda nie, wujudnya biawak hidup ni. Yelah kiranya memegang prinsip "tolong kawan". Sampai bila ? kalau dah dekat 2 tahun dan nak abis 3 tahun benda ni masih wujud lagi dan tak berubah. Nak tunggu sampai mati ke?
Bagus kalau tolong kawan, tapi sampai bila dia akan berdikari sendiri? Diri sudah besar dan matang (x matang pun ), dah kira wajib lah kalau pandai jaga diri.
Lagi-lagi dah jadi final year student. Kira kalau buat assignment tu boleh lah juga buat sendiri, kalau nak mintak tolong tu boleh sahaja, yelah tolong kawan. Tapi, kalau dah nama "group assignment" tu, apalagi berikan lah komitmet sikit. Ini, suruh buat tajuk tu, biawak hidup pun bagi balik tajuk tu dan beberapa ayat. Mana penerangan ? Mana pendapat ?. Bulat-bulat bagi benda yang asal , aku sendiri boleh Google internet cari.hahaha

Kalau nak dibawa berbincang pasal biawak hidup nie, lawak lawak. Sungguh lawak. Masih wujud lagi pada zaman moden globalisasi ni. Bila mau berubah kawan ? aku cakap kau melenting ? Tunjak kepala aku lah, pecahkan kepala aku lah. Sampai bila nak hidup senang dengan pertolongan orang lain, orang tolong kau. Kau pula tak tolong diri kau sendiri.
Bagi aku lah, kau seorang yang sangat-sangat bertuah dapat "kawan-kawan" yang boleh "tolong" (tanggung) kau sampai akhir hayat seekor biawak hidup. Aku cemburu sebab kau bertuah dan dapat menjimatkan diri kau sendiri. Malah, kau hidup lebih selesa dengan tuah kau tu. TAHNIAH ,DAN SELAMAT BERJAYA.



P/S: kalau kawan mati , siapa nak tanggung awak ??? hahahah