BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

Tahu Kah Anda ?

Tabik tahu kah? dah banyak blog, artikel , jurnal , akhbar dan esei singkat karangan pelbagai jenis individu dari pelbagai bidang dan taraf. Mereka memperceritakan tentang "kuasa pelajar" atau "student power". Ada yang begitu fanatik dalam memperjuangkan ideologi mereka tentang student power. Ada juga yang begitu realistik dalam memperjuangkan student power di tempat mereka. Malah ada juga yang tak tahu tentang student power.


persoalannya...

Mereka-mereka yang tak tahu itu. Adakah mereka sedar tentang kehadiran fenomena ini?
Bila aku tanya, jawapan nya agak mudah bagi mereka-mereka yang mediocrity iaitu :-

"biar je lah, tak payah nak sibuk-sibuk hal orang, ikut je kan senang"

ternyata mereka yang menjawap mengunakan jawaban sebegini mereka masih belum sedar yang mereka sedang ditindas, kita sedang ditindas, kau sedang ditindas, kamu sedang ditindas dan aku sedang ditindas.

Aku ada berbincang dengan kawan rapat aku tentang isu ini. Kami ada juga berselisih pendapat tentang apa itu student power. Kenapa ada orang yang memperjuangkan student power tapi perjuangannya nampak sia-sia.Pendapat member aku berbunyi kita kena ada unity bila memperjuangkan sesuatu dan disertakan dengan kesedaran.

Kesedaran yang macam mana? aku rasa kenapa sesetengah tempat belajar. Isu student power nampak sembam dan lembab. Sebab pada pendapat aku, diorang tidak sedar atau pun awareness tu tak ada. Mereka masih belum sedar yang mereka sedang ditindas.Tahukah anda yang anda sedang ditindas?

Ditindas oleh siapa? Isu ini bergantung pada apa yang berlaku pada korang. Kita mungkin ditindas pihak management, mungkin juga pihak berkuasa, juga mungkin pihak yang berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai student. Itu lah yang menjadi isu sebenar. Dengan ada nya isu, kita akan gunakan isu itu untuk membangkit kan student power untuk menyampaikan ketidakpuasan kita.

Apa yang aku cuba sampaikan. Adakah kita benar-benar sedar yang kita sedang ditindas? Adakah kita benar-benar bersedia untuk mengerakkan student power ditempat kita?

Hakikatnya, pendedahan terhadap student power masih belum meluas ke kolej2 dan universiti2 yang tersorok di celah hulu mana entah. Aku bukan study di UM , UiTm , UPM , HuKM atau mana-mana universiti dan kolej yang popular. Tempat belajar aku di tempat yang tersorok dari semua pendedahan tentang student power. Itu yang membuatkan student di sini masih belum sedar tentang student power.

Bukan mahu mengeluh, cuma aku seru kepada semua student, agar sedarlah yang kita sedang ditindas untuk mengerakkan student power. Harapkan student body? huh, sampah!

2 Telegram Komen:

Paradox Studio said...

Every single thing what you really wanna to do, please make sure, it was proven in BLACK & WHITE proof ... Otherwise, what ever came out from your mouth means nothing ... Trust my word ... And also make sure, please done it by follow the hierarchy system ... e.g student > group presiden > lecturer incharge > program coordinator > dean programme > principal > CEO .... Or, if you really eager to jump off this hierarchy, please put "CC" in every each single your letter k ... :)

Ikhwan Komunist said...

kerenah birokrasi.
apa guna medium yg disediakan hanya sekadar melambatkan dan mengekang.