BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 26, 2011

Revolusi`11

Apa yang kita rancangkan , tidak semestinya akan terlaksana dalam masa satu malam. Ini satu rangka rancangan jangka panjang. Aku masih meletakkan harapan tinggi terhadap rancangan ini. Aku masih berharap yang perubahan ini berlaku didepan mata aku. Benda yang lama patut diperbaiki dan diperbaharui agar jadi lebih baik, jika tidak sempurna pembaharuan itu. Aku rasa ia cukup puas dan berbaloi dengan segala usaha-usaha mereka yang cubaa melakukan pembaharuan itu.

Cuma , sentiasa ingat benda ini bukan perlu dilakukan dengan tergesa-gesa , ramai yang tidak puas hati bila rancangan ini seperti terlalu lembab. Mereka mahu ia terlaksana dengan segera. Hakikatnya , kita sendiri belum bersedia untuk melaksanakan rancangan ini dan menghadapi apa sahaja benda yang tidak dijangka kan akan berlaku.
Mungkin ia akan mengubah rancangan asal kita. Cuma ,aku boleh cakap. Kita kena jujur untuk bawak perubahan itu dan sentiasa mengharap dengan harapan yang tinggi. Suatu hari nanti, pembaharuan ini akan berlaku.
Bukan untuk aku, tetapi untuk generasi akan datang nanti. Untuk adik-adik aku , aku tidak mahu mereka sengsara kerana ditindas , ditutup mulut agar tidak bersuara , digertak seperti budak hingusan. Aku mahu suatu hari nanti, pabila perubahan ini berlaku. Aku tidak mahu mereka berasa muak dan bosan dengan benda lama ini yang langsung tiada kemajuan dari apa sudut pun .Mereka adik-adik aku diberi layanan sama taraf hak nya seperti golongan-golongan lain. Mungkin untuk aku tidak kesampaian , tetapi untuk generasi baru akan rasa mereka harus menerima perubahan itu .Dalam hati aku, harapan itu masih ada dan kita lihat sahaja...



"Kerna , masih ada cahaya untuk esok yang akan menerangi kita"

0 Telegram Komen: