BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 17, 2011

Pasca Isu AIR.

Berlalu sudah 7 hari tanpa air di Srijasmin. Bermula 2 hari lepas, pihak management dan MPP telah membuat diskusi secara aman yang di sertai hampir semua ketua cohort dan group??? aku tak rasa semua ketua cohort dan group hadir waktu itu, tak de sebarang panggilan pun. Mujur lah setiausaha sulit aku bagitahu, kalau tidak ,tak dapat join salah satu meeting penting ini.

Perbincangan pasal isu air ini turut diselit dengan isu khabar angin dan "fitnah" yang tempias pada pihak management dalam medium-medium elektronik seperti Facebook dan Twitter .

Management berharap yang tiada lagi khabar angin dan "fitnah" akan keluar dalam medium-medium laman sosial tersebut. Aku pelik, benda yang betul dianggap khabar angin dan fitnah ? ternyata dari sudut negative nya isu air srijasmin ini, kami-kami dilarang unutk bersuara dan meng express kan ketidak puasan kami. Mungkin ada kata-kata kesat yang keluar tetapi itu bukan masalah nya dalam meng express kan ketidak puasan itu.Dari sudut positive nya, waktu itu lah aku tengok ramai yang mula sedar tentang kesilapan management. Pelik bila ada orang yang tidak nampak kesilapan mereka, bukan untuk menunding jari menyalahkan sesiapa, cuma kita kena semak balik cara kita meng manage sesuatu.

MPP pula, jangan lah perasan sangat yang "cuti seminggu ini dah lama kita orang plan". Maaf lah jika kasar sedikit bahasa aku, jikalau lah "dah lama plan" cuti seminggu ini. Aku ingin bertanya dan sila jawab. Kenapa baru hari ke tujuh jalan penyelesaian ini diambil, bukan ke sepatutnya semenjak hari pertama atau masuk hari ke empat MPP patut mengetengahkan jalan solution ini? Aku tak nampak releven nya dalam tindakan kau. Yang pasti dan perlu MPP buat ialah, perbaharui prestasi korang dan mula kan satu revolusi yang mengubah dan menghentikan isu-isu sebegini. Kita-kita kena beringat, pada masa akan datang pasti akan tiba isu yang mungkin lebih besar dari ini. Bagi aku , jika MPP masih ditampuk lama, cara kerja senyap dan smooth. Maaf lah itu adalah taktik yang aku rasa tidak bagus, cara pimpinan yang kurang effective . Kami-kami student ini banyak isu, cuma MPP sahaja lah yang menjadi tempat mempertahankan HAK STUDENT seperti kami-kami. Jangan sampai kami-kami , mereka-mereka dan semua-semua ini gertak agar bubarkan MPP. korang juga yang malu, dalam sejarah kena gertak agar dibubarkan. SEKARANG, buat satu revolusi yang memperkasakan student.

Aku dah bosan, muak dan jelik menjadi mangsa pada pihak management. Walaupun berkenaan isu air srijasmin ini korang bagi cuti seminggu. Dalam masa seminggu itu lah kami-kami bagi masa untuk korang selesaikan masalah korang dengan pemaju dan Syarikat Air tentang isu air srijasmin. Aku cuma berharap yang ini akan selesai dan pada masa akan datang sila buat tindakan pantas.

Bagi student-student, tahun pertama , tahu kedua dan tahun terakhir. Aku seru kamu-kamu semua agar cepat-cepat lah sedar yang kamu ditindas, sedang ditindas dan mungkin bakal ditindas. Sedar tentang Hak Hak STUDENT yang wajib kamu dapat. Pertahankan hak kamu-kamu sekarang dan di masa hadapan. 3 tahun aku merasa kepayahan yang tak sepatutnya aku rasa, dan aku sendiri tak mahu adik-adik aku rasa. Cepat-cepat sedar tentang hak kamu dan mula bersatu untuk mempertahankan hak kamu-kamu! Hentikan benda-benda ini, muak dan lapuk. FAHAM TAK ??? Kalau faham kasi TABIK sikit, hahaha.



"REVOLUSI BAKAL BERMULA DENGAN KESEDARAN DAN KESATUAN"