BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 15, 2011

Mati Kerna AIR

Hampir 7 hari Srijasmin tidak dibekali dengan kemudahan air yang secukupnya. Tangki makin lama makin kosong, tangki baru sampai bila bertahan. Terkedek-kedek lah mereka-mereka mengangkat baldi berisi air ke tingkat masing-masing. Kalau di tingkat empat maknanya penatlah .Kami-kami ini turut sama sengsara hidup tanpa air. Kalau setakat 2 hari itu boleh kira tahan lagi lah, ini sudah masuk hari ke 7.

Mereka-mereka ramai yang tak puas hati, rasa diri menjadi mangsa. Bukan mahu persalahkan management, cuma tolonglah kami ini , tak mahu lagi jadi mangsa terus-menerus.
Maka, ada kami-kami ini yang mula bertanya...

Manusia yang bodoh sahaja akan tidak bertanya bila dia ditimpa masalah ,bila dia ditindas. Masalah sekarang isu air nie dah berlanjutan lebih dari 3 hari, cukup 3 hari dikira darurat, atleast pihak sepatutnya boleh beri cuti darurat pada kami-kami ini. Bagus lah kalau sediakan tangki simpanan air 2 bijik untuk kami. Tapi beringatlah, fikir panjang-panjang-panjang lagi yang sampai bila tangki air tu akan bertahan untuk memberi bekalan yang mencukupi? Kalau wanita-wanita kalau ikut standard wajib , mesti mandi atleast 3 baldi. Cari jalan penyelesaian yang betul-betul efektif dan berkesan untuk jangka masa panjang. Sekadar menangguhkan masalah buat apa?

Dalam isu air nie juga, MPP yang sepatutnya menolong untuk membela nasib kami-kami ini lebih mengetahui lebih dari kami. Dah masuk hari ke 7, baru lah terhegeh-hegeh nak buat perjumpaan dengan pelajar untuk cari jalan penyelesaian. MPP ni kalau digertak agar dibubarkan, baru lah terhegeh-hegeh nak buat kerja.Macam mana kami-kami di sini mahu terbela hak kami , sedangkan MPP sendiri macam haram tak buat kerja. Sudahnya tak buat kerja, lepas tu berlagak pula dengan kami-kami , mereka ingat mereka pegang jawatan tu boleh lah tak ambil peduli masalah kami. Isu air nie masalah kecil ke? MPP sepatut dah buat pengumuman awal pada hari pertama isu air ni bermula.Dah masuk hari ke 7, baru nak buat pengumuman, maaf lah semua dah terlambat. MPP patut cari satu konklusi jalan penyelesaian yang cepat dan berkesan, ini nak surat-menyurat lagi. LAMBAT, aku dah bosan dengan kerenah birokrasi MPP, lambat dan senang untuk menyekat surat kami. Aku tahu lah hieriaki yang korang amalkan :-

student > president group > lecturer > student body > student affair > coordinator > CEO

Jangan jadi bodoh MPP, bila masa pula lecturer masuk sekali. Apa guna buat MPP. Faham tak maksu MPP ??? majlis perwakilan pelajar dan ia berdaftar secara sah di bawah kementerian pengajian tinggi malaysia. Boleh pula, "kita tak boleh bertindak secara terburu-buru dan tidak profesional. Nanti kena black list dengan management > nanti tak dapat sponsorship , nanti kena bar dari exam". Semua ayat-ayat untuk berada di zon selamat dan condusive.

Pasal isu air ini, MPP boleh ambil remeh. Kalau takut sangat buat solution yang radikal. Kalau takut kena Bar dari exam , kalau takut kena black list , kalau takut tak dapat sponsorship. Maaf lah, saya sebagai seorang mangsa yang sedang ditindas dan sedar tentang hak saya, cadangkan agar MPP sekarang perlu ...

"BUBAR DAN LETAK JAWATAN KALAU PENAKUT SANGAT"

Isu air ini jangan lah dilanjutkan, ini banyak menjejaskan rutin harian student-student. Sampai bila lagi MPP nak kena guna cara lama ? ( surat , petitions ) . Lupakan semua kerenah birokrasi yang menyusahkan. Kami mahu suara kami sampai terus ke pihak atasan .Belajar dari kesalahan dahulu, belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang memimpin kita-kita dengan jayanya. Era baru , cara penyelesaian pun kena baru. Jadi lah pemimpin yang berlapang dada, bukan nya berlagak dan anggap kami-kami kita ini tak tahu situasi sebenar .Cara yang lebih drastik dan radikal mungkin adalah cara yang terbaik dalam menyelesaikan isu bekalan air ini. Sampai bila nak ikut cara sebagai seorang penakut di zon selamat ? 3 tahun aku di tempat ini, aku tahu dan aku sedar, suatu hari nanti. Mereka-mereka, Kami-kami , Kita semua-semua ini akan mula bersuara untuk menegakkan hak kita! revolusi yang kami nantikan tak juga sampai , akan tetapi dalam proses untuk menrevolusikan tempat ini.Aku tak mahu mati kerna air...

"Unify , Diversity . Functioning as one body"


(p/s : pemimpin yang penakut patut ditempak - komunistkata)

2 Telegram Komen:

fify said...

betol ! student byk kene tindas. sangat setuju dgn setiap ayat kat atss :)

M Y S H I said...

wah betul tuh MPP kena la buat kerja!!!