BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 23, 2011

Mari berIDEOLOGI kawan-kawan

Arankian , masa ke masa . Zaman makin berubah . Pemuda dahulu kala bukan seperti sekarang. Makin lama makin maju. Bukan minda sahaja , pengetahuan juga. Aku banyak melihat senario zaman sekarang dikalangan orang muda-muda ialah... Aku rasa mereka semakin pandai berideologi. Pelbagai ideologi-ideologi yang terdahulu di adaptasikan kepada diri mereka.


Aku tahu , dalam duniawi kita ini ada pelbagai ideologi-ideologi yang manusia cipta. Pada pendapat aku, ideologi tercipta apabila manusia menghadapi sesuatu permasalahan dan perbezaan dari segi prinsip individu tersendiri.

Aku banyak membaca material-material dari pelbagai sudut, tapi cara aku, aku akan guna dari dua skop pandangan. Dari skop pandangan agama aku dan dari sudut manusia itu sendiri. Aku rasa, amat perlu apabila kita dalam membuat sesuatu andaian. Kita kena pastikan yang ia tidak bercanggah dengan pegangan agama kita secara am nya. Jangan sesekali ia melanggar zat-zat tuhan itu sendiri. Kena ingat yang ideologi ini datang dari manusia yang mengadaptasi situasi dia. Seeloknya ia tidak bercanggah dengan yang Maha Esa.

Banyak-banyak artikel, kepelbagaian ideologi yang dipamerkan antara yang popular dikalangan remaja muda mudi zaman moden abad ke-21 ini ialah democracy , liberalism , socialism , communism , Islam ism , dan pelbagai lagi ideologi-ideologi yang diberi nama berdasarkan fahaman politik , nama ahli falsafah dan agama.

Aku berpendapat, kebanyakan remaja memilih untuk berpegang pada salah satu ideologi-ideologi yang tercipta walaupun negara malaysia ialah berdasarkan ideologi demokrasi. Adalah kerana mereka telah hilang kepercayaan terhadap demokrasi itu sendiri dan merasa ideologi selain ideologi asal itu adalah lebih baik untuk mereka dan menyelesaikan masalah yang mereka rasai.

Hakikat, aku tidak rasa yang kita kena terima bulat-bulat ideologi asal negara kita kerna kita ada hak untuk mengideologikan diri kita asalkan ia tidak bercanggah dengan agama kita sendiri secara amnya.

lebih elok aku digelar communist atau anarki , daripada aku digelar anjing yang hanya mengikut dasar demokrasi hipokrit ini. Cakap pada dasar asal , bukan hanya pada nama tapi tidak tulus pada asal ideologi tersebut.

Semua ini hanya pendapat sahaja , sangkal , kritik dan komen lah.

Kawan-kawan patut ada ideologi tersendiri, sebab itu tandanya kamu sudah matang dalam prinsip kehidupan kamu. Tidak salah untuk kita berpegang pada sesuatu ideologi yang kita rasa baik pada kita. Dari kita jadi minda sempit macam terkurung dalam kotak dan hanya ikut sahaja , buat apa ?tak maju diri kita sendiri. Kita memimpin diri kita bukan dipimpin orang lain yang sama tarafnya dengan kita di mata Sang Pencipta kita. Tabik !!!

0 Telegram Komen: