BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 17, 2011

Komrad Selamanya

Hampir 3 tahun aku membukukan perasaan ini. Baru sekarang ia nampak jelas tidak boleh ditutup lagi. Tidak boleh disembunyikan lagi.

Ini bukan cinta.
Ini bukan kebencian.
Tetapi ,ini adalah satu hukuman bagi aku untuk rasaainya.
Tidak dihargai.
Tidak dilayan ,malah aku dipinggirkan Seperti hanya aku seorang sahaja disini.
Mereka buat aku seperti tiada wujud. Kewujudan aku dikalangan mereka seperti habuk yang berterbangan.Aku tidak diperlukan oleh mereka.

Aku mula berfikir ,
perlukah aku bertanya kepada mereka kenapa mereka menghukum aku sebegini?

perbezaan rupakah ?
perbezaan agamakan ?
perbezaan warna kulitkah ?
perbezaan ideologikah ?
perbezaan minatkah ?
perbezaan bentukkah ?
perbezaan bangsakah ?
perbezaan bahasakah?

mereka tidak memerlukan aku. Mungkin kerna perbezaan.
Jadi ,aku juga tidak memerlukan mereka. Hanya sekadar menyapa aku demi satu pertolongan. Datang kepada ku hanya kerna sebatang rokok. Kamu semua datang kepada aku hanya demi sesuatu.

Apabila tiada apa yang kau perlukan. Aku kembali tidak diperlukan. Sampah.

Aku ingin bertanya adakah in yang kamu semua mahukan dari aku? menghukum aku sebegini ? Kau mahu aku terhegeh-hegeh pergi kepada kau dan bilang tolonglah jadi teman ku.
Maaf, aku mungkin sombong dan bongkak . Tetapi aku masih kenal antara maruah dan penghinaan. Aku tidak sesekali pun akan menyembah kau agar aku tidak keseorangan lagi.

Kau tidak memerlukan aku
dan Aku tidak memerlukan kau.
adil bukan ?


(p/s : aku olah semula cerita kawan aku ini , agar dapat dipertontonkan anda semua-komunistkata)

0 Telegram Komen: