BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 17, 2011

Kisah Si Pencuri API

PROMETHEUS

Mengikut mitos Greek dulu-dulu kala. Manusia ketika itu, hidup di bumi tanpa api. Di Olympus sahaja ada apa, kerna Zeus tidak mahu manusia dapat api. Lalu, suatu hari Prometheus berasa kasihan dengan manusia hidup tanpa api. Yelah, macam mana nak suluh time gelap, nak masak pun takde api. Maka , manusia hidup dalam kegelapan. Oleh kerna terlalu kasihan kan manusia. Prometheus dengan ikhlasnya mencuri api dari Olympus untuk diberikan pada manusia. Semua manusia masa itu mengangkat Prometheus sebagai hero mereka. Tetapi , Zeus selaku ketua Olympus tak puas hati sebab Prometheus bagi api pada manusia, ini sudah dikira melanggar undang-undang Dewa Dewi Olympus. Maka , sebagai ketua aku sungguh dominan , Zeus pun menghukum Prometheus dengan hukum yang berat.
Hukuman yang diterima oleh Prometheus ialah dengan di rantai pada batu besar dan setiap hari hatinya akan dimakan oleh seekor helang. Helang itu makan hati Prometheus setiap hari dan lepas makan hati prometheus akan tumbuh balik dan helang itu akan makan balik hati dia. Benda ini akan berulang-ulang setiap hari dan sengsara lah Prometheus dengan kesakitan yang hati dia kena makan untuk selama-lamanya.

Itu adalah sedikit olahan aku tentang mitos Prometheus si pencuri api yang simbolik pada kita sekarang. Simbolik yang macam mana? Kita diberi hak untuk menegakkan hak kita dan dalam masa yang sama. Akan ada pihak yang akan cuba menutup mulut kita dari mempertahankan hak kita. Kita akan ditindas, cuma persoalannya adakah kita akan bangun untuk mempertahankan hak kita agar tidak ditindas ? Biar hukum sebesar mana pun yang orang si penutup mulut kita bagi suruh kita senyap. Kita akan tetap mempertahankan hak kita sebagai manusia. Berhenti hidup dalam kegelapan kerna orang si penutup mulut itu mahu kita jadi bergitu. Lebih baik kita jadi si pencuri api, bagi harapan pada mereka-mereka yang lupa mereka masih ada hak untuk dipertahankan.
Mulakan revolusi seperti Prometheus, dia berani menentang Zeus demi mahu menolong manusia agar mereka tidak hidup dalam kegelapan lagi.

0 Telegram Komen: