BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 14, 2011

Air Oh Air~

Selama 3 tahun tinggal kat Mantin nie,ini lah first time terjadinya masalah bekalan air paip dihentikan oleh pihak bekalan air.

Hahah, maka seluruh warga Mantin mulalah merungut , mencaci , memaki , mengeluh dan hampa turut serta. Masing-masing mula gelabah badak mencari air, macam keli mengelupur atas darat cari kolam.

Asal masalah ini dari cerita-cerita yang kurang pasti. Ada yang mengatakan pihak pemaju lupa nak bayar bil air bulan pada pihak bekalan air national. Pihak management bayar bil air pada pihak pemaju , cuma yang lain-lain pihak selain kami lambat bayar pada pemaju. Nak jadi cerita, pihak pemaju terpaksa melewatkan pembayaran selagi pihak-pihak lain tu bayar bil air diorang.
Itu lah ceritanya, maka semua orang takyah mandi biar busuk masam. Management ada sediakan bekalan air simpanan, tapi cukup ke untuk gajah ,badak dan haiwan laut yang duduk 3 blok tu. Berkerah tenaga lah mereka mengangkut baldi ke tingkat masing-masing. Kalau yang tingkat 4 tu, hmmm sori lah, tak dapek den nak nolong. Angkek lah beldi ekau sorang2.kato orang nogori.

Yang bijak sikit, pergi lah masjid ke surau ke tumpang mandi.Ada juga yang lebih berani dengan mandi di kolej, hahaha itu yang paling daring sekali.
Walmaklumnya, masa-masa beginilah kita dapat merasa susah senang nya hidup tanpa air, betapa seksanya rasa tidak dapat mandi-manda dengan enak dan merasai kesegaran air sejuk hingga ke tulang.hahahah
Harap-harap, isu bekalan air yang diputuskan ini selesai secepat mungkin.

1 Telegram Komen:

Cik Fasya OK! said...

weyh xde air lg kew??...
ohh shiiiitt...mmg xley mcm neyh...
sakit jiwa kang!....
dieowg ckp ble nak ade air balik??