BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 20, 2011

Saya Pelanggan Awak

Hello, bila manusia dia pegang kuasa , manager ke, CEO ke boss ke , tauke atau mana-mana jawatan tinggi yang akan kau bawa ke kubur nanti pasti dengan lagak nya itu menindas orang yang di bawah terutama sektor swasta. Lebih specific dalam bab-bab Business . Tak kira apa bidang pun. pendidikan , perladangan , perindustrian atau mana-mana business yang pastinya dasar nya ialah :-


PELANGGAN@CUSTOMER ADALAH PEYUMBANG UTAMA KEUNTUNGAN SESEBUAH SYARIKAT ITU SELAIN MEMBUKA PASARAN KEPADA PENJUAL BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN .

Dalam situasi yang aku ingin ceritakan sekarang. Kepada student-student kolej,institusi,universiti swasta. Sila tahu yang anda sedang menerima perkhidmatan pendidikan di kolej ,institusi, universiti yang anda sedang belajar sekarang. Saya ulang, menerima perkhidmatan pendidikan. Dan siapa yang menyediakan perkhidmatan pendidikan itu? pihak penjual@ kolej, institusi ,universiti. Tanpa mengira kategori kerajaan atau swasta anda patut tahu hak anda sebagai pelanggan yang sedang menerima perkhidmatan pendidikan dari kolej, institut , universiti SWASTA.

Hakikat , realiti sebenarnya ialah lain dari yang lain. Pengajar yang ditugaskan untuk memberi perkhidmatan kepada penuntut telah lupa yang mereka sedang memberi@menjual perkhidmatan mereka dengan memberi pendidikan@ilmu kepada penuntut-penuntut. Jangan lupa itu ialah kolej,institusi,universiti SWASTA yang dimana ada pelajar yang membayar yuran pendidikan mereka secara peribadi (tanggungan sendiri) . Malah , ada juga yang ditaja (sponsorship) dari syarikat-syarikat awam dan yang paling common ialah bantuan pinjaman pendidikan kerajaan PTPTN (yang paling besar jumlahnya).

Biar aku , terangkan macam mana duit yuran kita menampakkan kita bayar mereka-mereka yang menindas pelajar-pelajar (kolej).

(1) yang bayar sendiri yuran belajar selalunya guna duit ibubapa nak bayar duit yuran tiap-tiap sem, dah tentunya duit ibubapa kita adalah kerna sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk beri pendidikan kepada anak diorang, insyallah anak itu akan membalas budi ibubapanya.

(2)Bagi yang diberi tajaan sponsorship pendidikan, syarikat atau badan yang menaja anda bererti membuat pelaburan jangka panjang, hakikat yang kita meminjam duit untuk sambung belajar, juga hakikatnya lagi suatu hari nanti kita akan mengantikan kembali duit yang dilaburkan pada kita. Sama ertinya kita membayar pihak kolej,institusi,universiti cuma pada masa akan datang.

(3) PTPTN pula, pinjaman pihak kerajaan = duit rakyat.Diguna kan untuk kita meneruskan pembelajaran kita di kolej,institut,universiti. Benar, ptptn memberi dana untuk kita membayar yuran setiap sem dan kita kena membayar kembali selepas tamat pengajian.Sama juga kita bayar balik kos pembelajaran selepas graduate.

Ke tiga-tiga point yang aku ujarkan terang-terangan menunjukkan kita sebagai pelanggan(student ) akan mengunakan duit kita untuk membayar kembali yuran kos pendidikan kita, cuma selepas kita tamat tempoh pembelajaran kita di kolej ( lepas graduate ). Juga , bagi yang terikat dengan kontrak kerna sponsorship ,tamat kontrak bererti kita sudah lengkap melangsaikan pinjaman kita dari syarikat itu. Bagi pihak kolej Swasta, jangan jadi buta sebab ternyata duit student juga yang akan digunakan untuk bayar balik yuran setiap sem yang korang tetapkan. Jadi??? ini bermakna kita bayar guna duit kita kepada pihak kolej swasta cuma lambat dan selepas tamat pengajian.

Nescaya , kepada pihak management @ lecturer @ professor yang anggap student nie masuk sambung belajar di atas simpati pinjaman PTPTN atau sponsorship .( ya ,kita tidak akan dapat meneruskan pengajian kita tanpa bantuan PTPTN @ Sponsorship ). Sila ubah tanggapan korang kerna kami masih lagi termasuk dalam aliran pembayaran untuk kos pendidikan kami yang juga digunakan untuk membayar gaji kamu-kamu yang mengajar kami ini. Tak ubah seperti seorang pelanggan (student ) dan penjual (lecturer ). SAYA PELANGGAN AWAK , KAMI PELANGGAN AWAK.

Hatta , aku berasa pelik yang lecturer - lecturer yang memegang PhD , Master , Doctorate masih lagi berasa berlagak , riak , sombong , menindas , menghina student-student dengan isu-isu pinjaman dan sponsorship. Ini kah perkhidmatan yang patut diterima oleh seorang pelanggan dari seorang penjual ? Tidak sama sekali, hak kami dicela, maruah kami dicalar.

Bijak tinggi mana pun, masih ada sedikit selirat-selirat kebodohan dalam otak intelek mereka. Kami student bukan nya bodoh atau jahil lagi, ini bukan zaman kamu-kamu belajar dahulu dimana minda kamu masih belum terbuka.

Sepatutnya , lecuturer tidak boleh mengugut student dengan menggagal kan student itu tanpa sebab yang munasabah logik akal. Kerana student itu cuba menegak kan hak dia sebagai pelajar. Lecturer telah memberi amaran kasar dengan akan mengagalkan student itu di dalam exam, malah mencalarkan maruah student dengan memperkotak-katik kan ibubapa student.

Ini ke kualiti pendidik masa kini ? Tak sangka, lecturer @ professor yang belajar tinggi-tinggi ada PhD ada master jadi orang yang sangat bodoh dan kejam serta menindas student. Bukankah sebagai seorang pendidik yang memberi perkhidmatan dalam bentuk pendidikan kepada pelajar sepatutnya menjaga pelajar (penerima perkhidmatan )yang diberikan olehnya.Lecturer bagi amaran pada student ? wooo macam gengster kalau lelaki takpe lah kasar macam tu, jika perempuan? ya Allah, jangan lah teruk sangat.

Tambah kata, kita sebagai student kena tahu hak kita sebagai student, jangan biar mereka-mereka yang berada dia atas kerana duit kita menguntungkan mereka. Tanpa student, Lecturer nak ajar siapa? Tanpa pelanggan siapa akan membeli jualan penjual ? Pelanggan bayar kepada penjual , penjual kaya kerana pelanggannya. Dalam ekonomi, bila jumlah pelanggan banyak , ini akan memberi keuntungan kepada penjual. kalau tidak rugilah. sama juga , dalam pendidikan , bila jumlah pelajar yang nak belajar dengan lecturer itu bermakna lecturer itu bagus, makin naik lah taraf lecturer itu sebagai pendidik.

Akhir kata, kepada mereka-mereka yang menganggap kami student-student ini boleh dibodohkan, ditindas , dihina celakakan. Beringatlah ,yang taraf perbuatan kamu-kamu itu sama seperti orang yang buta kerana tengelam dalam keriakan , kuasa . kesombongan.Nak kata bodoh tidak juga, bijak belajar tinggi-tinggi, sampai sukar untuk faham logik sebenar atau dah gila kuasa sangat, rasa hebat sangat lagak tuhan ke?



"Saya pelanggan awak , Saya bayar awak"

1 Telegram Komen:

Alin't said...

SETUJUUUUUU!!!!!!!