BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 27, 2011

Perempuan

Arankian , pabila Sita Dewi diculik Maharaja Rawana dari milikan Seri Rama. Maka, berpulun tenaga tulang empat keratlah Seri Rama pergi mendapatkan kembali Sita Dewi. Hatta, beribu-ribu laksama dan laskar-laskar pimpinan Seri Rama mati sewaktu menyerang Maharaja Rawana. Apa kah daya, beribu-ribu nyawa terkorban dalam perjalanan pergi mendapatkan semula Sita Dewi.


Justeru, dari petikan cerita hikayat Seri Rama di atas, perempuan bukan kaum yang kita boleh anggap lemah. Mereka tidak lemah, malah mereka boleh bagi kesan dan impak yang dalam bagi kaum lelaki. Sejarah sendiri telah terbukti yang perempuan lah pencetus peperangan.

Misalnya , kisah Tun Teja , walhal dia ialah tunang Megat Panji Alam anak raja sultan terengganu. Di bawa lari oleh Hang Tuah ke melaka buat sultan Mansur Syah. Maka, mengamuk lah Megat Panji Alam , lalu membawa 4000 askar untuk menyerang melaka. Namun , dia mati di bunuh Hang Jebat dan Hang Kasturi. Mati katak macam tu saja Megat Panji Alam, dah lah tak kawin lagi, mati kena bunuh dengan hang Jebat dan Hang Kasturi yang masuk campur. Semua kerana seorang perempuan. Seluruh keluarga Tun Teja mati dibunuh sultan pahang kerana murka atas perbuatan Tun Teja kawin dengan sultan melaka.

Hakikat, yang dari dahulu lagi perempuan ni boleh buat lelaki sesama lelaki bergaduh. Kalau ikut situasi member-member sekarang, kalau kita dengar cerita pasal kawan bergaduh sebab berebut awek itu dah kira biasa dan bodoh gak. Ada kes yang di sebab kan member sorang nie main mesej dengan awek ni, kawan kat sebelah pulak yang mengamok. Sebab perempuan boleh bergadoh? Malu kaum lelaki sejagat, mana setia kawan.

Perempuan oh perempuan, bila masuk dalam sekumpulan lelaki, mulalah nak ambil tampuk pemerintahan. Queen control pun ada, sampaikan bila secara azalinya kumpulan lelaki ini tanpa perempuan. Tiba-tiba di join pula oleh orang perempuan, maka setiap keputusan dalam kumpulan itu akan di ganggu oleh kaum perempuan. Aku pernah rasa benda nie, bila suatu ketika mau pergi melepak, yang perempuan-perempuan nya tak setuju mahu ke situ dan ke sana. Nak juga pergi ke sini tempat yang dia nak. Makam mood pun hilang lah sebab yang sorang nie tak gemar lepak situ mahal, yang sorang pula kata jauh sangat, yang sorang lagi kata tak fuction dowh lepak situ. hmmm terbatut lah sudah...

Senario yang paling latest aku hadapi ialah aku memang kurang minat dengan perempuan-perempuan gedik dan lelaki gedik. Tiba-tiba , member aku yang bodoh ini rupa-rupanya bersekongkol dengan perempuan-perempuan gedik ni. Mahu pergi makan, dan si bodoh ni bawak pula perempuan-perempuan gedik itu. Sumpah aku rasa begitu menjengkel kan dengan perangai-perangai mereka. Ganggu hubungan sesama kawan-kawan lelaki dan melambatkan. Fuck sungguh.

Perempuan-perempuan semua, tolonglah jangan menganggu aliran yang sedia ada. Sebab, lelaki ini aku anggap macam orang batu, berebut kan pasangan akan merosakkan masyarakat. Jadi, jangan lah kau orang ambil kesempatan kalau dah tahu lelaki ni macam orang batu. TABIK!!!



0 Telegram Komen: