BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 6, 2011

Komrand Sayap Kiri

The Culprits



Arankian ,
3 tahun empayar Komunist berkuasa di sektor N9 hingga ke Kampkraft Mantin ,kini ke Post Bakawali.Doktrin Komunist di bawah kepimpinan anarki terpilih Brigadier General Wan bersama-sama orang kanan nya dan setiausaha sulit komunist, bersama-sama menerajui 3 tahun kegemilangan empayar Komunist dalam meguasai minda, sosial, ideologi dan kehidupan rakyat jelata dibawah jajahannya. Tidak kurang juga dengan memori-memori naik turun Doktrin Komunist sepanjang 3 tahun yang penuh cabaran , dugaan dan perit sakitnya. Ramai musuh dicipta, Ramai lagi Komrand-komrand baru yang direkruit untuk menyertai sebuah revolusi di tanah jajahan Mantin.

Sepanjang 3 tahun, Doktrin Komunist telah merekruit ramai tenaga-tenaga baru untuk meyertai perjuangan ini. Hakikatnya , mereka telah membawa banyak perubahan terhadap empayar Komunist sendiri dengan jayanya. Ketaatan mereka tidak boleh di sangkal, kesetiaan mereka tidak boleh dipadam dan keberanian mereka bukan calang-calang.

Aku , sebagai Brigadier General yang memimpin 3 division iaitu : Division 41th Infantri Gempur , Division 36th sayap utara dan Division 66th elite Komunist unit. Di bawah pimpinan anarki terpillih ini, kejayaan telah banyak dikecapi dan masalah dapat ditangani. Walaupun begitu , Brigadier General Wan telah menubuhkan dengan rasminya satu unit khas, yang terdiri dari komrand elite yang dinamakan : The Culprits (Division 1st unit Gempar akta 6 ) yang terdiri dari 6 Komrand Komunist yang diketuai sendiri oleh Brigadier General Wan. Senarai nama Komrand-komrand yang menyertai unit Gempar komunist ialah :-

Squad Commander : Brigadier General Wan
2nd Liner attack : Oberst Nabil
Heavy blow ops : Oberst leutnant Ayie
Gunner ops : Oberst leutnant Arif
Flanker move : Oberleutnant Faez
Radio operator : Oberleutnant Haqim

Unit ini, dilengkapi dengan kelengkapan yang lengkap untuk setiap misi-misi dan operasi khas Komunist .Setiap dari anggota komrand ada lah yang terlatih dan berpengalaman di medan pertempuran.Objektif utama mereka ialah mengekalkan kekuatan Doktrin Komunist dan menghapuskan pembelot dan musuh-musuh Doktrin Komunist.Mereka juga dikenali sebagai Komrand sayap kiri dikalangan askar-askar komunist yang lain.

Tidak lupa juga musuh-musuh yang tumpas dan terkubur dengan ideologi yang bertentangan dengan Doktrin Komunist. Ini bagi menjamin kekuatan dan penguasaan penuh terhadap sektor N9, yang bermarkas di Mantin. Kita tanamkan dalam minda musuh kita dengan ketakutan dan tidak menunjukkan sebarang belas-kasihan.

Pada tahun ini, komrand-komrand yang masih berjuang, teruskan berjuang demi kegemilangan empayar Komunist dan tanamkan semangat untuk menjahanamkan musuh-musuh Komunist yang menganggu perjuangan kita. Angkat senjata anda dan maju kehadapan untuk menentang musuh-musuh kita. Lindungi tanah air kita dan luaskan jajahan kita agar maju empayar Komunist.Tabik!!!


"You are born as a communist ,
and you shall die as a communist"



(p/s : cerita di atas dikarang untuk tujuan hiburan sahaja dan tidak kena mengena dengan mana-mana komunist dan nama-nama yang terlibat tidak menyatakan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang sudah tiada. Ini hanyalah sebuah karya merepekpoyoimaginasi penulis blog ini, sekian terima kasih )

1 Telegram Komen:

U M A R A N A Q I'S mom said...

memang aku xley blah ar dgn ko punye klasikal ayat tuh....