BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Falsampah Komunist

"Persamaan buat kita nampak BODOH,
Perbezaan buat kita nampak BIJAK"



Aku maksudkan bila semua orang sama sahaja, kita tak akan berkembang dari segi pemikiran dan buah idea. Semua sama sahaja, tidak ada variasi. Sama juga dalam berkawan, kalau semua sekepala, itu baguslah. Tetapi, akan lebih baik jika ada yang setuju dan ada yang tidak setuju. Melalui variasi yang tercipta itu lah kita dapat berkongsi pendapat dan ideologi. Masing-masing akan ada pendapat masing-masing, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tolak tepi. Sama dengan konsep YIN dan YANG. Tarik dan tolak . Kiri dan Kanan .Baik dan Jahat.

Thursday, January 27, 2011

Perempuan

Arankian , pabila Sita Dewi diculik Maharaja Rawana dari milikan Seri Rama. Maka, berpulun tenaga tulang empat keratlah Seri Rama pergi mendapatkan kembali Sita Dewi. Hatta, beribu-ribu laksama dan laskar-laskar pimpinan Seri Rama mati sewaktu menyerang Maharaja Rawana. Apa kah daya, beribu-ribu nyawa terkorban dalam perjalanan pergi mendapatkan semula Sita Dewi.


Justeru, dari petikan cerita hikayat Seri Rama di atas, perempuan bukan kaum yang kita boleh anggap lemah. Mereka tidak lemah, malah mereka boleh bagi kesan dan impak yang dalam bagi kaum lelaki. Sejarah sendiri telah terbukti yang perempuan lah pencetus peperangan.

Misalnya , kisah Tun Teja , walhal dia ialah tunang Megat Panji Alam anak raja sultan terengganu. Di bawa lari oleh Hang Tuah ke melaka buat sultan Mansur Syah. Maka, mengamuk lah Megat Panji Alam , lalu membawa 4000 askar untuk menyerang melaka. Namun , dia mati di bunuh Hang Jebat dan Hang Kasturi. Mati katak macam tu saja Megat Panji Alam, dah lah tak kawin lagi, mati kena bunuh dengan hang Jebat dan Hang Kasturi yang masuk campur. Semua kerana seorang perempuan. Seluruh keluarga Tun Teja mati dibunuh sultan pahang kerana murka atas perbuatan Tun Teja kawin dengan sultan melaka.

Hakikat, yang dari dahulu lagi perempuan ni boleh buat lelaki sesama lelaki bergaduh. Kalau ikut situasi member-member sekarang, kalau kita dengar cerita pasal kawan bergaduh sebab berebut awek itu dah kira biasa dan bodoh gak. Ada kes yang di sebab kan member sorang nie main mesej dengan awek ni, kawan kat sebelah pulak yang mengamok. Sebab perempuan boleh bergadoh? Malu kaum lelaki sejagat, mana setia kawan.

Perempuan oh perempuan, bila masuk dalam sekumpulan lelaki, mulalah nak ambil tampuk pemerintahan. Queen control pun ada, sampaikan bila secara azalinya kumpulan lelaki ini tanpa perempuan. Tiba-tiba di join pula oleh orang perempuan, maka setiap keputusan dalam kumpulan itu akan di ganggu oleh kaum perempuan. Aku pernah rasa benda nie, bila suatu ketika mau pergi melepak, yang perempuan-perempuan nya tak setuju mahu ke situ dan ke sana. Nak juga pergi ke sini tempat yang dia nak. Makam mood pun hilang lah sebab yang sorang nie tak gemar lepak situ mahal, yang sorang pula kata jauh sangat, yang sorang lagi kata tak fuction dowh lepak situ. hmmm terbatut lah sudah...

Senario yang paling latest aku hadapi ialah aku memang kurang minat dengan perempuan-perempuan gedik dan lelaki gedik. Tiba-tiba , member aku yang bodoh ini rupa-rupanya bersekongkol dengan perempuan-perempuan gedik ni. Mahu pergi makan, dan si bodoh ni bawak pula perempuan-perempuan gedik itu. Sumpah aku rasa begitu menjengkel kan dengan perangai-perangai mereka. Ganggu hubungan sesama kawan-kawan lelaki dan melambatkan. Fuck sungguh.

Perempuan-perempuan semua, tolonglah jangan menganggu aliran yang sedia ada. Sebab, lelaki ini aku anggap macam orang batu, berebut kan pasangan akan merosakkan masyarakat. Jadi, jangan lah kau orang ambil kesempatan kalau dah tahu lelaki ni macam orang batu. TABIK!!!



Tuesday, January 25, 2011

I Knew Better


Aku kenal "kawan" kau tu lebih awal dari kau ,aku kenal "awek" kau lebih awal dari kau dan kami berkawan tak perlu lah rasa terancam sebab aku dah lama berkawan dengan mereka dan kau tak perlu mempersoalkan hak aku untuk menjalinkan hubungan persahabatan dengan mereka. Malah aku kenal mereka-mereka lebih dari kau kenal mereka. Bukan aku nak berlagak, tapi ini hakikat sebenar. Tak perlu nak jadi hebat lah dengan kenal mereka-mereka.

Monday, January 24, 2011

Nak Jugak

Hahhah , kelakar rasa nya bila tengok orang yang jenis suka ikut kawan ni. Kawan dia buat itu, dia pun nak ikut juga buat sama. Orang pegi situ, dia pun menyebok nak gi situ gak. Kalau perempuan itu takpe lah, ini lelaki yang berperangai macam tu. adoyai. Aku rasa dia jenis yang ikut apa yang kawan dia buat. Macam bodoh, tak sedar diri pula. Cuba lah jangan ikut apa yang orang buat, jadi diri sendiri kan lebih baik. Bukan nak membenci, tapi dah sampai tahap meluat bila orang lain tengok. Bak kata orang lama, tak kadar diri tu macam mana. Kalau berduit tu takpe lah, ini duit tak cukup mengada-ngada ikut juga. Orang melayan awek tu, dia pun nak ikut layan awek yang sama juga. Orang ada awek cina, dia pun nak awek cina juga. Kalau hensem takpa lah, ini itam muka cam jalan raya, hahahhah. Sudah lah weih, dah meluat tengok kau nie.Platipus!



"Ukur baju di Badan sendiri"

Thursday, January 20, 2011

Saya Pelanggan Awak

Hello, bila manusia dia pegang kuasa , manager ke, CEO ke boss ke , tauke atau mana-mana jawatan tinggi yang akan kau bawa ke kubur nanti pasti dengan lagak nya itu menindas orang yang di bawah terutama sektor swasta. Lebih specific dalam bab-bab Business . Tak kira apa bidang pun. pendidikan , perladangan , perindustrian atau mana-mana business yang pastinya dasar nya ialah :-


PELANGGAN@CUSTOMER ADALAH PEYUMBANG UTAMA KEUNTUNGAN SESEBUAH SYARIKAT ITU SELAIN MEMBUKA PASARAN KEPADA PENJUAL BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN .

Dalam situasi yang aku ingin ceritakan sekarang. Kepada student-student kolej,institusi,universiti swasta. Sila tahu yang anda sedang menerima perkhidmatan pendidikan di kolej ,institusi, universiti yang anda sedang belajar sekarang. Saya ulang, menerima perkhidmatan pendidikan. Dan siapa yang menyediakan perkhidmatan pendidikan itu? pihak penjual@ kolej, institusi ,universiti. Tanpa mengira kategori kerajaan atau swasta anda patut tahu hak anda sebagai pelanggan yang sedang menerima perkhidmatan pendidikan dari kolej, institut , universiti SWASTA.

Hakikat , realiti sebenarnya ialah lain dari yang lain. Pengajar yang ditugaskan untuk memberi perkhidmatan kepada penuntut telah lupa yang mereka sedang memberi@menjual perkhidmatan mereka dengan memberi pendidikan@ilmu kepada penuntut-penuntut. Jangan lupa itu ialah kolej,institusi,universiti SWASTA yang dimana ada pelajar yang membayar yuran pendidikan mereka secara peribadi (tanggungan sendiri) . Malah , ada juga yang ditaja (sponsorship) dari syarikat-syarikat awam dan yang paling common ialah bantuan pinjaman pendidikan kerajaan PTPTN (yang paling besar jumlahnya).

Biar aku , terangkan macam mana duit yuran kita menampakkan kita bayar mereka-mereka yang menindas pelajar-pelajar (kolej).

(1) yang bayar sendiri yuran belajar selalunya guna duit ibubapa nak bayar duit yuran tiap-tiap sem, dah tentunya duit ibubapa kita adalah kerna sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk beri pendidikan kepada anak diorang, insyallah anak itu akan membalas budi ibubapanya.

(2)Bagi yang diberi tajaan sponsorship pendidikan, syarikat atau badan yang menaja anda bererti membuat pelaburan jangka panjang, hakikat yang kita meminjam duit untuk sambung belajar, juga hakikatnya lagi suatu hari nanti kita akan mengantikan kembali duit yang dilaburkan pada kita. Sama ertinya kita membayar pihak kolej,institusi,universiti cuma pada masa akan datang.

(3) PTPTN pula, pinjaman pihak kerajaan = duit rakyat.Diguna kan untuk kita meneruskan pembelajaran kita di kolej,institut,universiti. Benar, ptptn memberi dana untuk kita membayar yuran setiap sem dan kita kena membayar kembali selepas tamat pengajian.Sama juga kita bayar balik kos pembelajaran selepas graduate.

Ke tiga-tiga point yang aku ujarkan terang-terangan menunjukkan kita sebagai pelanggan(student ) akan mengunakan duit kita untuk membayar kembali yuran kos pendidikan kita, cuma selepas kita tamat tempoh pembelajaran kita di kolej ( lepas graduate ). Juga , bagi yang terikat dengan kontrak kerna sponsorship ,tamat kontrak bererti kita sudah lengkap melangsaikan pinjaman kita dari syarikat itu. Bagi pihak kolej Swasta, jangan jadi buta sebab ternyata duit student juga yang akan digunakan untuk bayar balik yuran setiap sem yang korang tetapkan. Jadi??? ini bermakna kita bayar guna duit kita kepada pihak kolej swasta cuma lambat dan selepas tamat pengajian.

Nescaya , kepada pihak management @ lecturer @ professor yang anggap student nie masuk sambung belajar di atas simpati pinjaman PTPTN atau sponsorship .( ya ,kita tidak akan dapat meneruskan pengajian kita tanpa bantuan PTPTN @ Sponsorship ). Sila ubah tanggapan korang kerna kami masih lagi termasuk dalam aliran pembayaran untuk kos pendidikan kami yang juga digunakan untuk membayar gaji kamu-kamu yang mengajar kami ini. Tak ubah seperti seorang pelanggan (student ) dan penjual (lecturer ). SAYA PELANGGAN AWAK , KAMI PELANGGAN AWAK.

Hatta , aku berasa pelik yang lecturer - lecturer yang memegang PhD , Master , Doctorate masih lagi berasa berlagak , riak , sombong , menindas , menghina student-student dengan isu-isu pinjaman dan sponsorship. Ini kah perkhidmatan yang patut diterima oleh seorang pelanggan dari seorang penjual ? Tidak sama sekali, hak kami dicela, maruah kami dicalar.

Bijak tinggi mana pun, masih ada sedikit selirat-selirat kebodohan dalam otak intelek mereka. Kami student bukan nya bodoh atau jahil lagi, ini bukan zaman kamu-kamu belajar dahulu dimana minda kamu masih belum terbuka.

Sepatutnya , lecuturer tidak boleh mengugut student dengan menggagal kan student itu tanpa sebab yang munasabah logik akal. Kerana student itu cuba menegak kan hak dia sebagai pelajar. Lecturer telah memberi amaran kasar dengan akan mengagalkan student itu di dalam exam, malah mencalarkan maruah student dengan memperkotak-katik kan ibubapa student.

Ini ke kualiti pendidik masa kini ? Tak sangka, lecturer @ professor yang belajar tinggi-tinggi ada PhD ada master jadi orang yang sangat bodoh dan kejam serta menindas student. Bukankah sebagai seorang pendidik yang memberi perkhidmatan dalam bentuk pendidikan kepada pelajar sepatutnya menjaga pelajar (penerima perkhidmatan )yang diberikan olehnya.Lecturer bagi amaran pada student ? wooo macam gengster kalau lelaki takpe lah kasar macam tu, jika perempuan? ya Allah, jangan lah teruk sangat.

Tambah kata, kita sebagai student kena tahu hak kita sebagai student, jangan biar mereka-mereka yang berada dia atas kerana duit kita menguntungkan mereka. Tanpa student, Lecturer nak ajar siapa? Tanpa pelanggan siapa akan membeli jualan penjual ? Pelanggan bayar kepada penjual , penjual kaya kerana pelanggannya. Dalam ekonomi, bila jumlah pelanggan banyak , ini akan memberi keuntungan kepada penjual. kalau tidak rugilah. sama juga , dalam pendidikan , bila jumlah pelajar yang nak belajar dengan lecturer itu bermakna lecturer itu bagus, makin naik lah taraf lecturer itu sebagai pendidik.

Akhir kata, kepada mereka-mereka yang menganggap kami student-student ini boleh dibodohkan, ditindas , dihina celakakan. Beringatlah ,yang taraf perbuatan kamu-kamu itu sama seperti orang yang buta kerana tengelam dalam keriakan , kuasa . kesombongan.Nak kata bodoh tidak juga, bijak belajar tinggi-tinggi, sampai sukar untuk faham logik sebenar atau dah gila kuasa sangat, rasa hebat sangat lagak tuhan ke?



"Saya pelanggan awak , Saya bayar awak"

Monday, January 17, 2011

Abysmal Empire

The Admiral



As he lead his armada toward glory trough blood , iron and honor. Shall we follow ,he will make us the finest armada among the best of other army. The Admiral is our inspire toward our destiny ,that burn our spirit to win and winning everything. He is our honorary leader that was made to lead us. We shall give him our respect to serve him as always.


" Leader is a man that inspire and lead his people to Victory"



Beautiful Bride

The Beautiful Bride



Unified diversity
Functioning as one body
Every part encouraged by the other
No one independent of another
You're irreplaceable, indispensable
You're incredible,

Beautiful bride
One flesh abiding
Strong and unifying
Fighting ends in forgiveness
Unite and fight all division
Beautiful bride...

Strengthen your arms now
Train your fingers for battle
Urgency's here now
Train your fingers for battle
Fighting this violence
With your feet wrapped in peace
Sad tears and silence
Now screams of joy
Victory

We're not gonna fall and forget
How far You went to pick us up
If one part's hurt the whole body's sick
If one part mourns we all mourn with Him
Rejoice, we'll sing with you.



( I dedicate this to all my married friends , as you all are married at young age 20, I just hope it will be an eternal joy till death)

Sunday, January 9, 2011

Gurau Senda

la la la GURAU
aku suka bergurau dengan kawan-kawan
sometimes tidak kira masa kerna ini nak buat release tension waktu belajar.
usik usik sikit kawan-kawan yang muka monyok tu
tambah gula siki kat muka dia dengan gurauan manis biar mengula.
sama-sama gelak bila sama-sama terima lawak tu,
tapi-tapi kan ada orang yang tak suka dan marah.
sorry lah, aku bukan nak kacau hidup kamu.
marah dia bila aku bergurau pasal dia...amboi~
aku tak salah kan dia atau siapapun.
lain orang lain cara dia terima lawak tu.
tapi apa yang patut?
patut? apa patut?
happy kan diri anda dengan tenaga positif
buka minda kita untuk terima lawak orang itu.
so nanti kita happy :d
last sekali, sorry dan maaf lah jika salah bergurau dan bersenda dengan kawan-kawan semua.

"tak boleh gurau , duduk surau laaa"

Thursday, January 6, 2011

Komrand Sayap Kiri

The Culprits



Arankian ,
3 tahun empayar Komunist berkuasa di sektor N9 hingga ke Kampkraft Mantin ,kini ke Post Bakawali.Doktrin Komunist di bawah kepimpinan anarki terpilih Brigadier General Wan bersama-sama orang kanan nya dan setiausaha sulit komunist, bersama-sama menerajui 3 tahun kegemilangan empayar Komunist dalam meguasai minda, sosial, ideologi dan kehidupan rakyat jelata dibawah jajahannya. Tidak kurang juga dengan memori-memori naik turun Doktrin Komunist sepanjang 3 tahun yang penuh cabaran , dugaan dan perit sakitnya. Ramai musuh dicipta, Ramai lagi Komrand-komrand baru yang direkruit untuk menyertai sebuah revolusi di tanah jajahan Mantin.

Sepanjang 3 tahun, Doktrin Komunist telah merekruit ramai tenaga-tenaga baru untuk meyertai perjuangan ini. Hakikatnya , mereka telah membawa banyak perubahan terhadap empayar Komunist sendiri dengan jayanya. Ketaatan mereka tidak boleh di sangkal, kesetiaan mereka tidak boleh dipadam dan keberanian mereka bukan calang-calang.

Aku , sebagai Brigadier General yang memimpin 3 division iaitu : Division 41th Infantri Gempur , Division 36th sayap utara dan Division 66th elite Komunist unit. Di bawah pimpinan anarki terpillih ini, kejayaan telah banyak dikecapi dan masalah dapat ditangani. Walaupun begitu , Brigadier General Wan telah menubuhkan dengan rasminya satu unit khas, yang terdiri dari komrand elite yang dinamakan : The Culprits (Division 1st unit Gempar akta 6 ) yang terdiri dari 6 Komrand Komunist yang diketuai sendiri oleh Brigadier General Wan. Senarai nama Komrand-komrand yang menyertai unit Gempar komunist ialah :-

Squad Commander : Brigadier General Wan
2nd Liner attack : Oberst Nabil
Heavy blow ops : Oberst leutnant Ayie
Gunner ops : Oberst leutnant Arif
Flanker move : Oberleutnant Faez
Radio operator : Oberleutnant Haqim

Unit ini, dilengkapi dengan kelengkapan yang lengkap untuk setiap misi-misi dan operasi khas Komunist .Setiap dari anggota komrand ada lah yang terlatih dan berpengalaman di medan pertempuran.Objektif utama mereka ialah mengekalkan kekuatan Doktrin Komunist dan menghapuskan pembelot dan musuh-musuh Doktrin Komunist.Mereka juga dikenali sebagai Komrand sayap kiri dikalangan askar-askar komunist yang lain.

Tidak lupa juga musuh-musuh yang tumpas dan terkubur dengan ideologi yang bertentangan dengan Doktrin Komunist. Ini bagi menjamin kekuatan dan penguasaan penuh terhadap sektor N9, yang bermarkas di Mantin. Kita tanamkan dalam minda musuh kita dengan ketakutan dan tidak menunjukkan sebarang belas-kasihan.

Pada tahun ini, komrand-komrand yang masih berjuang, teruskan berjuang demi kegemilangan empayar Komunist dan tanamkan semangat untuk menjahanamkan musuh-musuh Komunist yang menganggu perjuangan kita. Angkat senjata anda dan maju kehadapan untuk menentang musuh-musuh kita. Lindungi tanah air kita dan luaskan jajahan kita agar maju empayar Komunist.Tabik!!!


"You are born as a communist ,
and you shall die as a communist"



(p/s : cerita di atas dikarang untuk tujuan hiburan sahaja dan tidak kena mengena dengan mana-mana komunist dan nama-nama yang terlibat tidak menyatakan mana-mana pihak yang masih hidup atau yang sudah tiada. Ini hanyalah sebuah karya merepekpoyoimaginasi penulis blog ini, sekian terima kasih )

Tuesday, January 4, 2011

Masterpiece 2010

Fareed Ahmad of Zafaralam
( The Masterpiece 2010 )


Arankian ,pada tarikh 29 December tahun 2010 beberapa hari sebelum datangnya tahun 2011. Encik Fareed merangkap Komrand Sayap Kanan aku. Tiba-tiba dia datang rumah memintakan sesuatu yang aku kurang pasti. Botak kan kepala aku, nyahkan semua helaian-helaian rambut aku yang panjang ini dari kepala aku yang sexy. Permintaan yang sangat-sangat buat aku bingung.

Akan tetapi, aku setuju dengan permintaan Encik Fareed. Maka, aku lancarkan operasi "Botaking" aku dengan menyediakan kelengkapan untuk membotakkan kepala dia. Semua kelengkapan sudah tersedia, mesin rambut sudah dipanaskan enjin, pisau cukur sudah ditajamkan bilah matanya.
"Sudahkah kau bersedia wahai Fareed Ahmad? ",ujar aku seorang komunist." Ah, buat je lah, banyak cakap lah! ", sebut Encik Fareed dengan nada suara yang memaksa-maksa. Dia gemar memaksa orang, tugas dia mungkin.

Namun, dalam hati ku hanya bersabar dengan dia yang berbadan besar itu. " siot, kalo badan ko kecik dah lama aku letak tumit atas dahi ko ", kata hati ku dalam diam.

Taktala ,dengan bakat kurniaan yang Maha Esa. Aku dalam proses menghasilkan karya seni membotakkan kepala orang dengan dedikasinya. Potongan yang pertama amat mendebarkan. Takut tersalah sodok dengan mesin rambut itu. Ini semua makan masa dalam 1 jam setengah dek kerana Encik Fareed asyik ambil gambar guna handphone dia masa rambut dia kena potong dan gunting. Agak menjengkel kan perbuatan dia itu, gemar ambil gambar guna handphone time orang buat kerja. 1 jam setengah masa yang diambil.

Masuk jam yang ke dua. Hampir separa kepalanya berambut pendek 1 cm. Hendak juga dia ambil gambar. Tak lupa, dia juga menyimpan rambut tocangnya yang dipotong sebagai kenangan. Malas cerita panjang. jam ketiga aku mula mencukur kepalanya dengan pisau cukur. Dua bilah pisau cukur tidak memadai. Makan masa juga hendak melicinkan kepala Encik Fareed. Semua dilakukan dengan berhati-hati secara professional. wow I like that word : professional.hahaha...

Akhirnya ! siaplah hasil "masterpiece 2010" aku, hasil seni yang terakhir buat tahun 2010! secara rasminya Encik Fareed telah botak licin kepalanya dan mendapat gelaran "pitbull" sempena nama penyanyi kesayangannya. hahaha. TABIK!!!
(p/s : kalo sesiapa nak botak boleh jumpa saya, free of charge, hahaha)

Tahun 2 0 1 1

2011 Tahun Keramat


Arankian, tahun 2011 sudah tiba akhirnya. Tahun yang di tunggu-tunggu oleh ribuan manusia yang masih tenggelam dalam dunia yang fana ini. Bagi aku, tahun ini ialah tahun aku mengakhirkan segala konflik dan konfrantasi Doktrin Komunist. Bukan hanya pengakhiran di sini , markas N9. Tetapi, permulaan untuk memperluaskan pengaruh dan dominasi Doktrin Komunist ke seluruh pelusuk bumi ini.

Tahun baru, datang dengan azam baru. Tahun ini cuci tangan dari darah. Tahun ini cuba mempertingkatkan kualiti dan kuantiti? Tahun ini cuba kurangkan depression dalam ceruk benuk cereberum aku. Mungkin jadi. Mungkin tidak itu tidak pasti. Cuma paling aku harapkan aku dapat mengeratkan lagi hubungan aku dengan semua komrand-komrand sayap kiri aku .

Sekali pun, tahun ini pengajian ku akan berakhir. Cuma yang pasti. Aku akan menrindui tahun 2010. Tahun yang amat bermakna untuk aku. Tahun yang penuh dengan suka duka pahit manis mengula, masam mencuka. selamat tinggal 2010. ku sekarang sudah bersama 2011. TABIK !!!