BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 19, 2010

Proses MembaikPulih



Baikpulih



Tempoh sebulan , macam yang bermain dalam lingkungan otak aku. Bukan sekadar imaginasi lucah , macam-macam benda yang aku fikirkan. Yang paling aku sedar ialah , segala kesalahan aku terdahulu mula datang kembali. Aku mula memikirkan ia. Setiap hari , setiap masa , setiap saat aku melakukan sesuatu. Ia makin lama makin membuatkan aku kusut. Hinggakan semua orang terdekat dengan aku mula menyedari yang aku telah hilang sesuatu. Sesuatu yang mengisi jiwa aku yang kosong. Bukan sebarangan kosong. Ia disi dengan kebencian dan dendam.


dalam jiwa aku
ada
dendam dan benci.

keluarkan mereka dari aku,

aku hampir jatuh kerna
dendam dan benci menari
dalam jiwa aku.

aku sudah penat,
aku sudah letih,
aku sudah muak,

semakin hari ia menjadi barah.

makin hari makin perit
seperti racun yang lama tidur
tiba-tiba bangun semula,

dendam dan kebencian.


hakikatnya , suatu hari nanti aku akan jatuh disebabkan dendam dan kebencian, dan aku tidak mahu semua itu. Aku mula berfikir yang ada masalah bermakna ada silap kita disitu. Benda yang silapnya dari kita dan kita tidak nampak dan menyedarinya. Aku akan baiki semua itu. Maafkan aku jika pernah menyakitkan hati kalian. Aku silap kerna tidak pernah nampak kesalahan itu. Tetapi, dendam aku masih tidak terbalas, kebencian aku masih terbakar marak. Aku hanya mahu ia berhenti. Diam jika perlu itu tidak bagus pada pendapat aku. Bila kita pendam, ia akan menjadi barah yang bakal merosakkan kita. Harap ia akan berhenti...




0 Telegram Komen: