BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 7, 2010

Pesta Pasca Perang

Pasca Perang c7/36

Arankian , selepas sepurnama Doktrin Komunist berperang habis-habisan menentang musuh, 1400 infantri terkorban, 1 pegawai kelas 1st terkorban, 10 kereta perisai hancur , kem musnah , dan banyak lagi kemusnahan dan kerugian ditanggung oleh Doktrin Komunist dalam peperangan c7/36 .Disember 6, pihak Doktrin Komunist menyerah kalah dengan pihak musuh, Brigadier Komunist menyerahkan medal jawatan general kepada pihak musuh tanda simbolik menyerah kalah secara rasmi.Namun ia bukanlah pengakhiran yang tetap dan selama-lamanya, akan ada balas-membalas tembakan!!!

Selama kita berkawan dalam sesebuah komuniti, kita buat kawan dan kita akan hasilkan beberapa orang musuh.Memang benar, tak semua orang setuju dengan kita, suka kita dan terima kita. Jadi,apa yang aku dan kau perlu buat? Terhengeh-hegen mencari kawan yang sebenarnya musuh kita? Bagi aku tak perlu semua itu...Pastikan anda tahu siapa kawan dan siapa lawan. Peperangan c7/36 berakhir dengan kekalahan sebuah misi yang merangkumi kejatuhan penguasaan Doktrin Komunist pada sektor Nabmeres.

Aku dah penat, ayat terakhir yang aku dapat luahkan. Hentikan semua ini dan aku mahu berehat. Aku tepikan semua dendam aku atas kekalahan itu dan aku padamkan api kemarahan aku. Sedar, aku sedar yang kekalahan aku disebabkan kebodohan aku sendiri. Tidak fikir panjang masa itu. Nyata, aku kalah kerna aku tidak sedar yang musuh sedang bersatu tenaga untuk menjatuhkan aku. Aku rela , kerna mereka bersatu berganding bahu menjatuhkan aku. Realiti ketakutan sebenar telah mencurah laju kemuka aku. Sedikit goyah, mengeletar jari jemari aku menahan serangan pihak musuh.Aku benar-benar takut waktu itu.

Hakiskan kebencian aku, hentikan semua ini. Aku takut ketika itu. Hakikatnya, aku boleh menghidu bau kebahayaan yang bakal belaku. Musuh mula menghantar wakil. Aku dapat rasakan akan ada sesuatu yang bakal belaku. Cuma aku pasti...kemenangan bukan hak mutlak aku ketika saat itu. Aku hanya bersedia, walaupun saat ketika kehadiran wakil dari pihak musuh itu sudah menempa ketakutan pada aku. Aku tidak puas hati, aku takut pada musuh yang berpangkat rendah. Maruah aku sebagai komander mula terasa dicabar. Tapi aku takut, benar-benar takut.

Ketika serangan bermula...keberanian aku bagaikan lilin di tiup angin bayu. Hampir tepadam, tetapi kekal kehangatannya. Aku cuba memberanikan diri aku menentang musuh, ia suatu yang bermaruah yang aku dapat kekalkan. Saat-saat genting berlalu agak perlahan. Aku mengigil, takut terasa sejuk menular kejari-jemari ku. Aku masih kuat melawan walaupun musuh menyerang dari setiap sudut.Nyata , aku bagai harimau tanpa taring , ada kuku tidak boleh mencakar. Bila ia akan berakhir?

Aku cuba melawan, dengan harapan. Kesakitan serangan musuh dapat ditangkis. Ia berhasil, aku selamat buat masa itu , lega...tapi berhati-hati. Saat makin genting dan aku diserang tanpa belas kasih sedikit pun. Karma aku bilang...Aku teringat yang peperangan sebelum ini aku tidak sedikit pun kasih pada musuh aku, semuanya kekejaman yang nyata aku semburkan. Sekarang , aku merasakan perasaan yang dahulunya aku yang sampaikan. Menyesal? tidak sekali.

Akhirnya , setelah berpadu tenaga melawan dan menangkis serangan musuh. Titik pengakhirannya bermula dengan pengumuman kalah. Aku berundur demi keselamatan Diri aku , yang lain dan kurangkan kemusnahan. Namun...yang pasti aku akan menyimpan kekalahan ini buat pengajaran pada diri ku dan yang lain-lain. TABIK!!!

0 Telegram Komen: