BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 8, 2010

Orang Tengah ( sisi Kanan )

Di manakah kedudukan anda ???


Arankian , bertempurlah antara dua doktrin terhebat era itu. Segala kekuatan ditunjukkan di medan tempur. Maka, berarak-araklah tentera kedua-dua doktrin itu ke medan tempur demi melunaskan kebenciaan masing-masing. Segala kekuatan dikumpulkan atas tujuan memusnahkan. Hatta, perjalanan mereka bertemu di sebuah tempat kecil aman damai. Dari arah kanan doktrin yang satu datang, dari arah kiri, doktrin yang satu lagi juga datang. Maka, kedua-duanya bertemu di tengah-tengah tempat kecil itu aman damai lokasi nya. Apa yang terjadi kepada tempat kecil itu selepas menemukan kedua-dua bala askar dua belah doktrin???

Al-maklum , sesudah 2 buah experiment dan observasi di buat atas keatas 2 sample-sample yang berasingan tentang isu orang tengah. Akhirnya ,Doktrin Komunist pun mengeluarkan report ini. Pertama , secara am nya, kita akan jadi orang tengah antara dua buah pihak secara ? sengaja , tak sengaja atau mangsa keadaan. Jadi orang tengah tugasnya ialah menyelesaikan sesebuah konflik .Selain itu juga, orang tengah jugalah sentiasa menjadi mangsa.Orang tengah kadang-kadang juga menjadi pembakar konflik antara dua belah pihak , jahat .Tetapi, apa sebenar peranan orang tengah itu adalah amat general jika kita bincangkan, luas skop bila kita cakap pasal orang tengah. Sama ada bila ada orang tengah konflik jadi aman atau bila kehadiran orang tengah ada, konflik makin merebak.

Aku ingin cerita satu situasi yang aku pernah lihat dan rasa suatu ketika dahulu. Dimana antara 3 orang "kawan" yang berjuang bersama-sama. Dua dari mereka bertiga tidak menyukai satu sama lain. Seorang tidak tahu yg A tidak suka C , manakala C tidak tahu A tak suka dia. Tetapi , B tahu yang A tidak suka pada C. Sekarang , B menjadi orang tengah diantara A dan C. Anda faham tak? aku gunakan A B C lah untuk mengambarkan situasi ini ok.

Sepanjang mereka bertiga bersama. A dan C memang tidak sebulu, tidak sependapat , A tak suka C. Manakala , C pun tak suka A.Hakikat sebenar dalam konflik ini. A cuba mengajak B untuk sama-sama tak suka C. Nampaknya, A cuba mendapatkan back-up untuk menang dalam konflik ini. C pula ,melakukan benda yang sama dalam situasi ini. Masing-masing nak berebut B bukan sebab dia popular atau sedap untuk didampingi, cuma B ialah pelengkap kemenangan dalam konflik antara A dan C.

Sebenarnya , kita tidak perlu fokus sepenuhnya pada A dan C, kerna yang paling penting sekarang. Apakah dilemma yang dirasa oleh B? perasaan dia diperlakukan oleh 2 belah pihak tersebut.Nyata , setiap bibik luahan hari B amat menyedihkan kerna setiap darinya datang dengan jawapan yang tanpa solusi. Dilemma yang paling mega sekali ialan perasaan berbelah bahagi yang dirasa orang tengah. Mana arah yang patut dia setujui, kiri atau kanan. Jika dia ke kiri yang kanan akan terbakar, jika dia ke kanan maka yang kiri pula yang terbakar. Dia tidak dapat menentukan pihak mana yang patut dia sokong. Sisi kanan berkata seperti ini, maka sisi kiri pula berkata sebegini. Pening kepala mana satu yang perlu di percayaai.

Sampai satu tahap, Dia sangat tension, darah tinggi , tekanan darah naik mencecah paras bahaya lebih dari norma biasa 120/60. Maka, dia mula menagihkan suatu titik perhentian. Salah A dan C kerna menjadikan B sebagai mangsa konflik mereka kerana dia berada tepat pada saat konflik itu. Itu yang menjerat B kedalam konflik mereka. Setiap hari, orang tengah sakit apabila cuba menjaga kedua-dua pihak. Sebelah sini nak kena jaga, sebelah sana pun nak kena jaga. Akhirnya , diri sendiri tidak terjaga. Makan diri lah dia jadinya. Setiap hari, perasaan berbelah bahagi makin kuat dan dia makin sengsara. Hatinya di mamah sedikit demi sedikit.Tanpa kesudahan. Buntu otak nya mencari penyelesaiaan. Bagi aku , sampai bila dia akan makan diri sebagai orang tengah?




" Diluah mati emak , Ditelan mati bapak "
( pepatah lama yang amat sesuai melambangkan orang tengah )

1 Telegram Komen:

mimie...... said...

smpai dye rase dye tak patut berada d c2....ngee