BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

Melawan Titan

Kisah Melawan Titan

Dalam cerita mitos greek, "Titan" ialah makhluk besar yang menguasai bumi sebelum wujudnya mitos dewa dewi Olympus.
Titan menguasai element seperti bumi , angin , api ,dan air.
Dengan kehadiran Titan, manusia ketika itu hidup dalam ketakutan. Tetapi, kekuatan Titan akhirnya dikalahkan oleh Dewa Dewi Olympus dalam satu peperangan yang dimenangi oleh Olympus dan serta merta mengangkat dewa dewi Olympus sebagai KEKUATAN baru selepas penguasaan Titan.

Bukan aku nak cerita pasal mitos yang terang-terangan tidak logik dan tidak masuk akal dengan kuasa-kuasa hebat mereka. Tapi ini satu metafora kepada lanjutan cerita aku.


3 tahun :
hampir tamat aku dengan pengajian aku dalam jurusan kejururawatan dan ia adalah perjalanan yang buat aku jadi kuat. Malah , setiap langkah ia diiringi dengan penindasan , kesengsaraan ,penipuan , konflik , konfrantasi. Akan tetapi , manisnya tetap ada, dengan komrand-komrand seperjuangan aku masih merasakan kegembiraan di celah setiap kesengsaraan itu.



Perlawanan 1 :
Aku dijanjikan dengan kemudahan yang lengkap dan prasarana yang sempurna , malah dengan suasana aman damai untuk belajar. Dari sini hingga ke annex, bangunan baru untuk pelajar-pelajar akan dibangunkan segera awal tahun ini. Ketika itu tahun 2008 bulan april. Aku ketika itu masih naif, bodoh dan gemuk. Aku ya kan aja, dan harap ia menjadi. Dah tiga tahun dan aku sudah mahu habis course aku. Tanah sahaja yang diratakan, tiang belum dipacakkan lagi. Aku tahu, ketika itu aku bodoh tapi bukan bodoh selama-lamanya wahai "Titan" yang maha kuat.

Perlawanan 2 :
Masih benda yang sama, tetapi aku mula faham denga rentak permainan "Titan" ini. Menawarkan benda-benda yang buat dia nampak GAH, tapi hakikatnya semua benda yang "Titan" tawarkan hanya palsu dan tipu yang paling besar. Kami semua bukan dari keluarga yang tinggal dalam banglo 4 tinggkat denga 2 orang bibik yang membantu dan ayah saya pandu Honda Accord pergi ke surau dan mak saya pakai rantai berlian bernilai 1.2 juta ringgit. Hakikatnya , kami orang yang sederhana sahaja ekonominya. Kami tahu, kolej swasta hak milik "Titan" ini diketuai oleh seorang nenek tua yang hanya memegang degree in nursing dan berlagak hebat kerana terlampau lama duduk diatas takhta yang konon nya dibuat dari emas. Sedangkan, kolej yang aku masuk ini langsung tidak dikenali ramai dengan prestasi pelajarnya yang cemerlang ??? 3 tanda soal aku bagi.

Perlawanan 3 :
Aku tahu, bapa "Titan" ini adalah sebuah syarikat corporate dari negeri johor yang sememangnya sentiasa menjana 1.5 billion setiap tahun. Janji ada 1.5 juta masuk yang dibawah ni buat tak-tahu saja lah, betul tak Datin? for sure duit you ada 1.5 juta every year...Aku bukan bodoh, kalau syarikat yang membuka cawangan hospital lebih dari 10 buah di semenanjung hingga ke sabah-sarawak dan juga negara-negara luar. Pasti , profit tahunan akan melangkau lebih daro 3 billion. Yang kejamnya, infrasturktur di kolej pegangan "Titan" hanya terdiri dari 2 auditorium, sebuah bangunan pengurusan 3 tinggkat sebuah bilik yang dijadikan perpustakaan ,sebuah dewan peperiksaan yang boleh dijadikan kelas dan sebuah cafe. Ada lebih 1000 lebih orang pelajar pada tiap-tiap masa isnin- sabtu. Kelas dari 7.30 pagi hingga 5.00 petang seakan-akan sekolah rendah. Ini kah taraf sebuah kolej swasta ? IPTA ke ini ?

Perlawanan 4 :
Aku cuba tanya komrand-komrand senior aku. Mereka kata mereka sudah melawan "Titan" semenjak sebelum aku masuk ke kolej ini. Jadi aku, bersemangat dan ingin sama-sama melawan "Titan". Aku pun ajak sekali rakan-rakan ku untuk sama-sama melawan "Titan". Pada mulanya mereka bersemangat seperti aku. Tetapi, hakikatnya mereka adalah manusia yang tiada telor! Penakut yang hanya layak di langgar dengan kereta kebal dan mati dihujung senapang komunist ! Bila waktu berbincang, kata-kata api keluar membuak-buak! bila berada betul-betul semasa melawan "Titan", mereka mula berundur, takut lemah secara tiba-tiba. Aku mula tahu, yang mereka semua hidup dengan pujian dari "Titan" , mereka mahu berjaya dengan kegembiraan yang "Titan" beri walaupun ia semua menindas hak mereka dan menyeksa mereka. Manusia yang takut terjejas dan biarkan diri mereka ditindas.

Perlawanan 5 :
Sudah menjadi habit "Titan" yang hiburan itu lebih penting dari pembelajaran. Kami dipaksa untuk menyanyi dan menari dalam keramaian dengan syarikat corporate johor itu. Jika di lihat, dari segi pembelajaran para pelajar, mereka tidak ambil tahu pun hanya lebihkan kepada hiburan-hiburan yang membuat masa kami. Bukan itu sahaja, duit kami dikikis dengan sesuka hati. Ada sahaja benda yang tidak sepatutnya dibayar kami kena bayar. Hingga tak masuk akal bila tiap-tiap semester kami dikehendaki membayar sesuatu yang tidak memberi manfaat pada kami. Bodoh lah jika kami percaya kepada tipu helah ketua "Titan" yang tua kerepot nak mampus. Lama sangat atas takhta tu yang pikiran pun jadi bodoh, kami muda ini bukan budak-budak yang tidak boleh berfikir. Kami tahu yang "Titan" minta kami bayar pada benda yang tak patut sebab mahukan duit kami lebih dari ambil kisah pasal kehidupan kami di kolej. Yang paling jelas bila , pengambilan pelajar. Dah tahu pura-pura tak tahu. Sudahlah fasiliti tempat belajar kurang dan hostel tidak cukup untuk tampung kami. "Titan" tamak, mereka ambil pelajar dalam jumlah yang banyak tanpa memikirkan di mana mahu meletakkan mereka. Akhirnya , semua orang menerima masalah hasil dari kebodohan "Titan"...Tahniah!

aku sudah muak dengan kekejaman "Titan" juga dengan mereka-mereka yang tidak tahu melawan "Titan". Kerana "Titan" sudah lama berkuasa dan mereka-mereka yang bodoh itu dalam masa yang sama mengekalkan "Titan" di atas. Persoalannya, sampai bila? 3 tahun sudah hampir berlalu dan tiada satu pun yang berubah.

2 Telegram Komen:

dak jaat said...

rilek r bro.. dh mmg dier mcm uh.. kite pown dh nk abez tp xde pape pown yg brubah.. n ase kesian tok bdk bawu2 uh.. pew la nseb dowunk..

Unknown said...

3 tahun dah,
apa pun x berubah.
makin lama makin teruk.
kesian mereka diperlakukan mcm beruk.
hahahah