BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 13, 2010

Peperangan Dneirf

Perang Dneirf



Arankian , walau selama mana kamu berteman baik...suatu hari ia akan tamat! Perang akan tetap akan bermula walau secalit mana masalah yang kami timpa. Kerna dek secalit masalah itu, segala bala askar tentera di gerakan ke medan tempur. Semua demi melunaskan dendam dan kebencian yang membara. Masing-masing dengan egois yang melonjak tidak mahu kalah. Apa ini merupakan jalan yang terakhir???

Mahu di jadikan cerita , pada suatu tarikh seketika waktu kami Division 36th sayap utara sedang menjalankan tugas di medan tempur. Telegram dari pihak atasan telah sampai ke setiap kem-kem tentera komunist setiap division di semua sektor, termasuk sektor N9 tempat aku sedang bertugas bersama-sama dengan anggota lain. Telegram pihak atasan itu telah menyatakan bahawa kami dikehendaki pulang ke markas utama untuk menjalani sebuah misi khas yang diberi nama MUET...Malaya University English Testing. Ia wajib bagi setiap anggota pegawai kelas 3. Al-kisah, semua division 36th sayap utara telah pulang ke markas utama demi misi MUET tersebut.

Bagi aku, tarikh telah ditetapkan, jadi ia patut tidak menjadi masalah buat anggota tentera untuk pulang pada masa yang ditetapkan. Jadi , untuk menyenangkan keadaan dan memudahkan perjalanan. Aku mengadakan perbincangan 3 penjuru dengan anggota komunist yang bertugas di sektor Nabmeres, tempat aku bertugas. Perbincangan bertujuan untuk mecari jalan bagaimana untuk menyusun perjalanan kami ke Markas utama.
Maka aku bertanya kepada Officer B, apa plan kita nak balik ke markas nanti, dia menjawab " tak terlintas lagi camna nak balik sana"...ok. Jadi, aku terlalu bodoh mengharapkan Officer B,tapi hati ini masih bersabar walau dah kecamuk memikirkan camna nak balik markas walaupun sehari disana demi MUET. Selepas itu , suatu masa yang lama sebelum berangkat ke markas, aku tanya lagi Officer B, "so? apa plan nak gi sana? nak gi ngan apa?"...lalu dengan muka selamba dia jawab, " entah la, aku x terfikir lagi nak gi cam na, keta x de ni "jadi aku pun terus ke rencana plan C...kecemasan. Maka aku pun pergi ke unit anggota komunist wanita yang sama division dengan aku untuk meminta bantuan. Waktu dah last minute, so aku dah takde cara lain untuk pergi ke markas esok harinya. Waktu itu , hari sudah menjelang malam. Officer B , masih lagi tidur lena di ruang tamu. Aku dengan bergegas pergi bertanyakan bantuan kepada anggota komunist wanita. "Officer Zura, nak tanya nie. esok gi markas camna? naik pe ngan sapa pergi sana?...dengan lembut dia jawab. Dengan Officer Hn ngan Officer Beng...kami bertiga, tapi tak tahu lah nanti Officer Hn bawak sapa lagi, takut penuh lak kenderaan". Jadi aku pun tak mengharapkan sangat, takpe lah usaha nak tanya tu ada. Dari duk tidur sampai ke maghrib buat apa.Pesanan aku kepada Offcer Zura hanya, jika ada kekosongan untuk dua orang sila hantar telegram kepada saya secepat mungkin.

Plan C ,sudah aku laksanakan, demi kebaikan aku dan Officer B...yang pasti kami berdua akan pulan ke markas bersama-sama. Selepas diskusi pendek dengan Officer Zura tentang minta bantuan untuk pulang ke markas selesai. Aku pun pulang untuk memberi tahu Officer B tentang perkara ini, lepas nie tak perlu nak kucar-kacir duk fikir camna nak gi balik markas. Dia mamai, dan dia cakap " kan keta Officer Hn penuh, dia bawak ramai orang , penuh"...aku cuba memberi harapan. "Jangan risau , ada kosong punya untuk kita, nanti dia mesej la, nak confirm kan"ujar aku demi melunaskan rencana kami pergi sama ke markas. Dia masih tidak faham. Dia tetap dengan pendirian bodohnya tentang kami tiada kekosongan tempat duduk dalam kereta Officer Hani. Lalu , dia menelefon abangnya untuk menghantar dia ke markas dan bertapak di kem mantin malam itu.
Aku berkata , "tak payah laa, kita naik keta Officer Hani je, ni mesej dia, dia kata boleh muat lagi dua orang"...Officer B tetap dengan pemikiran bodoh dia yang menyatakan kereta dah penuh tak muat. Jadi dia telah tetap dengan rencana dia pergi dengan bantuan abangnya yang sebenarnya tidak pasti. Yang tidak pasti itu yang membuatkan aku gusar, benda yang tak pasti. "bila kita nak gerak kalo gi ngan abang ko?"...dia jawab "malam-malam skit, jum gi makan dulu. bersiap la cepat" dengan bangganya dia jawab. Malam-malam skit? ini dah lewat ni kalau nak gi Ktm, buleh pulak ajak pergi makan? ya aku mungkin terlalu risau. Sebab risau kau tak buat apa-apa yang aku plan naik keta dengan Hn...Sebelum itu di salahkan aku. Tulah kau, tidur petang lagi, kalau tidak kita boleh naik Ktm petang tadi. Aku ingat naik gi ngan Ap, dia ajak aku. Tapi fikir ko gi sorang tu yang aku stay nak gi sama-sama ngan kau. Kalau benarlah, kenapa tak bagitahu awal-awal? sebelum aku tidur...time makan tengahari? salah aku kah itu?

Pada mulanya aku fikir yang aku ingin batalkan plan aku dengan Hn. Jadi aku follow B naik keta abang dia hantar pergi Ktm dan gi mantin. ok done. Tapi yang membuatkan aku betul-betul tercalar hati ialah dia cakap yang aku selfish sebab aku plan naik gi mantin ngan Hn. Aku selfish? tiba-tiba pulak, sedangkan aku plan ngan Hn untuk kita berdua, sama-sama naik keta dengan Hn, Zura , Kau B, aku dan Beng pergi MUEt kat kolej.ada faham??? Bukan nya susah. Yang ko pergi plan lambat2 siapa suruh? Jadi B pun ajak aku gi sekali dengan abang dia...Kalaulah aku nie bodoh tak berperasaan sekali pun, aku takkan nak follow orang yang cakap aku selfish secara tiba-tiba dan sewenang-wenang nya? aku bukan bodoh lepas ko cakap cam tu...nak aku gerak skali dengan kau lepas cakap aku selfish? maaflah, saya boleh pergi sendiri kalau saya mahu lepas kerja petang tadi. Saya fikir nak pergi dengan awak je yang buat saya tetap tak gerak lagi walaupun masa sudah suntuk.Dengan muka meyampah dia yang aku betul-betul meluat, dia cakap " ko nak lepaskan diri ko je kan? sebab tu ko plan naik keta ngan Hn...ko memang pentinkan diri sendiri la"...itulah ayat yang paling buat aku bengang pada kau, kau tak faham ke yang aku plan semua nie untuk kita bersama! kalau aku sorang tak payah susah-susahnya aku nak bagitau kau. Tapi , kenapa kau tak pergi je dengan Ap petang tadi? dia cakap sebabnya nak tunggu aku dan pergi sama-sama dengan aku , OK. tapi? bila aku plan macam nie kau taknak ikut pulak, banyak alasan bodoh dan buat aku macam aku yang bagi benda nie nampak susah. Oooo pandai kau ya, ko saja buat aku nampak bersalah dalam hal nie. Nice~ ada lagi ayat dia yang paling aku tak boleh blah ialah, " kalau aku tak call abang aku mintak antar kita gi Ktm , mesti ko dah tak tau cara nak gi kolej esok cam na kan?....hmmm aku begitu teruja dengan kebodohan kau untuk menyedari situasi sekarang. Woi , aku boleh lah nak pergi sendiri , kau fikir aku nak depend pada kau je ke? sorry lah sejak bila hidup aku depend pada kau? kau fikir kau bagus je.

Akhirnya, selepas pertekakan pendapat itu berlaku, aku pergi dengan Hn esok pagi dan dia pergi malam selepas kami bertekak dengan abang dia. Cuma aku ingin jelaskan yang, aku plan pergi sama2 naik kereta Hn untuk kau jugak, tapi kau tak faham apa yang aku cuba buat. Sebab, kau suka orang bila orang ikut plan kau, dan kau tak suka orang tak ikut plan kau. Bagus sekali. Bila aku dah plan elok-elok untuk kita bersama...kau tak nak ikut plan aku, jadi kau nak aku ikut plan kau jer? toleransi la skit bro..kita bukan baru kenal, malah rapat pula. Kau duk bising yang orang tak appreciate ko, tapi hakikatnya secara realiti ko langsung tak appreciate orang lain. Yang tak boleh blah, kau cakap lebih baik aku gerak ngan Ap petang tadi. Hakikatnya, mamat tu masih lagi kat seremban malam tu. siap boleh gi antar burger kat umah budak pompuan. Jangan nak tipu fakta laaa. Jujur, aku tak tau sebab apa kau cakap aku selfish, padahal aku plan benda nie untuk kita sama-sama. Aku rasa , ko memang tak layak untuk di hargai. Kau duk cerita masalah aku aku terima , aku tolong. tapi ini balasan kau terhadap aku? kau nampaknya belum kenal aku sepenuhnya.
Sekian beberapa , hari...kau boleh lak ajak aku balik umah kau. ok aku ikut. Dalam perjalanan. Ayat yang paling tak boleh blah ialah..."aku nak je biar tak tegur ko seminggu nie.tapi aku fikir x nak ko sorang kat hostel"...lalalalala ko masih fikir aku asyik depend pada kau. HOi aku Ikhwan Komunist laaa, aku hidup atas usaha aku sendiri laaa, aku tak perlu orang macam kau dalam hidup aku, selama ini kita rapat tapi baru aku tahu kau memperbodohkan kejujuran aku dalam persahabatan kita. Ko tak jujur selama nie, sebab tu kau boleh cakap aku selfish. ayat kau" kau memang cam tu, selfish"...aduihai, jangan fikir kau kenal aku macam mana. Kau setakat kawan yang aku kenal time kolej jer, jangan fikir kau bagus sangatlah. Bahasa manusia pun kau tak faham, tapi memang betullah kau faham bahasa platipus je. Sumpah, memang aku rasa rugi bersikap jujur dengan kau. Aku dah malas nak layan kau...


"susah nak sedar yang kita tak faham orang sebab kita sendiri tak faham "
(sebab kau platipus yang buget faham bahasa manusia, Kampong )

0 Telegram Komen: