BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 13, 2010

Pengakhiran

Arankian , bermula nya perjalanan dalam kehidupan...ia pasti akan berakhir dengan sesuatu. Yang hidup pasti merasai mati. Yang kasih pasti berkelahi dan yang mimpi pasti realiti. Apa kah semua ini ialah kehidupan? Seharusnya ,bagaimana aku ingin teruskan semua ini dengan hati kental tanpa merasa sedih...


Setiap benda yang kita ada , nanti akan berakhir. Tamat di suatu titik. Aku tak tahu lah nak cakap macam mana. Macam aku sendiri, aku rasa sedih bila walau lama mana kita rapat berkawan pun...akan ada satu masa kita akan putus kawan. Sama dengan bila kita bercinta. Nanti bila hilang rasa cinta kita, kita putuskan perhubungan itu sebagai tanda ia sudah berakhir. Aku secara jujurnya tak mahu benda itu semua...Tamat. Aku selalu mengimpikan yang hubungan yang aku bina ini akan tamat bila aku dah tua dan mati, bukan sekarang sebab hati aku tak mampu nak menerima semua itu. Kenapa? aku tak boleh cari jawapan tu dan sampai sekarang ia jadi suatu awan hitam yang berlegar-legar di atmosphera otak aku. Pening.

Aku sudah sedaya upaya kuderat manusia aku gunakan untuk kekalkan semua itu. Tapi , ia tetap akan berakhir. Bila orang baca ayat aku nie mungkin ada anggapan yang aku sedang putus cinta. Tak, itu dulu ,tapi sekarang apa yang aku nak tekan kan tentang hubungan persahabatan. Terasa dalam bila aku ingin katakan yang aku sentiasa mempunyai masalah dalam berkawan. Apa yang tak lengkap lagi aku sendiri tak nampak. Bila aku cuba menyenangankan kesemua belah pihak aku telah di salah anggap yang aku seorang yang pentingkan diri sendiri, bukan niat dihati aku ingin melakukan semua itu. Mungkin salah aku sebab gaya perbuatan aku itu yang nampak seperti aku seorang yang pentingkan diri sendiri. Nampaknya , kawan aku itu masih tidak kenal aku lagi. Benar apa yang diperkatakan oleh salah seorang teman rapat aku. Kawan di kolej ini hanya sementara, bukan lah kawan yang dimana sampai tua kita masih berjumpa lagi tidak seperti kawan-kawan kita dari masa sekolah kita rapat dan masih lepak setiap minggu .Mungkin aku tak tahu macam mana nak terangkan perkara sebenar. Jadi dia dah salah anggap dengan perbuatan aku.

Bergenang air mata, itu kali pertama aku merasakan perasaan begitu. Mungkin tanda aku terasa benar dengan apa yang dia katakan. Aku mula berfikir yang selama ini hubungan kami rapat sangat. Dari semua aspek aku dan dia kenal sesama sendiri. Namun , tak di sangka yang di menuduh aku pentingkan diri sedangkan dia kenal aku macam mana dan aku kenal dia macam mana. Ternyata ,terang terangan yang dia masih tidak kenal hati aku. Jujur yang aku hadiahkan dalam persahabatan ini macam sampah bagi dia. Aku salah? aku sendiri tak pasti aku tak nampak semua itu. Aku jadi lemah bila memikirkan perkara ini aku dah jadi tak seronok.

Jikalau kami berbaik semula, aku pasti yang perhubungan kami tidak serapat seperti dulu. Aku sangat pasti. Itu yang aku jadi lemah , macam mana aku nak hidup serumah dengan orang yang macam itu. Dia macam nak tunjuk aku lah yang salah dalam hal ini. Bagaimana aku mahu meneruskan kehidupan aku di tempat itu dengan hubungan yang macam ni...Tuhan , berat benar ujian yang kau turunkan.Aku rasa begitu sedih yang dalam sangat.





"jujurnya aku tidak mahu kita jadi begini"

0 Telegram Komen: