BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 21, 2010

Khejuzt

KHEJUZT

Arankian , aku selalu tengok orang. Aku suka tengok orang berjalan , muka orang lagi-lagi aku suka nak tahu apa yang mereka sedang lakukan , cakapkan. Member aku cakap aku pelik , sebab aku punya hobi macam tu. So? jangan terkejut lah kalau ada masa aku tenung @ pandang orang tu 2 -3 kali, tak kira lelaki atau perempuan. Secara peribadinya, aku suka tengok expression muka mereka-mereka. Sebab , dari situ timbul persoalan dalam otak korang apa yang buat dia muka cam tu? apa kena muka jadi cam tu? dari pandangan aku. Muka ialah first mesej yang keluar jika kau cuba lakukan, cakap , terangkan sesuatu.

Sekarang baru lah boleh masuk ke cerita sebenar nya yang benar belaka. Intro tadi cuma pendapat salingan dari nota lama aku. Ya , aku suka memerhatikan orang , tengok orang , lihat orang. Yes, I`am "Ikhwan The Seer"...i see something that i like about you. Selalunya, aku akan pakai cermin mata gelap berbingkai bulan jenama rayban yang aku beli di jalan Tar, kalau yang mengenali aku. Anda akan melihat aku selalu pakai cermin mata.Hakikatnya , mata sedang memerhatikan mereka-mereka yang kejutan budaya atau spesis yang lebih tepat. PLATIPUS...separa itik separa memerang , kekeliruan identiti sebenar. nak jadi itik ke nak jadi memerang? jadi mereka terkejut dengan budaya yang first time mereka jumpa. Yelah, baru keluar dari kampung hulu tah mana letaknya. Baru masuk bandar, merasa keluar dari pelusuk kampung yang yah mana tah tu.

Tuan-tuan , puan-puan sekalian, cik-cik adik, abang-abang hensem. Saya nak bagi tahu suatu yang realiti kepada semua walaupun ia pedih mahu ditelan atau di gigit. Tahu lah, kat tempat asal habitat korang takde benda-benda tu semua. Tu yang bila korang keluar dari habitat asal korang , maka platipus pun mula lah nak tunjuk lagak dia yang paling hebat sekali. HUHUHUH, wa tabik lah, korang punya pailang bukan main, jangan nak buget lah korang hot , hensem ke apa. Bukan semua orang suka korang, oooo jangan sebok hal aku??? ok, ok tapi tolong jangan lakukan perilaku yang membuatkan semua orang rasa muak. nak muntah dengan ko. Adoi, aku tau lah, first time keluar dari kongkongan ibubapa , tak duduk umah da. Tapi tak yah lah nak terkejuzt sangat, cam tak pernah tengok dunia moden. Apa , kau dari zaman batu ke? Wooow , first time duduk KL lah katakan, gi clubbing , overnight. keluar jalan2. abiskan duit mak bapak kau yang kaya tu. Tolong lah, fikir orang sekeliling kau , tu yang tak boleh tak sebok hal kau. Jangan duk fikir diri kau sendiri jer.
Platipus yang jenis nak style je pun banyak. yelah nak paruh itik ke atau hidung memerang? tu yang fikir nak style jer. aduyai, pakai ikut suka sudah. Buget nak ikut perkembangan budaya terkini anak muda generasi baru lah katanya. Pakai cam orang sakai baru jumpa skinny adalah. Batak gila, orang pakai baju petak2 kau pun nak ikut lah. Orang gi clubbing , kau pun nak join gak. wow , mabuk2 best wooo, bangga nya kau buat dosa. sori lah aku cakap kasar skit. Kau berfikir cam orang kafir , tak takut tuhan. Main pompuan, huhuhu suka, enak siap nak lagi tuuu. Siap cerita , alah minah tu aku dah rasa. bangga buat dosa. platipus nie hebat. Nama je muslim atas ic, cakap je dia muslim tapi bila dah keluar dari habitat asal , jauh dari panduan ibubapak. Perggghhh , yang pakai tudung, siap berambut gerbang air karat...perghhh. Baik tak yang pakai tudung, rambut blonde pun cakap terabur slang kelantan buat pa. adoi minah nie. Mulanya , platipus nie baik masa time sekolah kat habitat dia yang hulu jauh dari bandar. Bila check, hmmm baik nya time sekolah , so innocent .Bila keluar dari zaman sekolah kampung platipus kau. Masuk alam kolej. maka seronoklah kau , semua benda nak cuba nak amal. kalau cuba tu boleh terima lagi. nie nak buat hari-hari, seronok sangat.
Aku tak boleh blah dengan , orang yang fikir dia betul. Cam aku , aku nak orang dengar apa yang aku nak bagitau. Tapi geng platipus nie , bila tokey dia cakap A...maka A lah jawapan nya walaupun B adalah yang terbaik. Bila kita cakap B pun ok, diaorang nak gak A, tak kita salah. adiuh, kolot gila pemikiran korang, kampung hulu betul. Kau nak orang terima pemikiran kolot kau tu? maaf lah, tak boleh pakai. Aku bukan nak judge kau. cuma boleh ke kau terima orang lain? orang boleh terima kau tapi kolot kau punye pasal , kau pikir kami batak sangat nak kawan ngan kau. Adoi, aku banyak lagi kawan-kawan kat luar tu.

Aku tak faham lah dengan platipus-platipus nie , sungguh poser.Jadi poser nie tak salah , cuma jangan poser lama sangat. Tak tahulah kenapa buget dia lah yang paling hebat, cool , hot , sexy. tapi yang sebenarnya korang tak jadi diri korang yang sebenar. Pura-pura jadi kura-kura...platipus yang pura-pura jadi itik dan sometimes jadi memerang.


"jangan terkena renjatan budaya , sebab aku pun terenjat tengok korang kena renjatan budaya"

( sebenarnya kalau boleh aku nak tulis banyak lagi perkara, cuma malas dan muak memperceritkan kisah budak-budak yang kampong nie , poser)

0 Telegram Komen: